Cadang Mahathir, jelas ahli kabinet Najib lemah   Polis siasat Mufti Perak   Mufti dengan fahaman BUGHAHNYA   Setiap kenaikan bebankan rakyat, Najib faham tak?   Masih bergunakah Perdana Menteri kepada kita?   ‘BUGHAH’ berjaya alih isu kenaikan harga barang   Rakyat terbeban, angkara BN gagal mengurus   Kadir Jasin: Najib 'keramat hidup' tak boleh disentuh?   Dengar rintihan bukan rendahkan suara rakyat   Anak Mahathir kata Perkasa banyak mengarut   Bibit perbezaan Najib dan Muhyiddin mula ketara   Kerajaan Anakku Sazali, siapa Sazali hari ini – Zaharin   Cuba alih isu kenaikan kos sara hidup? - Suaram   Segerakan rekonsiliasi nasional wahai Najib   Zahid patut sambut hari jadi dengan bihun dan kuih sahaja   Kenapa Harussani diam ketika rakyat ditindas?   Najib sudah hilang segala-galanya   Anwar minta Najib buat pendirian dalam debat isu Allah   Jika tidak mahu dikritik jangan jadi kerajaan – Dr Asri   Anak Mahathir sertai perhimpunan  

Daftar Pemilih 1: 40 Kerja Umno

KUALA LUMPUR, 29 Jun - Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang ditemui pada satu sidang media selepas mesyuarat majlis pimpinan Pakatan Rakyat di parlimen menyifatkan kenyataan yang dikeluarkan dalam akhbar hari ini mengenai nisbah daftar pemilih yang baru antara Bumiputera dan kaum lain iaitu 1:40 adalah satu anggaran yang tidak tepat serta menpunyai sifat perkauman.

"Angka yang dikeluarkan itu tidak tepat dan bagaimana mereka boleh dapat 1:40, bagaimana mereka memperolehi angka tersebut dan bagaimana kajian itu dilakukan?. Selain itu juga kenyataan tersebut jelas mempunyai sifat perkauman kerana dengan angkan yang diberikan itu terkandung unsur ugutan kerana kaum bumiputera akan melihat bahawa pendaftaran melayu sangat rendah dan ini akan menyebabkan kedudukan melayu pada pilihan raya nanti akan tergugat. Inilah kerja Umno yang sebenarnya mereka hanya tahu menakutkan rakyat sahaja terutamanya bumiputera, isu yang sebenar dalam kenyataan itu adalah mengambarkan kegagalan Suruhanjaya Pilihan Raya dalam menarik lebih ramai pengundi. SPR sepatutnya telah melaksanakan pendaftaran secara terus bila seseorang itu berumur 21 tahun, daftar boleh diambil terus melalui Jabatan Pendaftaran Negara dan sistem ini sepatutnya dapat menyelesaikan terus segala masalah daftar pengundi baru," jelasnya.

Beliau mahukan SPR memainkan sistem pilihan raya yang adil bukan pilihan raya yang dikawal oleh Umno, selain itu juga kekangan pemberian borang pendaftaran pengundi baru juga menunjukkan Umno tidak mahu kedudukan mereka tergugat.

Menyokong pendapat yang sama, Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang memberitahu semua kenyataan tersebut dilakukan oleh Umno tanpa membuat kajian yang sempurna.

"Ini semua kerja Umno dan angka tersebut tidak benar sama sekali, Umno cuba menarik perhatian orang melayu agar terus berdaftar dan menyokong mereka bagi menyekat kemaraan kaum lain. Tindakan mereka ini jelas mempunyai sifat perkauman dan juga hasutan. Umno menangguh pendaftaran secara terus kerana takut kedudukan mereka tergugat pada setiap kali pilihan raya, sepatutnya SPR mengambil inisiatif segera dalam soal pendaftar baru bukan mengikut telunjuk Umno," kata Hadi.

Penasihat DAP, Lim Kit Siang menjelaskan kenyataan 1:40 itu merupakan sikap tidak tanggungjawab Umno mahupun SPR selain menegaskan unsur perkauman cuba dimainkan oleh mereka.

Dalam pada itu Anwar juga memberitahu media Konvensyen Pakatan Rakyat Sarawak akan diadakan pada bulan Julai depan manakala Kongres Pakatan Rakyat pada bulan Oktober nanti.

- /Suara Keadilan


Kembara Jr.......... apakah nisbah daftar pemilih yang diberikan itu betul ? kalau betul apakah SPR buat dan mana peranannya yang dimainkan untuk menarik kaum Melayu supaya mendaftar. Tak kan dok saja tunggu arahan baru nak buat kerja kok !!!........

0 Komen pengunjong :