Cadang Mahathir, jelas ahli kabinet Najib lemah   Polis siasat Mufti Perak   Mufti dengan fahaman BUGHAHNYA   Setiap kenaikan bebankan rakyat, Najib faham tak?   Masih bergunakah Perdana Menteri kepada kita?   ‘BUGHAH’ berjaya alih isu kenaikan harga barang   Rakyat terbeban, angkara BN gagal mengurus   Kadir Jasin: Najib 'keramat hidup' tak boleh disentuh?   Dengar rintihan bukan rendahkan suara rakyat   Anak Mahathir kata Perkasa banyak mengarut   Bibit perbezaan Najib dan Muhyiddin mula ketara   Kerajaan Anakku Sazali, siapa Sazali hari ini – Zaharin   Cuba alih isu kenaikan kos sara hidup? - Suaram   Segerakan rekonsiliasi nasional wahai Najib   Zahid patut sambut hari jadi dengan bihun dan kuih sahaja   Kenapa Harussani diam ketika rakyat ditindas?   Najib sudah hilang segala-galanya   Anwar minta Najib buat pendirian dalam debat isu Allah   Jika tidak mahu dikritik jangan jadi kerajaan – Dr Asri   Anak Mahathir sertai perhimpunan  

Dr Pornthip Kembali Bantu Kerajaan Selangor

Pakar patologi forensik Thailand, Dr Pornthip Rojanasunand akan kembali ke Malaysia untuk memberi keterangan dalam perbicaraan inkues kematian Teoh Beng Hock. Peguam Gobind Singh Deo berkata beliau telah menerima sepucuk surat dari Kementerian Kehakiman Thailand yang mengesahkan bahawa Dr Pornthip akan hadir pada inkues itu.
“Esok, kami akan memaklumkan kepada mahkamah mengenai perkembangan ini dan akan memohon tarikh baru bagi membolehkan pakar patologi itu member keterangan,” kata Gobind kepada pemberita di Istana Kehakiman di sini hari ini.
Katanya beliau akan menarik balik permohonan supaya Dr Pornthip (gambar) member keterangan secara langsung menerusi persidangan video.
Inkues itu akan disambung semula esok dengan Mahkamah Koroner akan memutuskan sama ada membenarkan Dr Pornthip memberi keterangan menerusi persidangan video.
Sebelum ini, semasa memberi keterangan pada inkues itu, Dr Pornthip berpendapat Beng Hock tidak membunuh diri, sebaliknya beliau yakin bahawa 80 peratus lelaki itu dibunuh.
Selepas memberi keterangan itu, Dr Pornthip berkata beberapa pihak tertentu memberi tekanan kepadanya supaya tidak menyambung keterangannya dan beliau bimbang dengan keselamatan dirinya.
Berikutan keterangan Dr Pornthip itu, mahkamah membenarkan mayat lelaki itu dibedah siasat kali kedua oleh Ketua Unit Patologi Hospital Sungai Buloh, Dr Shahidan Md Nor, pada 22 November tahun lalu.
Proses bedah siasat kedua itu turut dihadiri Dr Pornthip yang mewakili kerajaan negeri Selangor manakala Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) diwakili oleh pakar Britain, Prof Dr. Peter Venezis.
Beng Hock, 30, setiausaha politik kepada Exco kerajaan negeri Selangor, Ean Yong Hian Wah ditemui mati pada 16 Julai tahun lalu di tingkat lima, Plaza Masalam selepas memberi keterangan di pejabat SPRM Selangor yang terletak di tingkat 14 bangunan sama.

- Bernama

0 Komen pengunjong :