Cadang Mahathir, jelas ahli kabinet Najib lemah   Polis siasat Mufti Perak   Mufti dengan fahaman BUGHAHNYA   Setiap kenaikan bebankan rakyat, Najib faham tak?   Masih bergunakah Perdana Menteri kepada kita?   ‘BUGHAH’ berjaya alih isu kenaikan harga barang   Rakyat terbeban, angkara BN gagal mengurus   Kadir Jasin: Najib 'keramat hidup' tak boleh disentuh?   Dengar rintihan bukan rendahkan suara rakyat   Anak Mahathir kata Perkasa banyak mengarut   Bibit perbezaan Najib dan Muhyiddin mula ketara   Kerajaan Anakku Sazali, siapa Sazali hari ini – Zaharin   Cuba alih isu kenaikan kos sara hidup? - Suaram   Segerakan rekonsiliasi nasional wahai Najib   Zahid patut sambut hari jadi dengan bihun dan kuih sahaja   Kenapa Harussani diam ketika rakyat ditindas?   Najib sudah hilang segala-galanya   Anwar minta Najib buat pendirian dalam debat isu Allah   Jika tidak mahu dikritik jangan jadi kerajaan – Dr Asri   Anak Mahathir sertai perhimpunan  

Khairy 'Selamatkan' Ka Siong Daripada Ibrahim Ali

Ahli parlimen Rembau Khairy Jamaluddin hari ini membela rakannya, ketua Pemuda MCA, Datuk Wee Ka Siong, selepas 'diserang' oleh wakil rakyat Bebas dari Pasir Mas Datuk Ibrahim Ali berhubung isu biasiswa.

Dalam satu sidang media di lobi Parlimen, Ibrahim yang juga presiden PERKASA mengecam Wee berhubung pernyataannya minggu lalu yang menggesa kerajaan supaya mengekalkan biasiswa Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA).

Akhbar berbahasa Inggeris, The Star memetik Wee sebagai berkata jika kerajaan menghentikan pemberiaan biasiswa JPA tetapi mengekalkan biasiswa Mara, maka ianya tidak selaras dengan konsep 1Malaysia yang dipromosi oleh kerajaan.

Sejurus selepas sidang akhbar Ibrahim, Khairy yang juga ketua Pemuda Umno dan Wee, mengadakan sidang akhbar masing-masing untuk menjawab isu tersebut.

Khairy memberitahu pemberita bahawa Wee tidak mempersoalkan hak oang Melayu ataupun menyarankan supaya biasiswa Mara diberhentikan, dan menegaskan bahawa Ibrahim yang salahfaham dengan maksud Wee.

Wee pula menjelaskan bahawa pernyataannya tidak mempersoalkan biasiswa Mara.

- Malaysiakini

0 Komen pengunjong :