Showing posts with label Suaram. Show all posts

Cuba alih isu kenaikan kos sara hidup? - Suaram

bn-barang-naikKUALA LUMPUR 6 JAN: Suara Rakyat Malaysia (Suaram) mempersoalkan tindakan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) menyerbu pejabat Bible Society Malaysia (BSM) seolah-olah buba mengalih perhatian orang ramai dari isu kenaikan kos sara hidup.
“Apakah serbuan yang dilakukan itu hanyalah satu langkah politik yang digunakan untuk mengalihkan perhatian orang ramai mengenai kos sara hidup yang semakin meningkat.
“Ini berikutan tindakkan tersebut dibuat serta-merta selepas perhimpunan bagi membantah kenaikkan harga barangan berjaya dianjurkan oleh kumpulan pelajar dan belia pada 31 Disember 2013 menyaksikan lebih 10,000 rakyat turun ke Dataran Merdeka,” kata Pengarah Eksekutif Suaram, Yap Swee Seng
2 Januari lalu, Jais) menyerbu pejabat Persatuan Bible Malaysia (PBM) di Damansara Kim dan menahan pengerusinya, Lee Min Choon dan setiausaha agung, Simon Wong.
Jais turut merampas 321 salinan bible dalam bahasa Melayu dan 10 naskah lagi dalam bahasa Iban.
Suaram turut menyifatkan Jais gagal kerana tidak berunding dahulu dengan kerajaan negeri Selangor.
Exco Agama Selangor, Sallehan Mukhyi pada hari sama berkata, kerajaan negeri tidak pernah mengeluarkan arahan kepada Jais untuk melakukan serbuan.
Jais dalam kenyataannya sehari kemudian memberitahu agensi itu terlupa memaklumkan jabatan-jabatan berkaitan dalam kerajaan negeri.
Justeru, Sallehen meminta pengarah Jais, Ahmad Zaharin Mohd Saad menyediakan laporan berhubung serbuan tersebut.
Seterusnya >>>

Suaram : Umno-BN Diktator Paling Lama

BN UMNO SUK

KLANG, 17 APRIL : Rakyat Malaysia diminta menggunakan peluang keemasan dalam pilihanraya umum ke 13 (PRU13) bagi menumbangkan kerajaan Umno-BN yang disifatkan sebagai pentadibiran diktator paling lama di dunia.
Pengerusi Bersama Suara Rakyat Malaysia (Suaram), K Arumugam berkata selama 56 tahun kerajaan Umno-BN seumpama ‘menjajah’ negara dan segala harta dan kekayaan negara dikaut pemimpin dan kroni.
“Saya mengkaji sejak 1950an hingga sekarang di antara semua negara yang mengamalkan pemerintahan ala diktator didapati negara paling teruk ialah Malaysia.
“Kerana hanya satu parti sahaja iaitu Umno-BN yang ‘menjajah’ negara ini sampai 56 tahun.
“Mereka mengambilalih semua jentera kerajaan dan menukar undang-undang, mengawal media massa serta pemikiran rakyat supaya boleh merompak, merampas harta negara dengan kerugian ditanggung rakyat,” katanya.
Beliau berkata demikian dalam ucapannya pada ceramah Pakatan Rakyat (PR) di Jalan Kebun, Padang Jawa di sini malam tadi yang dihadiri lebih 1,000 orang.
Menurut Arumugam, rakyat hanya mempunyai satu cara bagi mengubah keadaan iaitu menukar kerajaan Umno-BN pada pilihanraya 5 Mei.
Ini kerana, katanya, rakyat adalah pemilik harta negara ini dan bukan pemimpin yang mengamalkan rasuah dan penyalahgunaan kuasa.
“Laporan dari kerajaan menunjukkan bahawa 65 peratus dari masyarakat semua kaum termasuk Melayu, India, Cina dan yang lain termasuk dalam kategori pendapatan keluarga kurang RM3,000.
“Bukankah Malaysia ini negara kaya tetapi rakyatnya masih miskin? Mengapa?
“Inilah persoalan ditimbulkan Datuk Seri Anwar Ibrahim di mana kekayaan negara perlu diagihkan sama rata kepada semua kaum,” ujarnya.
Seterusnya >>>

