Cadang Mahathir, jelas ahli kabinet Najib lemah   Polis siasat Mufti Perak   Mufti dengan fahaman BUGHAHNYA   Setiap kenaikan bebankan rakyat, Najib faham tak?   Masih bergunakah Perdana Menteri kepada kita?   ‘BUGHAH’ berjaya alih isu kenaikan harga barang   Rakyat terbeban, angkara BN gagal mengurus   Kadir Jasin: Najib 'keramat hidup' tak boleh disentuh?   Dengar rintihan bukan rendahkan suara rakyat   Anak Mahathir kata Perkasa banyak mengarut   Bibit perbezaan Najib dan Muhyiddin mula ketara   Kerajaan Anakku Sazali, siapa Sazali hari ini – Zaharin   Cuba alih isu kenaikan kos sara hidup? - Suaram   Segerakan rekonsiliasi nasional wahai Najib   Zahid patut sambut hari jadi dengan bihun dan kuih sahaja   Kenapa Harussani diam ketika rakyat ditindas?   Najib sudah hilang segala-galanya   Anwar minta Najib buat pendirian dalam debat isu Allah   Jika tidak mahu dikritik jangan jadi kerajaan – Dr Asri   Anak Mahathir sertai perhimpunan  

Isu Pasir: MB Tidak Goyah, Noh & Khir Berebut Pengaruh

Kecurian Pasir, isu yang cuba dimanipulasi pimpinan Umno Barisan Nasional terhadap Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim Ibrahim, sebaliknya memakan diri.

Semuanya kerana ada dua puak dalam Umno Selangor cuba menonjolkan diri menjadi jaguh demi kepentingan politik peribadi masing-masing.

Ini menjadikan Umno Selangor semakin berpecah belah ketika Pakatan Rakyat Selangor yang diterajui Khalid Ibrahim semakin teguh sekalipun digasak dari segenap sudut.

Kem Timbalan Ketua Perhubungan Umno Selangor, Datuk Seri Noh Omar dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Panjang, Datuk Seri Mohamed Khir Toyo, dilihat cuba melebar pengaruh.

Namun, kerajaan Selangor langsung tidak goyah dan cekal dalam mendepani serangan demi serangan yang tak kunjung habis.

Pimpinan Umno Selangor melanjutkan persengketaan politik sesama sendiri dalam menarik perhatian pimpinan Umno di peringkat persekutuan.

Sekalipun berdepan pentadbiran cemerlang Khalid Ibrahim yang berpaksikan kepentingan rakyat, Noh Omar dan Khir Toyo dilihat mengutamakan kuasa dan mendahulukan pengaruh.

Bercakap kepada TV Selangor, ADUN Sri Muda, Shuhaimi Shafie menyifatkan tindakan Dr Khir Toyo dan Noh Omar menyimpan angan-angan untuk menjadi  ‘Menteri Besar’ selepas PRU 13.

"Inilah peluang yang ada pada kedua-dua pimpinan ini menonjolkan  imej sebagai pimpinan utama di Selangor. Jika salah seorang daripada mereka dipilih dan mereka berharap dapat menjadi MB dalam PRU 13 akan datang. Itupun jika rakyat memberi mandat," katanya

"Kalangan pimpinan Umno boleh baca memang wujud keretakan dan kalau pun keretakan itu tidak kelihatan pada permukaan tetapi pada peringkat dalamnya, keretakan itu sudah ada," katanya.

Shuhaimi turut menegaskan kritikan Umno terhadap Khalid Ibrahim semata-mata atas landasan politik kuasa, bukannya mahu benar-benar membela rakyat.

Beliau berkata keretakan hubungan mereka mudah dikesan jika menelusuri tindak tanduk mereka kebelakangan ini.

Katanya, Noh Omar dilihat cuba mengangkat diri sendiri manakala Khir Toyo mengelak dari dipersalah lantaran kegagalan kerajaan pimpinannya sebelum ini mengurus kecurian pasir.

Kata Shuhaimi, Noh Omar dan Khor Toyo juga berlumba-lumba mahu mengkritik pentadbiran Pakatan Rakyat sekaligus menunjukkan perpecahan Umno amat ketara.

"Bila Khir Toyo melawat ke Kuala langat dan Dengkil, beberapa hari selepas itu Noh Omar pula sewa helikopter pergi ke kawasan Bestari Jaya, Batang Berjuntai dan Kuala Langat," katanya.

- TVSelangor

0 Komen pengunjong :