Cadang Mahathir, jelas ahli kabinet Najib lemah   Polis siasat Mufti Perak   Mufti dengan fahaman BUGHAHNYA   Setiap kenaikan bebankan rakyat, Najib faham tak?   Masih bergunakah Perdana Menteri kepada kita?   ‘BUGHAH’ berjaya alih isu kenaikan harga barang   Rakyat terbeban, angkara BN gagal mengurus   Kadir Jasin: Najib 'keramat hidup' tak boleh disentuh?   Dengar rintihan bukan rendahkan suara rakyat   Anak Mahathir kata Perkasa banyak mengarut   Bibit perbezaan Najib dan Muhyiddin mula ketara   Kerajaan Anakku Sazali, siapa Sazali hari ini – Zaharin   Cuba alih isu kenaikan kos sara hidup? - Suaram   Segerakan rekonsiliasi nasional wahai Najib   Zahid patut sambut hari jadi dengan bihun dan kuih sahaja   Kenapa Harussani diam ketika rakyat ditindas?   Najib sudah hilang segala-galanya   Anwar minta Najib buat pendirian dalam debat isu Allah   Jika tidak mahu dikritik jangan jadi kerajaan – Dr Asri   Anak Mahathir sertai perhimpunan  

Hooiii, tolong faham, PAS tetap bersama PR, dengan Umno sekadar Federalisme

KUALA LUMPUR, 16 Julai: PAS hari ini mengulangi pendirian bahawa tidak akan ada kerjasama politik dengan Umno, sebaliknya terus setia bersama Pakatan Rakyat.

Setiausaha Agung, Datuk Mustafa Ali bagaimanapun menegaskan, perbincangan di antara kerajaan dengan kerajaan (Goverment to Goverment) boleh diteruskan untuk kepentingan Islam dan rakyat.

"Dari sudut politik kita bersama Pakatan Rakyat.Dari sudut G to G ertinya kerajaan negeri dengan kerajaan pusat dalam konteks federalisme itu tak jadi masalah. Pulau Pinang boleh bercakap dengan kerajaan pusat, kedah, Selangor dan mana-mana kerajaan boleh berbincang dengan kerajaan pusat sebab mereka adalah sebahagian daripada Malaysia.

"G to G tidak ada masalah, isu-isu semasa pun tidak ada masalah tapi kerjasama politik pada waktu ini memang PAS bersama Pakatan Rakyat," tegasnya pada satu sidang media di ibu pejabat PAS, Jalan raja Laut, dekat sini hari ini.

Beliau menegaskan demikian ketika ditanya pemberita berhubung kenyataan Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin semalam, bahawa Umno sedia menjalin kerjasama dengan PAS.

Muhyiddin juga bersedia bertemu dengan Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat bagi membincangkan isu-isu melibatkan negeri itu.

Mustafa berkata, sebagai menteri besar, tidak salah untuk Tuan Guru Nik Aziz bertemu dengan pimpinan kerajaan pusat untuk menyelesaikan perkara-perkara tertunggak.

Justeru, beliau berharap tidak ada pihak yang cuba memanipulasi pertemuan tersebut kerana PAS sesekali tidak akan mengkhianati kesetiaan terhadap Pakatan Rakyat.

"Mursyidul am dalam waktu yang sama beliau adalah menteri besar Kelantan. Jadi bagi saya tidak salah sebagai menteri besar untuk bertemu dengan pimpinan kerajaan pusat untuk berbincang banyak perkara.

"Dalam konteks federalisme sangat perlu sebenarnya perbincangan kerajaan negeri dengan kerajaan pusat kerana banyak isu-isu tertunggak.Royalti (petroleum) misalnya, itu isu tertungak yang belum selesai lagi.

"Saya tidak fikir bahawa pertemuan ini akan menyentuh soal-soal kerjasama politik sebab PAS telah memutuskan bahawa kita bersama-sama Pakatan Rakyat. dan Tok Guru (Nik Aziz) sangat arif tentang perkara ini.

Saya tidak fikir soal kerjasama politik akan terus berbangkit. Kita akan terus bersama Pakatan sehinggalah kita menghadapi pilihanraya umum yang ke 13," kata bekas pengarah jabatan pilihan raya PAS pusat itu.

Sementara itu, Nik Aziz selepas menyampaikan kuliah Jumat di Dataran Kota Bharu pagi tadi dipetik sebagi berkata, beliau tidak mahu berunding dalam erti kata hubungan politik dan perpaduan Islam kerana "soal politik, PAS sudah menutup pintu untuk berunding."

Kembara Jr.......... harap-harap TPM tu faham lah sekarang, jadi tk usah sibuk-sibuk lagilah nak kerjasama dengan PAS. Boleh nak kerjasama tapi kenalah buat yang macammana Nik Aziz kata, tukar dasar Umno dan ikut cara Islam. Kalau nak tapi kalau tak mahu PAS lagi tak mahu.

0 Komen pengunjong :