Najib Bakal Dipanggil Mahkamah Perancis

Suaram-Scorpene

KUALA LUMPUR, 12 JAN : Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak bakal dipanggil bagi memberi keterangan kepada mahkamah Perancis berhubung skandal rasuah pembelian kapal selam Scorpene oleh Malaysia.
Anggota NGO Suara Rakyat Malaysia (Suaram), Cynthia Gabriel berkata hakim Roger Le Loire di Tribunal Grande Instance Paris yang mengendalikan kes tersebut telah menyenarai pendek nama saksi yang diberikan oleh Suaram sebelum ini.
Najib merupakan antara nama yang diterima hakim setelah mendengar hujah Suaram dan dua peguam Perancis, William Bourdon dan Joseph Breham yang mewakili Suaram pada April tahun lalu.
“Perkembangan terbaru, Perdana Menteri, Najib Razak akan dipanggil dalam masa terdekat, tetapi bila, kita belum tahu lagi, kita tunggu,” kata Cynthia.
Beliau berkata demikian di hadapan kira-kira lebih 6,000 hadirin dalam Rapat Kemuncak Countdown #KL112 di Kelab Sultan Sulaiman, Kampung Baru malam tadi.
Menurut Cynthia lagi, hakim Perancis itu turut memutuskan agar siasatan dijalankan terhadap kes pembunuhan wanita Mongolia Altantuya Shaariibuu.
Altantuya merupakan penterjemah dalam urusan pembelian dua kapal selam berharga RM 4.85 bilion itu.
Harga RM 4.85 bilion itu bagaimanapun melonjak mencecah RM 7.3 bilion apabila Kerajaan Malaysia turut membayar yuran perundingan kepada Perimekar yang dimiliki pembantu Najib, Abdul Razak Baginda.
Kos tambahan itu melibatkan RM 570 juta untuk penyelengaraan, RM 600 juta peluru berpandu, RM1.1 bilion kos penyelarasan dan perkhidmatan bantuan dari DCNS bernilai RM 180 juta.
Pada 2010, Suaram telah memfailkan kes terhadap firma pertahanan Perancis DCNS atas dakwaan membayar komisyen secara tidak sah kepada pegawai tertinggi Malaysia dalam penjualan dua kapal selam Scorpene kepada Kerajaan Malaysia pada 2002.
Seterusnya >>>

Pendedahan kes Scorpene gugat Umno BN


KUALA LUMPUR 3 Oktober: Pengarah Eksekutif Suara Rakyat Malaysia (Suaram), Cynthia Gabriel berkata, tekanan Umno BN kepada NGO hak asasi itu berpunca daripada pendedahan skandal urus niaga Scorpene oleh kerajaan Malaysia.
“Apakah yang anda fikir mengenai ‘serangan’ terhadap Suaram masa ini?” soalnya sambil disambut jawapan “Scorpene” oleh kira-kira 100 hadirin.
“Scorpene? Anda fikir begitu? Ya!” jawab Cynthia pada forum ‘Who is in the spotlight? Suaram or Scorpene’ di Petaling Jaya malam tadi.
Forum tersebut memfokuskan motif serangan Umno BN terhadap NGO tersebut kebelakangan ini.
Turut serta peguam Suaram, Fadiah Nadwa Fikri; Pengarah Eksekutif Tenaganita, Irene Fernandez, peguam Tommy Thomas dan Pengerusi Bersih 2.0, Datuk S Ambiga.

Kos operasi Suaram hanya RM450,000 setahun
Cynthia menjelaskan, NGO itu hanya membelanjakan RM450,000 untuk kos operasi setahun.
Menurutnya, dana tersebut diguna untuk menjalankan beberapa kempen hak asasi selain membayar gaji staf Suaram.
“Media propaganda kerajaan mendakwa Suaram menerima dana asing berjuta-juta ringgit yang kononnya bertujuan menjejaskan kestabilan negara.
“Ia tidak tepat sama sekali kerana dalam setahun Suaram hanya membelanjakan kira-kira RM450,000. Adakah ia jumlah yang banyak?
“Ia hanya cukup untuk menjalankan lima kempen dalam setahun dan membayar gaji serendah RM2,500 kepada lapan kakitangan kami. Mereka boleh mendapatkan gaji lima kali ganda, jika bekerja di sektor korporat,” katanya.
Menerangkan lebih lanjut, Cynthia berkata, dana tersebut dibiayai pihak swasta yang kebanyakannya dari dalam negara, pengutipan dana melalui kempen yang dijalankan selain kempen jualan buku dan barangan.
“Dana diterima dengan tegas tanpa campur tangan penderma,” tegasnya.
Dalam pada itu Cynthia berkata, aktiviti Suaram berlandaskan prinsip yang ditetapkan dalam Deklarasi Sejagat Hak Asasi Manusia 1948.
Katanya, Suaram mengkhususkan hak-hak sivil dan politik seperti kebebasan bersuara, berhimpun secara aman, menubuhkan persatuan, hak untuk perbicaraan yang adil, kebebasan kehakiman, akauntabiliti awam dan demokrasi tulen.

