Kekalahan BN di Sibu semalam membuat Perkasa melatah lagi mempertikaikan tahap sokongan kaum Cina kepada Barisan Nasional (BN).
Presiden Perkasa, Datuk Ibrahim Ali ketika mengulas keputusan pilihan raya kecil kerusi Parlimen Sibu .mendakwa pengundi-pengundi Cina di kawasan Sibu tidak menghargai janji-janji projek dan bantuan kewangan yang dibuat oleh BN ketika berkempen, maka sebab itulah mereka menyokong DAP.
Kerusi Sibu yang mempunyai majoriti pengundi Cina dirampas oleh DAP yang diturunkan oleh Pakatan Rakyat. Calon DAP Wong Ho Leng memenangi pilihan raya kecil kerusi Parlimen Sibu dengan majoriti 398 undi. Beliau memperolehi 18,845 undi bagi mengalahkan calon Barisan Nasional Robert Lau Hui Yew yang mendapat 18,447 undi dan calon Bebas Narawi Haron yang beroleh 232 undi.
Ketika mengulas kemenangan BN di prk Hulu Selangor tempoh hari, Ahli Parlimen Bebas Pasir Mas, itu juga membangkitkan soal ketidaksetian pengundi cina kepada BN. Beliau kemudian mengcadangkan kepada kerajaan supaya mengkaji dahulu soal bantuan kepada kaum Cina sebagai pengajaran kepada mereka. Namun cadangan beliau tidak dilayan oleh kerajaan.
Kembara Jr ….. Datuk!! Kalau dah ahli Bebas tu datuk buatlah cara bebas.Tak usah nak masuk campurlah masalah orang lain. Dia orang nak undi parti mana itu hak dia. Yang datuk marah dan sakit hati kaum Cina tak undi BN pasal apa. BN bukan parti datuk. Dia orang punya pasallah.nak undi parti mana asalkan bagi mereka parti yang dia orang undi tu boleh membawa perubahan kepada mereka. Itu yang dia orang nak.
Datuk silap besar, silap kerana hanya pandai menyalahkan orang sahaja tapi datuk tak pandai menyalahkan diri sendiri kerana datuk tak nak pikir kenapa dia orang tak sokong BN. Biarlah saya bagitau, dia orang tak sokong BN pasal dia orang dah dok yakin BN mampu menolong mereka.. Mereka lebeh yakin lagi kepada Pakatan Rakyat. Itu puncanya dia orang tolak BN dan sokong Pakatan Rakyat datuk ooiii!!!!!. Apa-apa pun Datuk fikirrrrrrlah sendiri yaaaaa!!!!!!
0 Komen pengunjong :