Cadang Mahathir, jelas ahli kabinet Najib lemah   Polis siasat Mufti Perak   Mufti dengan fahaman BUGHAHNYA   Setiap kenaikan bebankan rakyat, Najib faham tak?   Masih bergunakah Perdana Menteri kepada kita?   ‘BUGHAH’ berjaya alih isu kenaikan harga barang   Rakyat terbeban, angkara BN gagal mengurus   Kadir Jasin: Najib 'keramat hidup' tak boleh disentuh?   Dengar rintihan bukan rendahkan suara rakyat   Anak Mahathir kata Perkasa banyak mengarut   Bibit perbezaan Najib dan Muhyiddin mula ketara   Kerajaan Anakku Sazali, siapa Sazali hari ini – Zaharin   Cuba alih isu kenaikan kos sara hidup? - Suaram   Segerakan rekonsiliasi nasional wahai Najib   Zahid patut sambut hari jadi dengan bihun dan kuih sahaja   Kenapa Harussani diam ketika rakyat ditindas?   Najib sudah hilang segala-galanya   Anwar minta Najib buat pendirian dalam debat isu Allah   Jika tidak mahu dikritik jangan jadi kerajaan – Dr Asri   Anak Mahathir sertai perhimpunan  

Khairy: MP Wangsa Maju substandard, Presiden Perkasa ‘versi Cina’

KUALA LUMPUR, 8 Julai – Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin hari ini menyifatkan Ahli Parlimen Wangsa Maju Wee Choo Keong sebagai wakil rakyat “substandard” dan mirip Presiden Perkasa Datuk Ibrahim Ali versi Cina.
Dalam ruangan twitter ketika Choo Keong sedang menyoal Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Liew Vui Keong ketika membahaskan Rang Undang-undang Mahkamah Rendah (Pindaan) 2010 di Dewan Rakyat hari ini, Khairu berkata:
“Kualiti Wee Chee Keong mencela sangat teruk. Saya merasakan beliau seorang wakil rakyat substandard.”
Khairy berkongsi pandangannya itu ketika berbual menerusi twitter dengan rakan sejawatannya dari MCA Datuk Dr Wee Ka Siong yang juga Timbalan Menteri Pelajaran.
“Saya merasakan beliau versi Ib Ali (Ibrahim Ali) Cina,” kata beliau.
Khairy dipercayai merujuk kepada persamaan antara Choo Keong dan Ibrahim kerana kedua-dua mereka merupakan wakil banyak parti sebelum menjadi wakil rakyat Bebas.
Choo Keong merupakan wakil rakyat terbaru keluar PKR.
Ibrahim juga baru-baru ini terlibat dalam dalam pertikaman lidah dengan Khairy dan Ka Siong  berhubung isiu hak keistimewaan orang Melayu khususnya biasiswa.
Khairy juga melahirkan harapan agar MCA tidak menerima Choo Keong sebagai ahlinya kelak.
Ka Siong menjawab, juga menerusi twitter, Choo Keong tidak boleh “menyertai” kembali MCA.
Ka Siong merupakan ahli MCA pada 1980-an dan mengadakan “piket di depan pejabat MCA” dan meninggalkan parti kemudian.
“Beliau kembali sertai MCA? Tidak mungkin,” kata Ka Siong.
Choo Keong juga merupakan bekas ahli DAP dan dipilih sebagai Ahli Parlimen Bukit Bintang MP atas tiket parti itu pada 1990.
Pada 1998, beliau dikeluarkan dari DAP selepas didakwa merosakkan imej parti dan kemudian menubuhkan Parti Demokratik Malaysia (MDP).
Dua tahun lalu Choo Keong menyertai PKR sebelum pilihan raya 2008 dan memenangi kerusi Wangsa Maju dengan majoriti tipis.

- TMI

0 Komen pengunjong :