Umno BN makin paranoid terhadap NGO
Sementara itu, Irene berkata, sama seperti Suaram, Tenaganita juga menerima pelbagai tekanan selepas mendedahkan isu penindasan pekerja asing dan rasuah di kalangan penguatkuasa.
Katanya, tekanan itu berlaku apabila pendedahan mengenai sesuatu penyelewengan itu boleh menggugat kerajaan Umno BN.
“Mereka mengalih tumpuan untuk menangkap saya. Sepanjang tempoh itu, SSM (Suruhanjaya Syarikat Malaysia) menyerbu pejabat kami tiga kali. Mereka mendakwa Tenaganita kononnya menyediakan maklumat kewangan palsu dan akaun yang tidak wajar,” katanya.
Dalam temubual dengan akhbar Jakarta Post 7 Mei lalu, Irene menyifatkan Malaysia tidak selamat untuk pekerja asing, lantaran layanan buruk diterima dari majikan dan penguatkuasa.
Ekoran itu, dua badan bukan kerajaan dan Ikatan Relawan Rakyat Malaysia (Rela) membuat laporan polis ke atasnya 16 Mei lalu.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Datuk Ku Chin Wah kemudian memaklumkan bahawa siasatan dibuat mengikut Akta Hasutan.
.
Seterusnya >>>

Sepina akhirnya diserah pada saksi Scorpene

NONESuaram berkata sepina akhirnya telah disampaikan kepada salah seorang daripada saksi-saksi yang dicadangkan oleh badan hak asasi manusia itu untuk membantu siasatan kehakiman Perancis berhubung dakwaan tuduhan rasuah dalam pembelian dua kapal selam Scorpene daripada syarikat pertahanan laut Perancis, DCNS.

"Siasatan itu sedang berjalan dan kami telah dibenarkan untuk memaklumkan kepada anda bahawa sepina pertama telah sampai kepada saksi pertama.

"Tetapi buat masa ini, saya tidak boleh memberitahu anda siapakah saksi itu atau bila sepina itu diserahkan. Kami perlu mengikuti prosiding mahkamah dan hanya boleh memetik nota mahkamah," kata ahli sekretariat Suaram, Cynthia Gabriel (kiri) di sebuah forum di Petaling Jaya malam tadi.

Jun lalu, Suaram berkata peguamnya di Perancis sedang dalam proses menyampaikan sepina kepada Jasbir Singh Chahl, yang dikatakan menjadi orang penting dalam pembelian kapal selam Scorpene itu.

Bagaimanapun, Jasbir menafikan telah menerima sebarang sepina.

Ditanya selepas forum tersebut sama ada sepina kali ini diserahkan kepada Jasbir, Cynthia hanya tersenyum tetapi enggan mendedahkan identiti saksi tersebut.

Bagaimanapun, Cynthia mengesahkan bahawa sepina itu telah disampaikan kepada salah seorang daripada tujuh saksi yang ia cadangkan kepada mahkamah Perancis yang menyiasat urusan pembelian Scorpene itu.

Enam lagi saksi yang dicadangkan ialah Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Abdul Razak (kanan); Menteri Pertahanan, Datuk Seri Zahid Hamidi; penyiasat persendirian P Balasubramaniam; orang kepercayaan Najib, Abdul Razak Baginda; isterinya - Mazlinda Makhzan dan bapa Razak - Abdul Malim Baginda.
.
Seterusnya >>>

Barisan Nasional – autokrat berbulu demokrat.


