Cadang Mahathir, jelas ahli kabinet Najib lemah   Polis siasat Mufti Perak   Mufti dengan fahaman BUGHAHNYA   Setiap kenaikan bebankan rakyat, Najib faham tak?   Masih bergunakah Perdana Menteri kepada kita?   ‘BUGHAH’ berjaya alih isu kenaikan harga barang   Rakyat terbeban, angkara BN gagal mengurus   Kadir Jasin: Najib 'keramat hidup' tak boleh disentuh?   Dengar rintihan bukan rendahkan suara rakyat   Anak Mahathir kata Perkasa banyak mengarut   Bibit perbezaan Najib dan Muhyiddin mula ketara   Kerajaan Anakku Sazali, siapa Sazali hari ini – Zaharin   Cuba alih isu kenaikan kos sara hidup? - Suaram   Segerakan rekonsiliasi nasional wahai Najib   Zahid patut sambut hari jadi dengan bihun dan kuih sahaja   Kenapa Harussani diam ketika rakyat ditindas?   Najib sudah hilang segala-galanya   Anwar minta Najib buat pendirian dalam debat isu Allah   Jika tidak mahu dikritik jangan jadi kerajaan – Dr Asri   Anak Mahathir sertai perhimpunan  

Pemuda Umno Pula Bantah Lesen Judi Sukan

Selepas Badan Perhubungan Umno Johor dan Perak, Pergerakan Pemuda Umno hari ini secara rasmi membantah cadangan kerajaan untuk mengeluarkan lesen judi pertaruhan sukan di negara ini. Ketuanya, Khairy Jamaluddin berkata pengeluaran lesen judi seumpamanya akan membawa lebih banyak keburukan daripada kebaikan kepada seluruh lapisan rakyat pelbagai kaum di negara ini.

"Setelah hampir beberapa minggu kita meminta pandangan daripada ahli-ahli akar umbi dan (menyaksikan) usaha yang dijalankan oleh pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang dapat membanteras sedikit sebanyak gejala judi ini melalui penguatkuasaan keras dalam seminggu ini, kita rasa bahawa dalam isu lesen judi pertaruhan perlawanan bola ini, Pemuda Umno membuat pendirian bahawa kita membantah sekiranya kerajaan mahu keluarkan lesen tersebut.

"Kita berharap apa yang kita dengar dalam berita iaitu kenyataan yang dibuat oleh pihak swasta bahawa kerajaan telah bersetuju (mengeluarkan lesen) adalah tidak benar. Kita berharap kerajaan tidak mengeluarkan lesen tersebut," katanya.

Khairy berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan persidangan perwakilan Umno Bahagian Tawau, yang turut dihadiri Ketua Umno Bahagian Tawau, Datuk Tawfiq Abu Bakar Titingan, di Tawau hari ini.

Khairy berkata judi merupakan gejala tidak baik dalam mana-mana masyarakat termasuk dalam masyarakat bukan Islam sendiri.


"Saya tanya rakan-rakan dalam MCA dan MIC, mereka pun kata judi ini bukanlah perkara yang disokong oleh masyarakat mereka. Memang betul ada masyarakat bukan Islam berjudi tetapi ia bukanlah yang disokong masyarakat mereka. Mereka juga anggap judi bukan budaya mereka. Mereka pun berpendapat mengapa kita menggalakkan perkara ini (judi) dengan memberi pengesahan dengan memberi lesen. Jadi daripada sudat pandangan mana-mana budaya atau kaum di Malaysia ini, mereka tidak setuju, lebih-lebih lagi untuk orang beragama Islam," katanya.

Walaupun ada pandangan yang menyatakan bahawa lesen judi berkenaan hanya untuk masyarakat bukan Islam, namun kata Khairy pandangan masyarakat Islam dan bukan Islam yang sangat menentang judi perlu diambil kira dalam isu itu.

Selain itu, Khairy berkata alasan bahawa jika lesen judi pertaruhan bola berkenaan tidak dikeluarkan akan menyebabkan judi haram berleluasa dan tidak dapat dikawal tidak dapat diterima kerana PDRM membuktikan mereka berjaya membanteras beberapa kegiatan pertaruhan bola sejak bermulanya kejohanan bola sepak Piala Dunia.

"Apabila melihat kedua-dua hujah ini, kita dapati sudah tiba masa kita membuat pendirian secara terbuka berhubung isu ini. Jadi pada hari ini kita rasa terpanggil untuk memaklumkan kerajaan tentang pendirian Pemuda (Umno)," katanya.

- Bernama

0 Komen pengunjong :