
Sebelum kongres penuh bermula Timbalan Presiden, Dr Syed Husin Ali akan merasmikan kongres Angkatan Muda dan Wanita PKR pada 27 Mei mulai jam 8.30 malam di Dewan Besar KTC. Sidang penuh kedua-dua sayap ini pula akan diadakan pada hari Jumaat ini dimana AMK akan mengadakan persidangannya di Perdana Resort manakala Wanita PKR pula di KTC.

Sehingga kini, PAS akan diwakili Datuk Mustafa Ali manakala Lim Kit Siang akan mewakili DAP di majlis perasminan. Para diplomat dari kedutaan asing seperti kedutaan Australia, Amerika, dan United Kingdom dan Kesatuan Eropah telah mengesahkan akan menghadiri kongres ini di samping para NGO dari dalam dan luar negara.
Saifudin meramalkan, antara isu utama yang bakal menghiasi kongres kali ini adalah isu lesen judi bola sepak piala dunia yang diluluskan baru-baru ini. Selain itu, isu penyerahan Blok L dan M kepada Brunei juga bakal dibangkitkan dalam ucapan dasar Presiden di samping isu-isu dalaman PKR dan usaha untuk memperkasakan Pakatan. Kata beliau, tumpuan ucapan dasar juga akan diberikan kepada memperkuatkan kerajaan-kerajaan negeri Pakatan Rakyat iaitu Kelantan, Selangor, Kedah dan Pulau Pinang.
Di samping kongres, kami aturkan juga ceramah perdana sempenanya. Pada 28 Mei kita akan adakan di Tanah Merah di mana Tok Guru Nik Aziz akan berceramah dengan Anwar dan Lim Kit Siang manakala pada 28 Mei Tok Guru Nik Aziz akan berceramah dengan Anwar dan Lim Guan Eng di Padang Perdana," beritahu Saifudin Nasution Ismail, Setiausaha Agong PKR..
Kembara Jr ..... Selamat bersidang kepada semua perwakilan. Bersidanglah sebaik mungkin. Keluarkan dan luahkan idea dan hujjah yang bernas bagi manafaat parti dan juga rakyat semua. Aku sebagai penyokong mengharapkan yang terbaik daripada perwakilan semua.
.....Lawannn.....Tetapppppp.....Lawannnnnnnnn.....
0 Komen pengunjong :