SUARAM bukanlah mangsa pertama. Sebelum ini BERSIH 2.0, yang merupakan gabungan lembaga swadaya masyarakat (NGO) yang memperjuangkan pilihan raya yang bersih dan adil turut menerima nasib serupa. Diserang bertubi-tubi sebagai pertubuhan haram dan tidak berdaftar, menerima dana asing, diserap pengaruh komunis dan pelbagai tuduhan. Syukur serangan tidak berlarutan sehingga menuduh BERSIH 2.0 mempunyai jaringan dengan makhluk Marikh untuk menakluk bumi.
Kini SUARAM pula berdepan serangan yang hampir sama. Pertuduhan yang tidak jauh beza dan lebih tertumpu kepada hal-hal teknikal. Rakyat dapat melihat bagaimana Menteri dari Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Malaysia, Ismail Sabri Yaakob cuba mengganggu dan mempengaruhi siasatan oleh Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM). Disambut serangan demi serangan daripada media yang dikuasai pemerintah. Menumpukan pada isu dana asing dengan tujuan untuk mencemar wibawa NGO ini.
Serangan yang lebih dasyat dijangkakan apabila News Straits Time mencanangkan bahawa dana-dana asing disuntik kepada beberapa NGO bagi tujuan menggoyah kerajaan UMNO BN. Tentu sekali ia cubaan awal mengolah persepsi dan menghantar isyarat bahawa gendang kempen mengganyang NGO-NGO yang kritis terhadap pemerintah sudah dipalu.

Kestabilan Parti Pemerintah
Tentu UMNO BN tidak berminat dengan SUARAM sekiranya aktiviti mereka adalah menghasilkan bendera Malaysia menggunakan tempe. Bagi yang sering mengikuti saluran berita-berita alternatif pasti mengetahui akan usaha SUARAM menjejak dan membongkar skandal Scorpene hingga ke negara Perancis.
SUARAM dalam kempennya telah cuba mendedahkan korupsi bernilai berbilion-bilion ringgit dalam pembelian kapal selam dan penjual rahsia negara kepada syarikat Perancis. Dan cubaan ini turut berkemungkinan membuka semula kes pembunuhan seorang model Mongolia yang mempunyai kaitan dengan urusan pembelian itu.
Sebagaimana Bersih 2.0, semua aktiviti yang dijalankan memberi ancaman, tetapi persoalannya kepada siapa? Apakah negara rugi besar sekiranya korupsi-korupsi didedahkan?
Bukan kestabilan kerajaan Malaysia yang digugat oleh aktivisme sedemikian, tetapi kestabilan parti yang memerintah. Pemerintah kelihatan sudah mula rimas dengan NGO-NGO yang kritis terhadap mereka. Ini tidaklah menghairankan memandangkan pemerintah sendiri dengan bongkak memandang parti pembangkang sebagai musuh negara dan lupa terus dengan peranan semak dan imbang yang dimainkan mereka. Kini muncul pula NGO-NGO melakukan semak dan imbang dengan lebih agresif, tentu bertambah menyesakkan dada.

COINTELPRO
Tindakan pemerintah ke atas SUARAM diikuti gembar-gembur media kawalan mereka memberi gambaran telah bermulanya program COINTELPRO terang-terangan terhadap NGO-NGO.
Pernah di Amerika Syarikat, COINTELPRO atau Counterintelligence digunakan untuk menghancurkan gerakan-gerakan progresif rakyat. Pertubuhan-pertubuhan haluan kiri, nasionalis kulit hitam, pejuang-pejuang anti-perperangan dan sesiapa sahaja yang tidak  sehaluan dengan kerajaan menjadi mangsa program ini.
Antara perkara yang dilakukan termasuklah pengawasan elektronik, pemalsuan dokumen, menyebarkan maklumat-maklumat palsu, mereka-reka bukti, penahanan bagi tujuan menakut-nakutkan, propaganda hitam dan banyak lagi.
Mathieu Deflem di dalam Surveillance and Governance: Crime Control and Beyond telah mendedahkan perkara-perkara yang ingin dicapai melalui program COINTELPRO dan antaranya adalah mencipta imej buruk sasaran di mata awam.
Maka tidak mustahil apabila perkara yang paling dicanang-canang adalah isu dana asing. Ini kerana ia mudah untuk mengolah sentimen bahawa terdapat pihak luar mahu campur tangan dalam urusan negara. Mengambil kesempatan terhadap salah tanggapan bahawa penerima dana adalah askar upahan yang dicucuk hidungnya.
Melupakan terus bahawa pembangunan Malaysia sendiri bergantung kepada dana asing dan dasar Malaysia kini banyak membuka pintu buat pelabur asing. Menyembunyikan terus bahawa prosedur mendapatkan dana ini sama sahaja dengan mana-mana prosedur untuk mendapatkan dana bagi penyelidikan-penyelidikan terutamanya dalam institusi-institusi pendidikan.

