Cadang Mahathir, jelas ahli kabinet Najib lemah   Polis siasat Mufti Perak   Mufti dengan fahaman BUGHAHNYA   Setiap kenaikan bebankan rakyat, Najib faham tak?   Masih bergunakah Perdana Menteri kepada kita?   ‘BUGHAH’ berjaya alih isu kenaikan harga barang   Rakyat terbeban, angkara BN gagal mengurus   Kadir Jasin: Najib 'keramat hidup' tak boleh disentuh?   Dengar rintihan bukan rendahkan suara rakyat   Anak Mahathir kata Perkasa banyak mengarut   Bibit perbezaan Najib dan Muhyiddin mula ketara   Kerajaan Anakku Sazali, siapa Sazali hari ini – Zaharin   Cuba alih isu kenaikan kos sara hidup? - Suaram   Segerakan rekonsiliasi nasional wahai Najib   Zahid patut sambut hari jadi dengan bihun dan kuih sahaja   Kenapa Harussani diam ketika rakyat ditindas?   Najib sudah hilang segala-galanya   Anwar minta Najib buat pendirian dalam debat isu Allah   Jika tidak mahu dikritik jangan jadi kerajaan – Dr Asri   Anak Mahathir sertai perhimpunan  

Tidak terfikir letak jawatan, kata MB

20090816193030_khalid SHAH ALAM: Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim tidak terfikir untuk meletak jawatan sebagai Menteri Besar Selangor walaupun terdapat khabar angin wujudnya pakatan dalam Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang ingin menyingkirkannya daripada jawatan tersebut.
"Saya tidak terfikir perkara itu," katanya kepada pemberita selepas merasmikan mesyuarat agung tahunan ke-17 Majlis Belia India Malaysia (MIYC) Selangor di sini.
Abdul Khalid berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai kewujudan pakatan 15 anggota Parlimen PKR yang mahu mendesak beliau berundur daripada jawatan menteri besar.
Mengulas 17 daripada 22 pemimpin bahagian PKR Selangor yang hadir pada mesyuarat tergempar Jumaat bagi menyatakan sokongan mereka terhadap beliau, Abdul Khalid yang juga Pengerusi PKR Selangor berkata:
"Ini perkara biasa. Dalam persatuan atau politik mesti ada perbezaan antara kepimpinan dan biasanya satu-satu persatuan yang matang dan sudah mengalami beberapa keadaan akan cepat selesaikannya."
Sementara itu Naib Presiden PKR R.Sivarasa berkata tiada bukti yang menunjukkan mengenai kewujudan pakatan 15 anggota Parlimen itu dan hanya spekulasi.
Anggota Parlimen Gombak Mohamed Azmin Ali berkata beliau tidak pernah meminta Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim untuk meletak jawatan.
"Kita tegur, kita bukan minta Khalid digugurkan, kami tak pernah kata Khalid mesti dipecat, tak ada Pakatan 15 Ahli Parlimen, yang ada Pakatan Rakyat sahaja," katanya.
Beliau berkata sebenarnya apa yang segelintir anggota parlimen PKR tidak berpuas hati dengan pentadbiran Khalid ialah masalah birokrasi yang masih membelenggu pentadbiran kerajaan negeri dan sistem penyampaian yang masih lembab.

- FMT

0 Komen pengunjong :