Cadang Mahathir, jelas ahli kabinet Najib lemah   Polis siasat Mufti Perak   Mufti dengan fahaman BUGHAHNYA   Setiap kenaikan bebankan rakyat, Najib faham tak?   Masih bergunakah Perdana Menteri kepada kita?   ‘BUGHAH’ berjaya alih isu kenaikan harga barang   Rakyat terbeban, angkara BN gagal mengurus   Kadir Jasin: Najib 'keramat hidup' tak boleh disentuh?   Dengar rintihan bukan rendahkan suara rakyat   Anak Mahathir kata Perkasa banyak mengarut   Bibit perbezaan Najib dan Muhyiddin mula ketara   Kerajaan Anakku Sazali, siapa Sazali hari ini – Zaharin   Cuba alih isu kenaikan kos sara hidup? - Suaram   Segerakan rekonsiliasi nasional wahai Najib   Zahid patut sambut hari jadi dengan bihun dan kuih sahaja   Kenapa Harussani diam ketika rakyat ditindas?   Najib sudah hilang segala-galanya   Anwar minta Najib buat pendirian dalam debat isu Allah   Jika tidak mahu dikritik jangan jadi kerajaan – Dr Asri   Anak Mahathir sertai perhimpunan  

Muhyiddin Kritik Pengurusan Air Selangor Kerana Mahu Lindungi Kepentingan Kroni Umno

SHAH ALAM 14 Julai - Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menganggap tindakan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yasin mencampuri pengurusan industri air di negeri itu bertujuan untuk membantu serta melindungi kepentingan kroni Umno-BN dan bukan mempertahankan kepentingan rakyat.
Beliau berkata, kerajaan negeri Pakatan Rakyat mahu industri air di Selangor distruktur semula supaya ia dapat diuruskan kerajaan negeri untuk manfaat rakyat dan bukan untuk mengaut keuntungan.
"Kita tahu bahawa penswastaan yang dibuat oleh kerajaan BN termasuk di Selangor dan negeri lain melalui konsesi yang diberikan  kepada Puncak Niaga dan juga Syabas tidak menghasilkan pengurusan air yang baik bagi Selangor sehinggakan Syabas sekarang dalam keadaan yang sangat kritikal.
"Ini bererti Syabas tidak mempunyai kumpulan wang yang cukup untuk mengendalikan pengurusan bekalan air Selangor sehingga pada 2009 kerajaan pusat terpaksa memberi pinjaman RM320.8 juta kepada Syabas. Pinjaman sangat mudah, tak payah bayar dalam masa lima tahun dan kemudian dibayar berdikit-dikit selama 20 tahun.
"Malah, tak ada faedah dikenakan kepada pinjaman tersebut dan dengan cara ini bukanlah cara penswastaan yang kita (kerajaan negeri) kehendaki.
"Adalah lebih elok Kerajaan Persekutuan menyerahkan dana itu kepada Kerajaan Negeri Selangor agar kita dapat uruskan konsesi air tersebut dengan cara yang lebih baik," katanya pada sidang media di lobi Dewan Annex semasa sidang Dewan Negeri Selangor Isnin lalu.
Abdul Khalid juga menyifatkan perkara yang dibangkitkan Muhyiddin itu bertujuan melindungi Ketua Eksekutif Puncak Niaga, Tan Sri Rozali Ismail.  
"Ini kerana beliau adalah juga menjadi Bendahari Umno Selangor dan juga Bendahari Umno Hulu Selangor.
"Jadi pada Muhyiddin lebih baik menjaga hati kroni daripada memberikan peluang kepada rakyat negeri Selangor mendapat air yang lebih murah dan lebih cekap diurus," tegas Menteri Besar.
Bagaimanapun Menteri Besar berkata, kerajaan negeri akan memastikan bekalan air di Selangor sentiasa mencukupi.
"Ia akan dilakukan melalui usaha penggalian air dan juga air daripada sungai yang masih lagi belum diusahakan dengan sebaiknya.
"Kerajaan Negeri Selangor di bawah Pakatan Rakyat juga tidak menghalang projek 'Pahang-Selangor Water Transfer'. Bagaimanapun semua ini diharap dapat dilakukan atas prinsip tidak ada syarikat swasta yang mendapat keuntungan berlebihan," ujar beliau.
Abdul Khalid menyindir Muhyiddin dengan mengatakan walaupun Timbalan Perdana Menteri itu menuduh beliau tidak cekap mengurus air namun harga air di Selangor lebih murah daripada di Johor.
"Negeri Johor yang pernah dipimpin Timbalan Perdana Menteri adalah antara negeri yang mengenakan harga air yang tertinggi di Malaysia," jawab beliau.
Sebelum ini Muhyiddin dengan lantang mengkritik kerajaan negeri Selangor agar segera menyelesaikan masalah bekalan air di Selangor dan Wilayah Persekutuan bagi mengelakkan krisis air terburuk menjelang 2012.

- Suara Keadilan

0 Komen pengunjong :