Cadang Mahathir, jelas ahli kabinet Najib lemah   Polis siasat Mufti Perak   Mufti dengan fahaman BUGHAHNYA   Setiap kenaikan bebankan rakyat, Najib faham tak?   Masih bergunakah Perdana Menteri kepada kita?   ‘BUGHAH’ berjaya alih isu kenaikan harga barang   Rakyat terbeban, angkara BN gagal mengurus   Kadir Jasin: Najib 'keramat hidup' tak boleh disentuh?   Dengar rintihan bukan rendahkan suara rakyat   Anak Mahathir kata Perkasa banyak mengarut   Bibit perbezaan Najib dan Muhyiddin mula ketara   Kerajaan Anakku Sazali, siapa Sazali hari ini – Zaharin   Cuba alih isu kenaikan kos sara hidup? - Suaram   Segerakan rekonsiliasi nasional wahai Najib   Zahid patut sambut hari jadi dengan bihun dan kuih sahaja   Kenapa Harussani diam ketika rakyat ditindas?   Najib sudah hilang segala-galanya   Anwar minta Najib buat pendirian dalam debat isu Allah   Jika tidak mahu dikritik jangan jadi kerajaan – Dr Asri   Anak Mahathir sertai perhimpunan  

Isu Felda: KDN panggil editor Suara Keadilan

Kementerian Dalam Negeri (KDN) telah mengeluarkan surat panggilan kepada pihak pengurusan dan editor kanan akhbar Suara Keadilan untuk hadir memberi keterangan berhubung penyiaran artikel
berunsur fitnah terhadap Felda.
Timbalan Ketua Setiausaha (Keselamatan) KDN Datuk Ahmad Fuad Ab Aziz berkata surat panggilan itu dikeluarkan kerana pihak terbabit menyatakan secara lisan tidak dapat hadir ke KDN pada Jumaat lepas atas sebab-sebab tertentu.
“KDN memerlukan penjelasan lengkap mengapa tabloid berkenaan tidak dikenakan tindakan di bawah Seksyen 7 Akta Mesin Cetak dan Penerbitan (AMCP) 1984," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Akhbar rasmi Parti Keadilan Rakyat (PKR) pada keluaran bertarikh 22-29 Jun lepas menyiarkan berita utama di muka hadapan bertajuk "Felda Bankrap" dan empat lagi artikel di dalam keluaran sama.
Ahmad Fuad berkata KDN memandang serius mengenai perkara ini dan tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan terhadap akhbar berkenaan di bawah Seksyen 7, AMCP 1984.
Katanya, artikel berkenaan didapati secara jelas berpotensi menggugat ketenteraman awam dengan menyiarkan laporan berita dari sumber yang tidak sahih.
Malah, ia juga tidak mematuhi syarat-syarat permit (Kaedah-Kaedah Mesin Cetak dan Penerbitan (lesen dan permit) 1984) yang melarang akhbar itu dijual kepada bukan ahli parti dan diedarkan luar daripada markas parti.

0 Komen pengunjong :