Cadang Mahathir, jelas ahli kabinet Najib lemah   Polis siasat Mufti Perak   Mufti dengan fahaman BUGHAHNYA   Setiap kenaikan bebankan rakyat, Najib faham tak?   Masih bergunakah Perdana Menteri kepada kita?   ‘BUGHAH’ berjaya alih isu kenaikan harga barang   Rakyat terbeban, angkara BN gagal mengurus   Kadir Jasin: Najib 'keramat hidup' tak boleh disentuh?   Dengar rintihan bukan rendahkan suara rakyat   Anak Mahathir kata Perkasa banyak mengarut   Bibit perbezaan Najib dan Muhyiddin mula ketara   Kerajaan Anakku Sazali, siapa Sazali hari ini – Zaharin   Cuba alih isu kenaikan kos sara hidup? - Suaram   Segerakan rekonsiliasi nasional wahai Najib   Zahid patut sambut hari jadi dengan bihun dan kuih sahaja   Kenapa Harussani diam ketika rakyat ditindas?   Najib sudah hilang segala-galanya   Anwar minta Najib buat pendirian dalam debat isu Allah   Jika tidak mahu dikritik jangan jadi kerajaan – Dr Asri   Anak Mahathir sertai perhimpunan  

Dahulukan Reformasi Pendidikan Sebelum Pemansuhan Peperiksaan, Ketua AMK Selangor

Angkatan Muda Keadilan Selangor mendesak kerajaan agar memberi fokus kepada reformasi pendidikan negara sebelum melaksanakan pemansuhan peperiksaan UPSR dan PMR.
AMK Selangor melihat agenda reformasi pendidikan khususnya halatuju dan pemerkasaan pendidikan negara perlu diberi perhatian agar sistem pendidikan negara mampu mengangkat potensi pelajar yang lebih berkeyakinan, berakhalak tinggi dan mampu bersaing di peringkat global.
Kita mencadangkan kepada kerajaan dalam usaha memperkasakan pendidikan negara, pembelajaran vokasional dan teknik boleh dimulakan seawal Tingkatan 1.  Ianya untuk memastikan apabila pelajar tamat Tingkatan 5, mereka boleh menguasai kemahiran pada tahap yang lebih tinggi daripada sekarang.  Justeru mereka lebih berdaya saing serta bersedia jika memasuki pasaran kerja.
AMK Selangor juga berharap agar para pelajar negara ini tidak dijadikan ujikaji perlaksanaan sesuatu dasar tanpa kajian mendalam daripada pakar-pakar dan pandangan rakyat.  Apa yang lebih utama ialah kita mampu menyediakan pembelajaran untuk pelajar dapat bersaing di masa hadapan.  Bukan sekadar memberi pengajaran yang akhirnya tidak dapat dipraktikkan dalam realiti kehidupan sebenar.
Kita juga menggesa kerajaan menumpukan kepada aspek reformasi pendidikan yang mendidik pelajar ke arah pembangunan insan yang cemerlang dalam semua aspek.  Kebejatan sosial dan kemerosotan disiplin para pelajar perlu diperbaiki dan diambil perhatian dan bukan sekadar menumpukan aspek peperiksaan sahaja.
Justeru, kita yakin bahawa reformasi pendidikan itu perlu dilaksanakan segera agar Malaysia mampu melahirkan pelajar yang mampu bersaing di peringkat global, inovatif dan berintegriti tinggi.
*Kenyataan media oleh Khairul Anuar Ahmad Zainuddin selaku Ketua Angkatan Muda Keadilan Selangor dari Parti Keadilan Rakyat.

- MerdekaReview

0 Komen pengunjong :