Cadang Mahathir, jelas ahli kabinet Najib lemah   Polis siasat Mufti Perak   Mufti dengan fahaman BUGHAHNYA   Setiap kenaikan bebankan rakyat, Najib faham tak?   Masih bergunakah Perdana Menteri kepada kita?   ‘BUGHAH’ berjaya alih isu kenaikan harga barang   Rakyat terbeban, angkara BN gagal mengurus   Kadir Jasin: Najib 'keramat hidup' tak boleh disentuh?   Dengar rintihan bukan rendahkan suara rakyat   Anak Mahathir kata Perkasa banyak mengarut   Bibit perbezaan Najib dan Muhyiddin mula ketara   Kerajaan Anakku Sazali, siapa Sazali hari ini – Zaharin   Cuba alih isu kenaikan kos sara hidup? - Suaram   Segerakan rekonsiliasi nasional wahai Najib   Zahid patut sambut hari jadi dengan bihun dan kuih sahaja   Kenapa Harussani diam ketika rakyat ditindas?   Najib sudah hilang segala-galanya   Anwar minta Najib buat pendirian dalam debat isu Allah   Jika tidak mahu dikritik jangan jadi kerajaan – Dr Asri   Anak Mahathir sertai perhimpunan  

Mansuhkan Permit Penerbitan Akhbar

Angkatan Muda Keadilan Selangor menggesa kerajaan memansuhkan permit penerbitan akhbar yang tidak lagi relevan.  Permit penerbitan akhbar menghalang kebebasan media dan kebebasan maklumat di negara ini.  Dalam era globalisasi, permit mengekang hak rakyat mendapatkan maklumat sudah ketinggalan zaman tatkala dunia media sudah berubah.

AMK Selangor membidas perlunya permit penerbitan akhbar ini kerana ianya bertentangan dengan Artikel 10 Perlembagaan Negara.  Tidak ada keperluan untuk adanya permit penerbitan akhbar ini kerana ianya tidak akan menjejaskan keselamatan negara.  Malahan, kita yakin media lebih akan meriah dengan kepelbagaian akhbar-akhbar yang wujud dan ia terpulang kepada kuasa pengguna untuk membuat pilihan.

Malahan kita berkeyakinan kuasa pengguna pembaca akhbar sudah bijak untuk membuat pilihan kerana kecanggihan teknologi maklumat kini lebih pantas dan meluas.  AMK Selangor juga menggesa kerajaan tidak lagi menggunakan alasan tidak memperbaharui permit penerbitan akhbar setiap tahun untuk dijadikan asas mengekang penerbitan sesuatu akhbar.
Kewujudan undang-undang sedia ada masa kini sudah cukup untuk mengenakan tindakan perundangan kepada media-media cetak jika membawa berita berunsur fitnah dan mengancam keselamatan negara.  Justeru permit penerbitan akhbar hanya akan mengekang perkembangan budaya fikir dan kritis rakyat.  Tatkala peranan media cetak menjadi jurubicara rakyat dan pengimbang kepada pihak pemerintah.

AMK Selangor yakin jika permit penerbitan akhbar ini dimansuhkan, rakyat akan lebih berfikiran kritis dan terbuka tatkala kini jumlah akhbar di negara masih kurang di pasaran berbanding negara-negara maju lain.  Akhirnya, Malaysia akan lebih maju dan inovatif kerana mempunyai akhbar yang berkualiti yang membentuk budaya fikir rakyat ke arah kecemerlangan.

*Kenyataan media oleh Mohd Ezli Mashut selaku Ketua Penerangan AMK Selangor.

- FMT

0 Komen pengunjong :