Cadang Mahathir, jelas ahli kabinet Najib lemah   Polis siasat Mufti Perak   Mufti dengan fahaman BUGHAHNYA   Setiap kenaikan bebankan rakyat, Najib faham tak?   Masih bergunakah Perdana Menteri kepada kita?   ‘BUGHAH’ berjaya alih isu kenaikan harga barang   Rakyat terbeban, angkara BN gagal mengurus   Kadir Jasin: Najib 'keramat hidup' tak boleh disentuh?   Dengar rintihan bukan rendahkan suara rakyat   Anak Mahathir kata Perkasa banyak mengarut   Bibit perbezaan Najib dan Muhyiddin mula ketara   Kerajaan Anakku Sazali, siapa Sazali hari ini – Zaharin   Cuba alih isu kenaikan kos sara hidup? - Suaram   Segerakan rekonsiliasi nasional wahai Najib   Zahid patut sambut hari jadi dengan bihun dan kuih sahaja   Kenapa Harussani diam ketika rakyat ditindas?   Najib sudah hilang segala-galanya   Anwar minta Najib buat pendirian dalam debat isu Allah   Jika tidak mahu dikritik jangan jadi kerajaan – Dr Asri   Anak Mahathir sertai perhimpunan  

Isu JI Untuk Kekalkan ISA

KUALA LUMPUR, 22 Jun: Gerakan Mansuhkan ISA (GMI) mensyaki isu Jemaah Islamiah (JI) yang dibangkitkan pada waktu ini adalah usaha kerajaan Umno Barisan Nasional untuk mengekalkan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) ekoran perbahasan rang undang-undang pindaannya di parlimen pada Julai ini.
Pengerusinya, Syed Ibrahim Syed Noh berkata, kekeliruan mula timbul apabila isu 10 yang ditahan di Sungai Cincin, Gombak pada 21 Januari lalu atas tuduhan pengganas antarabangsa dibangkitkan semula kini dengan tuduhan terlibat dengan JI.

Sembilan daripada yang ditahan enam bulan lalu itu, katanya telahpun dihantar pulang ke negara masing-masing tiga bulan lalu namun isu berkenaan kini dibangkitkan kembali.
"Banyak pihak termasuh GMI menimbulkan kecurigaan terhadap pendedahannya sekarang. Kita yakin ini adalah usaha pre-emptive kerajaan untuk menjustifikasi penggunaan dan pengekalan ISA," katanya pada sidang media GMI bersama Ahli Parlimen Pakatan Rakyat di parlimen hari ini.

Turut diserahkan kepada Ahli Parlimen Pakatan Rakayat, memorandum tuntutan agar kerajaan memansuhkan ISA bukan melakukan pindaan kosmetik semata-mata. ISA, kata Syed Ibrahim, sudah menjadi akta pilihan dan jalan mudah kerajaan menggantikan amalan profesionalisme polis seperti risikan dan penyiasatan.
Mangsanya kini, ujarnya semakin luas bukan sahaja kepada kumpulan-kumpulan yang didakwa pengganas, aktivis politik dan aktivis hak asasi, malah turut dikenakan kepada pemalsu kad pengenalan, pengklon telefon, pemalsu wang syiling dan pelindung pendatang tanpa izin. Sedangkan, katanya undang-undang sedia ada, khusus untuk kesalahan-kesalahan tersebut diketepikan.

"Undang-undang dalam Kanun Keseksaan sudah cukup. Seksyen 489B Penal Code berkaitan pemalsuan duit, seksyen 56 Immigration Act berkaitan pemalsuan pasport, seksyen 298A Penal Code berkaitan menyebar isu atau khabar angin melibatkan agama, seksyen 499 Penal Code melibatkan isu perkauman dan Chapter VIA of Penal Code yang berkaitan isu pengganas," katanya lagi.

Selain ISA,ujarnya Emergency Ordinance (EO, Dangerous Drugs Act (DDA) dan Restricted Residence Act (RRA) juga perlu dimansuhkan. Katanya, Working Group on Arbitrary Detention dari PBB, dalam lawatan ke Malaysia melahirkan rasa kebimbangan terhadap penggunaan akta-akta tersebut.
"Jawatan kuasa tersebut menjelaskan bahawa kesemua akta-akta ini adalah usang dan ianya harus dimansuhkan kerana melanggar undang-undang dan hak asasi antarabangsa," katanya.

- Harakahdaily

0 Komen pengunjong :