Cadang Mahathir, jelas ahli kabinet Najib lemah   Polis siasat Mufti Perak   Mufti dengan fahaman BUGHAHNYA   Setiap kenaikan bebankan rakyat, Najib faham tak?   Masih bergunakah Perdana Menteri kepada kita?   ‘BUGHAH’ berjaya alih isu kenaikan harga barang   Rakyat terbeban, angkara BN gagal mengurus   Kadir Jasin: Najib 'keramat hidup' tak boleh disentuh?   Dengar rintihan bukan rendahkan suara rakyat   Anak Mahathir kata Perkasa banyak mengarut   Bibit perbezaan Najib dan Muhyiddin mula ketara   Kerajaan Anakku Sazali, siapa Sazali hari ini – Zaharin   Cuba alih isu kenaikan kos sara hidup? - Suaram   Segerakan rekonsiliasi nasional wahai Najib   Zahid patut sambut hari jadi dengan bihun dan kuih sahaja   Kenapa Harussani diam ketika rakyat ditindas?   Najib sudah hilang segala-galanya   Anwar minta Najib buat pendirian dalam debat isu Allah   Jika tidak mahu dikritik jangan jadi kerajaan – Dr Asri   Anak Mahathir sertai perhimpunan  

Warga Sarawak Prihatin Buat Laporan SPRM Terhadap Ketua Menteri Sarawak

SHAH ALAM 24 Jun - Sekumpulan warga Sarawak diketuai oleh James Wong Joon Min, seorang warga Sarawak yang kini bekerja Kuala Lumpur mahu Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia menyiasat laporan media berkenaan empayar kekayaan milik Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Abdul Taib Mahmud.

James berkata baru-baru ini beberapa portal informasi dan berita telah memaparkan kekayaan Abdul Taib di Australia, Canada dan London, England dengan butir terperinci pemilikan, jumlah nilai dan kewujudan beberapa proksi bagi menjaga kepentingan beliau.

"Portal tersebut juga telah memaparkan beberapa bukti penting menyokong dakwaan mereka, dan saya sebagai seorang anak Sarawak tidak akan berdiam diri apabila kekayaan yang sepatutnya dirasai bersama oleh rakyat Sarawak dibolot oleh seorang individu,' kata beliau kepada Suara Keadilan ketika dihubungi.

James yang bekerja di sebuah syarikat swasta di Kuala Lumpur menegaskan beliau dan rakan-rakan tidak mewakili mana-mana parti politik mahupun mereka mahu dikaitkan dengan politik.

"Sebagai warga Sarawak yang bimbang dan mahukan keadilan, kami telah membuat keputusan untuk melaporkan perkara ini kepada SPRM," katanya lagi.

Beliau dan lima lagi rakan beliau akan membuat laporan di pejabat SPRM, Shah Alam pada pukul 10 pagi hari ini dengan mengemukakan bukti yang dipaparkan diportal berita, yang mana menurut James, cukup kukuh untuk SPRM memulakan siasatan.

"Bukti yang dipaparkan amat kukuh dan pada pengetahuan kami, bukti ini amat meyakinkan dan boleh dijadikan bukti untuk memulakan siasatan. Kami percaya kebenaran akan terserlah selepas SPRM melengkapkan siasatan," kata James lagi.

Timbunan harta kekayaan Abdul Taib yang didedahkan termasuk bangunan pejabat di Ottawa, Canada dan pemilikan rumah persendirian kedua termahal di Canada oleh anak perempuan beliau, Jamilah Taib dan suaminya Sean Murray, warga Canada.

Lidah rasmi KEADILAN, Suara Keadilan juga pernah menyiarkan gambar istana Taib di tebing sungai lengkap dengan kemudahan jeti dan sebuah bot mewah.

"Warga Sarawak patut bertanyakan bagaimana seorang Ketua Menteri yang mendapat gaji RM20,000 sebulan mampu memiliki kesemua ini, dan Taib perlu menjawab soalan rakyat Sarawak sebagai seorang wakil rakyat," kata James.

Suara Keadilan

0 Komen pengunjong :