Cadang Mahathir, jelas ahli kabinet Najib lemah   Polis siasat Mufti Perak   Mufti dengan fahaman BUGHAHNYA   Setiap kenaikan bebankan rakyat, Najib faham tak?   Masih bergunakah Perdana Menteri kepada kita?   ‘BUGHAH’ berjaya alih isu kenaikan harga barang   Rakyat terbeban, angkara BN gagal mengurus   Kadir Jasin: Najib 'keramat hidup' tak boleh disentuh?   Dengar rintihan bukan rendahkan suara rakyat   Anak Mahathir kata Perkasa banyak mengarut   Bibit perbezaan Najib dan Muhyiddin mula ketara   Kerajaan Anakku Sazali, siapa Sazali hari ini – Zaharin   Cuba alih isu kenaikan kos sara hidup? - Suaram   Segerakan rekonsiliasi nasional wahai Najib   Zahid patut sambut hari jadi dengan bihun dan kuih sahaja   Kenapa Harussani diam ketika rakyat ditindas?   Najib sudah hilang segala-galanya   Anwar minta Najib buat pendirian dalam debat isu Allah   Jika tidak mahu dikritik jangan jadi kerajaan – Dr Asri   Anak Mahathir sertai perhimpunan  

Liong Sik Kena Cekup, Najib Cabut Lari : Ketua AMK Pusat

Ketua Angkatan Muda KEADILAN Pusat, Shamsul Iskandar Mohd Akin berkata langkah Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mengambil cuti segera sehingga 10 Ogos depan adalah bagi mengelak daripada menjawab perlbagai persoalan yang bakal timbul daripada pertuduhan menipu terhadap bekas Presiden MCA, Tun Dr Ling Liong Sik.
Shamsul berkata walaupun pada prinsipnya beliau mengalu-alukan tindakan terhadap bekas Menteri Pengangkutan itu namun berharap ia bukan satu  "pertunjukan" semata-mata seperti di dalam kes rasuah membabitkan mendiang Tan Sri Eric Chia di mana akhirnya mahkamah membebaskan beliau.
Liong Sik, 67, hari ini didakwa di Mahkamah Sesyen Putrajaya atas tuduhan menipu Kerajaan Malaysia antara 25 September 2002 dan 6 November 2002 dengan memperdaya Jemaah Menteri berhubung pembelian tanah untuk projek ”Mega Distribution Hub” di Pelabuhan Klang.
"Saya yakin, ramai lagi pimpinan Umno-Barisan Nasional yang terlibat di dalam skandal ini dan mendesak supaya mereka juga turut di tuduh.
"AMK mendesak supaya kerajaan menghentikan segera pembayaran pampasan kepada Kuala Dimensi Sdn Bhd dan bayaran pampasan yang lainnya sekira ada sementara menunggu keputusan kes ini.
"AMK juga mendesak supaya Tun Dr Mahathir turut disiasat segera berdasarkan apa yang didedahkan sebagai penyelewengan sebanyak RM100 bilion seperti didedahkan oleh Barry Wain di dalam buku Malaysian Maverick: Mahathir Mohamad in Turbulent Times," kata Shamsul dalam komen beliau yang diemel kepada Suara Keadilan.
Shamsul menegaskan rakyat berasa kecewa dengan sikap Najib yang lari meninggalkan negara di dalam keadaan di mana petualang yang menggelapkan wang rakyat didakwa.
Liong Sik juga didakwa dengan curang menyembunyikan fakta berhubung penilaian Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta, Kementerian Kewangan ke atas tanah seluas 43,538,200 kaki persegi yang dicadangkannya.Beliau didakwa atas satu pertuduhan utama mengikut Seksyen 418 Kanun Keseksaan dan satu pertuduhan pilihan mengikut Seksyen 417 kanun yang sama.
Seksyen 418 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.
Manakala pertuduhan alternatif mengikut Seksyen 417, Kanun Keseksaan, yang membawa hukuman lebih ringan iaitu penjara sehingga lima tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.
Beliau bagaimanapun mengaku tidak bersalah dan membayar ikat jamin RM1 juta dengan seorang penjamin.

0 Komen pengunjong :