Cadang Mahathir, jelas ahli kabinet Najib lemah   Polis siasat Mufti Perak   Mufti dengan fahaman BUGHAHNYA   Setiap kenaikan bebankan rakyat, Najib faham tak?   Masih bergunakah Perdana Menteri kepada kita?   ‘BUGHAH’ berjaya alih isu kenaikan harga barang   Rakyat terbeban, angkara BN gagal mengurus   Kadir Jasin: Najib 'keramat hidup' tak boleh disentuh?   Dengar rintihan bukan rendahkan suara rakyat   Anak Mahathir kata Perkasa banyak mengarut   Bibit perbezaan Najib dan Muhyiddin mula ketara   Kerajaan Anakku Sazali, siapa Sazali hari ini – Zaharin   Cuba alih isu kenaikan kos sara hidup? - Suaram   Segerakan rekonsiliasi nasional wahai Najib   Zahid patut sambut hari jadi dengan bihun dan kuih sahaja   Kenapa Harussani diam ketika rakyat ditindas?   Najib sudah hilang segala-galanya   Anwar minta Najib buat pendirian dalam debat isu Allah   Jika tidak mahu dikritik jangan jadi kerajaan – Dr Asri   Anak Mahathir sertai perhimpunan  

Khairy tidak diundang rasmi mesyuarat Pemuda Umno Kelantan


PETALING JAYA: Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin tidak diundang untuk merasmikan mesyuarat pergerakan itu di negeri Kelantan yang mempunyai 14 bahagian tahun ini.
Sebaliknya, Datuk Mukhriz Mahathir yang dikalahkannya dalam perebutan jawatan ketua pada Mac tahun lalu, yang merasmikan mesyuarat Pemuda Bahagian Kuala Krai, 18 Jun lalu.
KHAIRY_BNNaib Ketua Pemuda Umno, Datuk Razali Ibrahim pula dijadualkan merasmikan mesyuarat Pemuda Bahagian Pasir Puteh pada Sabtu ini.

Seorang exco pergerakan, Datuk Suhaimi Shahadan merasmikan mesyuarat Pemuda Umno Bahagian Tumpat pada hari Sabtu lalu.
Ketika diminta mengulas perkara ini, Ketua Pemuda Umno Kelantan, Annuar Saffian berkata, "Khairy sengaja tidak diundang kerana Pemuda Kelantan mahu memberi tokoh baru merasmikan mesyuarat Pemuda tahun ini."
"Khairy sudah setiap tahun datang merasmikan mesyuarat Pemuda Umno Kelantan. Dan beliau berjanji akan datang (ke Kelantan) selepas mesyuarat Pemuda selesai.

Jadual yang ketat
 
"Khairy sendiri memberitahu beliau mempunyai jadual yang ketat dan mahu ke negeri lain. Maknanya keputusan tidak mengundang Khairy dipersetujui oleh ketua Pemuda Umno itu sendiri.
Annuar berkata, beberapa mesyuarat Pemuda pula dirasmikan oleh Ketua Umno Bahagian dan juga oleh ahli Majlis Tertinggi (MT) Umno sendiri.
Antara ahli Majlis Tertinggi yang merasmikan mesyuarat Umno bahagian di Kelantan ialah Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Ali Rustam, Menteri Belia dan Sukan, Datuk Ahmad Shabbery Cheek dan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Mohamed Khaled Nordin.
Menurut Annuar, tindakan Pemuda Umno Kelantan tidak mengundang Khairy merasmikan mesyuarat Pemuda bukan bertujuan untuk meminggirkan Khairy seperti didakwa oleh golongan tertentu.
"Saya dan barisan exco Pemuda Umno Kelantan semuanya dilantik oleh Khairy. Tidak mungkin saya mahu meminggirkannya.
"Mengapa orang suka menimbulkan isu Khairy sekarang atau adakah kerana beliau tidak dilantik menjadi menteri kabinet?" Soal beliau.

- FMT

Kembara Jr......... apa dah jadi tak kan ketua sendiri pun tak dijemput untuk rasmikan mesyuarat. Berilah peluang, tengok Khairy berani ke tidak hentam Brahim Ali di kampung Brahim sendiri.

0 Komen pengunjong :