Cadang Mahathir, jelas ahli kabinet Najib lemah   Polis siasat Mufti Perak   Mufti dengan fahaman BUGHAHNYA   Setiap kenaikan bebankan rakyat, Najib faham tak?   Masih bergunakah Perdana Menteri kepada kita?   ‘BUGHAH’ berjaya alih isu kenaikan harga barang   Rakyat terbeban, angkara BN gagal mengurus   Kadir Jasin: Najib 'keramat hidup' tak boleh disentuh?   Dengar rintihan bukan rendahkan suara rakyat   Anak Mahathir kata Perkasa banyak mengarut   Bibit perbezaan Najib dan Muhyiddin mula ketara   Kerajaan Anakku Sazali, siapa Sazali hari ini – Zaharin   Cuba alih isu kenaikan kos sara hidup? - Suaram   Segerakan rekonsiliasi nasional wahai Najib   Zahid patut sambut hari jadi dengan bihun dan kuih sahaja   Kenapa Harussani diam ketika rakyat ditindas?   Najib sudah hilang segala-galanya   Anwar minta Najib buat pendirian dalam debat isu Allah   Jika tidak mahu dikritik jangan jadi kerajaan – Dr Asri   Anak Mahathir sertai perhimpunan  

Fenomena biasa 40 ulama sertai UMNO tidak jejas kredibiliti Pas

SHAH ALAM – Pas menyifatkan penyertaan 40 ulama muda ke dalam UMNO sebagai fenomena biasa ada ia tidak memberi sebarang impak kepada :kredibiliti parti tersebut yang masih menjadi dominan dalam kalangan ulama di negara ini.

Naib Presidennya Salahuddin Ayub berkata, semua pihak tahu sebab utama seseorang individu menyertai UMNO dan Pas tidak merasakan tekanan dengan perkembangan ini.

Menurutnya, keputusan ulama menyertai UMNO adalah kehendak peribadi bagi mana-mana individu yang merasakan parti tersebut bersesuaian dengan jiwa mereka.

“Bagi mereka yang menyertai UMNO, mereka mempunyai neraca (pertimbangan) tersendiri dalam menentukan baik, buruk dalam keputusan mereka.

“Saya sendiri tidak berasa pelik dengan fenomena ini, apa yang penting tindakan 40 ulama ini tidak memberi sebarang kesan kepada Pas, kerana rakyat tahu mengenai UMNO dan juga Pas, siapa yang lebih baik,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian semalam.

Kelmarin, 40 ulama telah menyerahkan borang kemasukan menerusi diketuai Fadlan Mohd Othman yang juga Pensyarah Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia dan Penasihat Agama Institut Jantung Negara, Fathul Bari Mat Jahya kepada Presiden UMNO, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak sebelum mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur malam kelmarin.

Namun, kumpulan tersebut tidak disertai oleh bekas Mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin yang sebelum ini disebut-sebut akan melakukan keputusan yang sama.

Ketika ditanya mengen:ai tindakan Asri untuk tidak menyertai UMNO, Salahuddin berkata, tindakan tersebut adalah keputusan yang bijak diambil oleh ulama tersebut.

“Saya rasa beliau (Asri) tahu mengenai situasi sekarang tidak mengizinkan beliau menyertai mana-mana parti politik dan itu adalah keputusan yang bijak,” katanya.
- Sinar Harian

0 Komen pengunjong :