Ketua Menteri Sarawak meminta rakyat supaya tidak mengambil serius tuduhan DAP kononnya Barisan Nasional (BN) parti mengamalkan rasuah kerana apa yang dikatakan oleh parti pembangkang itu adalah semata-mata pembohongan. Katanya lagi kalau rakyat percaya cakap DAP dunia boleh ' tungkup'( Terbalik )
Tan Sri Abdul Taib Mahmud berkata demikian selepas merasmikan Medan Hamidah di Demak Jaya Jalan Bako di Kuching, hari ini.
Beliau berkata lagi, di bawah Barisan Nasional demokrasi akan terus berjalan dengan baik di negara ini. Jadi beliau mahu melihat rakyat kekal bersatu dan menjadikan Sarawak negeri contoh kepada masyarakat berbilang kaum di negara ini.
Ketua Menteri Serawak itu menyambut ulang tahun ke-74 hari ini.
Kembara Jr .....kah, kah, kah........tergelak jugak aku dengar orang tua nyanyok ni bersuara. " Kalau orang Serawak percaya cakap DAP dunia boleh tungkup ". Maklumlah dah lama memerintah dan dah masuk umur 74 tahun, kira warga emas lah tu. Nyanyok dan merapu lah bercakap. Warga emas biasanya kita beri bantuan. Jadi sama-samalah kita bantu Ketua Menteri Serawak ni dengan mengingatkan beliau pilihan raya dewan undangan negeri nanti Pakatan Rakyat nak " tungkup " BN Serawak sekali dengan Ketua Menteri nya pulak.
.....Lawannn.....Tetapppppp.....Lawannnnnnnnn.....
0 Komen pengunjong :