Cadang Mahathir, jelas ahli kabinet Najib lemah   Polis siasat Mufti Perak   Mufti dengan fahaman BUGHAHNYA   Setiap kenaikan bebankan rakyat, Najib faham tak?   Masih bergunakah Perdana Menteri kepada kita?   ‘BUGHAH’ berjaya alih isu kenaikan harga barang   Rakyat terbeban, angkara BN gagal mengurus   Kadir Jasin: Najib 'keramat hidup' tak boleh disentuh?   Dengar rintihan bukan rendahkan suara rakyat   Anak Mahathir kata Perkasa banyak mengarut   Bibit perbezaan Najib dan Muhyiddin mula ketara   Kerajaan Anakku Sazali, siapa Sazali hari ini – Zaharin   Cuba alih isu kenaikan kos sara hidup? - Suaram   Segerakan rekonsiliasi nasional wahai Najib   Zahid patut sambut hari jadi dengan bihun dan kuih sahaja   Kenapa Harussani diam ketika rakyat ditindas?   Najib sudah hilang segala-galanya   Anwar minta Najib buat pendirian dalam debat isu Allah   Jika tidak mahu dikritik jangan jadi kerajaan – Dr Asri   Anak Mahathir sertai perhimpunan  

Bermula Dengan Felda, Petronas Pula Kini Hadapi Gawat Kewangan

KUALA LUMPUR 8 Julai - Selepas Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) mengalami kemerosotan rizab tunai yang menjunam sebanyak RM2.37 bilion dalam tempoh lima tahun, kini syarikat petroliam negara, Petronas pula dirundung nasib yang sama akibat penurunan perolehan yang mendadak.
Keadaan ini menjadi lebih gawat berikutan Petronas yang menjadi penyumbang terbesar kepada pendapatan negara, tidak lagi berupaya bersaing dengan syarikat pengeluar minyak dunia.
Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata beliau telah mengemukakan usul mengenai perolehan Petronas di Dewan Rakyat tetapi telah ditolak oleh Speaker, Tan Sri Pandikar Amin Mulia atas alasan usul itu tidak perlu disegerakan.
"Laporan ini membimbangkan, prestasi kewangan dan operasi Petronas memperlihatkan penurunan perolehan 18.1 peratus kepada RM216.4 bilion. Keuntungan pun merosot 23.2 peratus kepada RM40.3 bilion. Keuntungan RM40.3 bilion, tetapi jumlah yang patut diberi kepada kerajaan ialah RM70.9 bilion. Maknanya RM30 bilion sebagai dividen," jelas beliau pada sidang media di parlimen tengahari tadi yang disertai ahli-ahli parlimen KEADILAN.
"Saya bangkitkan ini kerana saya lihat ia bertujuan untuk menampung defisit. Defisit (negara) tanpa sumbangan Petronas mencecah lebih 11 peratus, tanpa sumber minyak. Ia memberikan satu ruang sikap yang tidak bertanggungjawab dari sudut pengurusan ekonomi negara.
"Kedua di negara lain atau syarikat antarabangsa lain, termasuk Shell, BP dan Exxon Mobil semuanya membelanjakan 50 hingga 80 peratus untuk pelaburan carigali baru sedangkan Petronas dengan keadaan kegawatan yang berlaku sekarang hanya mampu membelanjakan 20 hingga 30 peratus sahaja," kata Ahli Parlimen Permatang Pauh itu.
Menurut Anwar dasar Petronas kini telah berubah berikutan campurtangan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak secara langsung dalam pengurusan Petronas sehingga menyebabkan tahap profesionalisme serta kewibawaan syarikat itu terjejas dan dipertikaikan.
"Kebimbangan kita selain masalah defisit ini ialah Kedudukan dan keupayaan Petronas dalam jangka masa sederhana dan panjang pasti akan terjejas. Saya sediakan analisa menyeluruh berdasarkan kewangan dan prestasi Petronas yang diperjelaskan dengan angka.
"Kebergantungan untuk menangani masalah defisit, dengan hasil minyak 2009 telah mencecah 7.4 peratus defisit, telah masuk paras bahaya. Tanpa hasil minyak defisit ialah 11.7 peratus pada 2008, dan 15.1 peratus untuk 2009.
"Kemudian bayaran Petronas kepada kerajaan kita lihat memang berdasarkan keuntungan Petronas pada 2008 ialah RM67.6 bilion, 2009 RM74 bilion dan 2010 RM57.6 bilion.
"Tetapi yang kita bangkitkan ini juga ialah peratus sumbangan Petronas kepada pendapatan negara. Kita tengok pendapatan bayaran kepada kerajaan maknanya ketergantungan kepada Petronas itu sangat tinggi.
"Untuk 2010 tahun kewangan berakhir 31 Mac, keuntungan 85.6 peratus Petronas diserah semuanya kepada kerajaan. Angka ini mempertikai dalam RMK-10 dan kita melihat angka dan sumbangan Petronas ini sudah lari dari unjuran dan perkiraan yang diumumkan oleh Perdana Menteri, baru baru ini.
"Penekanan utama saya ialah hilangnya kekuatan Petronas apabila keupayaan Petronas melabur untuk carigali minyak gali baru terbantut. Petronas berbanding syarikat minyak besar menjadi terlalu kecil. Jadi belum selesai isu Felda, timbul krisis Petronas pula," kata beliau lagi.

- Suara Keadilan

0 Komen pengunjong :