Cadang Mahathir, jelas ahli kabinet Najib lemah   Polis siasat Mufti Perak   Mufti dengan fahaman BUGHAHNYA   Setiap kenaikan bebankan rakyat, Najib faham tak?   Masih bergunakah Perdana Menteri kepada kita?   ‘BUGHAH’ berjaya alih isu kenaikan harga barang   Rakyat terbeban, angkara BN gagal mengurus   Kadir Jasin: Najib 'keramat hidup' tak boleh disentuh?   Dengar rintihan bukan rendahkan suara rakyat   Anak Mahathir kata Perkasa banyak mengarut   Bibit perbezaan Najib dan Muhyiddin mula ketara   Kerajaan Anakku Sazali, siapa Sazali hari ini – Zaharin   Cuba alih isu kenaikan kos sara hidup? - Suaram   Segerakan rekonsiliasi nasional wahai Najib   Zahid patut sambut hari jadi dengan bihun dan kuih sahaja   Kenapa Harussani diam ketika rakyat ditindas?   Najib sudah hilang segala-galanya   Anwar minta Najib buat pendirian dalam debat isu Allah   Jika tidak mahu dikritik jangan jadi kerajaan – Dr Asri   Anak Mahathir sertai perhimpunan  

'Harakah baru terima surat tunjuk sebab'

Harakah tengah hari ini baru menerima surat tunjuk sebab daripada Kementerian Dalam Negeri (KDN) berhubung penghantaran setiap salinan akhbar PAS itu.

"Ia dihantar melalui budak penghantar, kata pemangku ketua pengarangnya Taufek Yahya.

Surat tersebut dialamatkan daripada pengarah urusan Harakah Datuk Kamaruddin Jaafar.

"Bagaimanapun tarikh pada surat itu pada 7 Julai (semalam)," kata Taufek kepada Malaysiakini petang ini.

Katanya, selain alasan gagal menghantar salinan naskhah, dalam surat itu, KDN juga mendakwa akhbar tersebut diedar dan dijual kepada bukan ahli di premis terbuka.

Sebelum itu, awal tengah hari tadi, Harakah menyatakan 'kehairanannya' dengan tindakan KDN yang mahukan penjelasan berhubung penghantaran salinan akhbar itu sedangkan "tiada surat tunjuk sebab dihantar" pada masa itu.

Sehubungan itu, Taufek berkata, pihaknya sedang cuba menghubungi pegawai di kementerian berkenaan bagi mendapatkan penjelasan sebelum memutuskan sebarang tindakan lanjut."Surat (tunjuk sebab) pun tidak ada, hendak jawap macam mana?" soal Taufek kembali ketika ditanya sama ada pihaknya akan mengabaikan arahan kementerian itu.

KDN hari ini dilaporkan memberi tempoh tujuh hari mulai kelmarin kepada Harakah bagi menjawab surat tunjuk sebab berhubung pelbagai isu berkaitan syarat penerbitan, termasuk kegagalan menghantar lapan salinan bagi setiap keluaran akhbar itu.

Ketua Setiausaha KDN, Datuk Seri Mahmood Adam dipetik berkata kegagalan akhbar itu menjelaskannya dengan memuaskan boleh menyebabkan permohonan permit penerbitannya yang tamat semalam menemui masalah.

Beliau dilaporkan berkata, surat tunjuk sebab itu diserahkan kepada Taufek, yang diarah menghadiri sesi pertemuan dengan pegawai KDN di kementerian itu, Isnin lalu.

Ketika dihubungi Malaysiakini tengah hari ini, Taufek berkata beliau kesal dengan kenyataan Mahmood itu kerana ia didakwa tidak benar.

"Kita tidak gagal hantar, cuma lewat (hantar)," katanya sambil mendakwa isu permit juga tidak disentuh langsung dalam pertemuannya dengan KDN awal minggu ini.

"Dia (Mahmood) sendiri tidak hadir dalam pertemuan hari itu."

Kelmarin, portal berita KDN melaporkan, Harakah dipanggil ke Putrajaya, bagi "diperingatkan peranan dan tanggungjawab penerbit akhbar kepada KDN".

Akhbar itu dilaporkan diminta mematuhi garis panduan pemberian permit, antaranya seperti kewajipan menghantar naskhah akhbar sebaik selesai dicetak.

Portal kementeriaan itu juga melaporkan tiada sebarang perbincangan mengenai artikel yang dimuatkan dalam Harakah.

Bagaimanapun Taufek pula mendakwa, dalam pertemuan itu, Harakah diminta "lebih berhati-hati' terutama ketika melaporkan "isu-isu sensitif" seperti isu lesen judi sukan, isu Lembaga Tanah Persekutuan (FELDA) dan isu Jemaah Islamiah.

- Malaysiakini

0 Komen pengunjong :