Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim akan mengadakan pertemuan dengan Ahli Parlimen Kapar, mengenai dakwaan wujudnya rasuah di kalangan pegawai atasan dalam Kumpulan Semesta Sdn Bhd (KSSB).
Pertemuan ini membolehkan Ahli Parlimen Kapar, S. Manikavasagam membuat aduan secara rasmi berkenaan dakwaannya serta mencari jalan terbaik dalam memastikan syarikat berkenaan bebas dari rasuah.
Perkara tersebut telah dinyatakan oleh Setiausaha Politik kepada MB Selangor Nik Nazmi Nik Ahmad dalam satu kenyataan medianya hari ini. Walaubagaimanapun tarikh pertemuan tersebut belum lagi pasti. Menurutnya lagi, Kerajaan Pakatan Rakyat di Selangor mengamalkan ketelusan dalam pentadbirannya serta berusaha untuk membanteras rasuah di semua peringkat.
Kembara Jr ..... Baguslah tu datuk, jika dakwaan itu benar bersihlah Kumpulan Semesta Sdn Bhd (KSSB) dari perasuah-perasuah. Jangan pilih bulu datuk, rasuah tetap rasuah. Setiap yang bersalah hukum. Sekurang-kurangnya sebagai pengajaran kepada yang lain agar tidak menjadi perasuah. Perasuah ini jika masih disimpan ianya akan merosakkan dan melemahkan pentadbiran Kerajaan Pakatan Rakyat nanti.
.....Lawannn.....Tetapppppp.....Lawannnnnnnnn.....
Polis tahan kambing gemar kejar orang
22 hours ago
0 Komen pengunjong :