Cadang Mahathir, jelas ahli kabinet Najib lemah   Polis siasat Mufti Perak   Mufti dengan fahaman BUGHAHNYA   Setiap kenaikan bebankan rakyat, Najib faham tak?   Masih bergunakah Perdana Menteri kepada kita?   ‘BUGHAH’ berjaya alih isu kenaikan harga barang   Rakyat terbeban, angkara BN gagal mengurus   Kadir Jasin: Najib 'keramat hidup' tak boleh disentuh?   Dengar rintihan bukan rendahkan suara rakyat   Anak Mahathir kata Perkasa banyak mengarut   Bibit perbezaan Najib dan Muhyiddin mula ketara   Kerajaan Anakku Sazali, siapa Sazali hari ini – Zaharin   Cuba alih isu kenaikan kos sara hidup? - Suaram   Segerakan rekonsiliasi nasional wahai Najib   Zahid patut sambut hari jadi dengan bihun dan kuih sahaja   Kenapa Harussani diam ketika rakyat ditindas?   Najib sudah hilang segala-galanya   Anwar minta Najib buat pendirian dalam debat isu Allah   Jika tidak mahu dikritik jangan jadi kerajaan – Dr Asri   Anak Mahathir sertai perhimpunan  

Najib, Razak Mungkin Dipanggil Perancis Beri Keterangan

SHAH ALAM 22 Julai - Americk Sidhu, peguam kepada bekas penyiasat persendirian, P Balasubramaniam tidak menolak kemungkinan mana-mana individu, termasuk tokoh politik dari Malaysia boleh dipanggil oleh pihak pendakwaraya Perancis bagi membantu siasatan berhubung skandal rasuah yang membabitkan urus niaga pembelian dua kapal selam Scorpene oleh kerajaan Malaysia.
Beliau menegaskan ini termasuk penasihat politik Perdana Menteri, Abdul Razak Baginda malah Datuk Seri Najib Razak sendiri.
"Ada kemungkinan, tetapi itu terpulang kepada pihak terbabit di Malaysia untuk memilih sama ada ingin pergi atau tidak, mahu bekerjasa  atau sebaliknya. Tetapi bagi Balasubramaniam, beliau bersedia untuk tampil dan bekerjasama bagi membantu proses siasatan tersebut. Pihak pendakwa di Perancis tidak boleh memaksa untuk membantu siasatan," kata Americk kepada Suara Keadilan.
Walau bagaimanapun imej Malaysia akan buruk dan tercalar pada mata masyarakat dunia, sekiranya kerajaan Malaysia menolak permintaan Perancis untuk bekerjasama membantu menyelesaikan kes tersebut yang kini telah menjadi isu antarabangsa yang besar.
Ketika ditanya mengenai sikap yang diambil oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia yang pada mulanya menunjukkan kesungguhan untuk menemuramah Bala di London tetapi kemudiannya pada saat ahkir membatalkan sesi tersebut, Americk berkata beliau kecewa atas kegagalan SPRM untuk mengotakan janji mereka.
"Kita telah mengambil masa yang agak lama untuk menyusun pertemuan tersebut. Kerana ini adalah peluang kepada SPRM untuk melakukan siasatan secara menyeluruh terhadap laporan yang dibuat oleh Bala," kata Americk.
Beliau memaklumkan SPRM kemudiannya menghantar kira-kira 50 soalan melalui perkhidmatan penghantaran 'courier' yang telah pun dijawab oleh Bala dalam bentuk affidavit.
Dokumen jawapan tersebut yang ditandatangani oleh Balasubramaniam telah di bawa ke Kuala Lumpur oleh peguamnya, Manjeet Singh Dhillon dan diserahkan kepada SPRM di Putrajaya petang ini.
Berhubung keterangan Bala yang diberikan kepada pihak pendakwaraya Perancis di Paris 12 Julai lalu, Americk berkata Bala ditemani oleh  Manjeet.
"Beliau telah menjawab semua soalan oleh pegawai penyiasat di sana dan Bala juga turut mendedahkan kepada media Perancis.
Americk menjelaskan liputan berita berkenaan kes penyiasatan skandal Scorpene tidak mendapat liputan luas media di negara ini tetapi menjadi perhatian ramai di luar negara dengan penerbitan beberapa artikel dan penulisan analisis.
Beliau berkata media arus perdana di negara ini yang dikawal oleh kerajaan tidak akan menyebut langsung tentang perkara tersebut.
"Memang ramai yang ingin tahu tentang perjalanan kes ini, tentang isu pembunuhan (Altantuya) dan pembelian kapal selam. Apa yang kita harapkan ialah portal dan blog-blog yang bebas seperti Malaysia Today untuk kemukakan kepada rakyat, dan menceritakan apa yang sebenarnya berlaku kepada Balasubramaniam, selain dari isu-isu berkaitan," kata beliau lagi.
Dalam pada itu, Americk tidak menolak kemungkinan bahawa kejadian kehilangan komputer riba milik Manjeet  di rumahnya Isnin lalu ada kaitan dengan kes yang sedang berjalan di mahkamah Perancis.
Baginya adalah tidak logik bagi pencuri yang memasuki rumah, dan hanya untuk mengambil komputer tersebut, sedangkan terdapat banyak lagi barang berharga lain termasuk barang kemas di dalam rumah tersebut.
"Manjeet berpendapat bahawa orang itu (pencuri) memang hendak cari komputer riba sahaja. Ini merupakan kejadian kedua (pecah rumah) selepas kita membuat rakaman audio-visual di Singapura. Sebelum itu, rumah Manjeet turut dibaling dengan molotov cocktail (bom api). Jadi ada perasaan takut untuk dia (Manjeet) membawa pulang keluarganya ke Malaysia," kata Americk.

- Suara Keadilan

0 Komen pengunjong :