Berhenti Membuli
Ketika Perdana Menteri masih berangan-angan menjadikan Malaysia ‘demokrasi terbaik dunia’, aktor-aktor di dalam kerajaan pula sedang berusaha mencari hujah-hujah teknikal untuk membenam NGO-NGO yang tidak sehaluan. Mengorek apa sahaja yang mampu dijadikan senjata untuk merosakkan imej dan seterusnya wibawa NGO-NGO yang melakukan semak dan imbang, memberikan input dan kritik ke atas dasar-dasar.
Gerakan masyarakat sivil mempunyai fungsi dan sumbangan yang tersendiri dalam memperkukuh demokrasi. Tetapi sekiranya pemerintah hanya berminat memberikan layanan penuh kasih sayang pada NGO-NGO yang senada dengannya. Maka bolehlah peribahasa lama diberi nafas baru dan ditujukan kepada pemerintah, “Autokrat berbulu demokrat.”

-/ roketkini.com
.
Seterusnya >>>

Amnesty International gesa henti tekanan ke atas SUARAM

KUALA LUMPUR — Amnesty International (AI) hari ini menggesa pihak berkuasa Malaysia menghentikan segala bentuk tekanan ke atas SUARAM.

Badan hak asasi manusia antarabangsa tersebut menyelar sikap kerajaan yang dikatakan takut untuk berhadapan isu rasuah Scorpene yang dibawa SUARAM di mahkamah Perancis.

"Kerajaan Malaysia patut hormat hak SUARAM untuk menerima sebarang sebarang dana sah dan sumber dengan tujuan memperjuangkan hak asasi manusia selari dengan Pengisytiharan UN 1998," kata Laura Haigh, pengarah AI bagi Asia Tenggara.

AI juga mengkritik penyalahgunaan kuasa agensi kerajaan yang tidak henti-henti terus mengganggu SUARAM setiap hari.

Tambah AI lagi, sokongan penuh diberikan kepada SUARAM dan mengiktiraf peranan hak asasi manusia tersebut dalam memperjuangkan isu-isu hak asasi manusia di Malaysia.

Kontroversi dan tekanan ke atas SUARAM bermula Julai lalu apabila sekumpulan wakil dari Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) cuba memasuki pejabat mereka dengan menggunakan notis seksyen 7B di bawah Akta Syarikat 1965 (Company Act 1965).

SUARAM sebelum ini mengakui menerima dana dari beberapa negara luar termasuk Amerika Syarikat (AS) dan Finland, namun penasihat Suaram, Dr. Kua Kia Soong mempertahankan pendiriannya melibatkan pembiayaan dana daripada negara asing serta berkata ia bukan suatu kesalahan di sisi undang-undang.
.
Seterusnya >>>

SUARAM Terbuka Untuk Disiasat Tetapi Siasat Juga Scorpene


SHAH ALAM : Di sebalik kesediaan untuk disiasat, Suara Rakyat Malaysia(Suaram) juga mengesa Kerajaan Umno-BN menyiasat juga pendedahan skandal pembelian kapal selam Scorpene yang melibatkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.
Pengerusi Suara Anak Malaysia (Suaram) K Arumugam berkata  pihak Suaram terbuka untuk membantu siasatan terutamanya dalam kes berkaitan pendedahan Scorpene dan meminta hasil siasatan berkenaan didedahkan kepada umum.
Soalnya, mengapa pihak berkuasa tidak mahu siasat  kes Scorpene tetapi ingin mencari salah Suaram bagi mengalihkan isu ini daripada pengetahuan rakyat.
Arumugam yang dihubungi Tv Selangor turut memaklumkan, beliau akan memberikan keterengan esok di pejabat Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) bagi membantu siasatan berhubung status NGO berkenaan yang sebelum ini mendedahkan skandal pembelian kapal selam Scorpene.
Menurutnya, sehingga kini pihaknya masih belum menerima surat daripada Jabatan Peguam Negara berhubung apa-apa dakwaan yang melibatkan Suaram.
Hari ini menyaksikan empat individu tertinggi Suaram, Dr Kua Kia Soong,  Dr Yeoh Seng Guan, Nalini dan Diane dipanggil oleh SSM untuk memberikan keterangan.
“Setakat ini hanya menteri yang mengatakan tuduhan terhadap Suaram. Kami belum menerima apa-apa surat atau tuduhan.
“Jadi kita sedang menunggu dibawah seksyen berapa dan apakah bentuk kesalahan yang dilakukan Suaram. Kemudian kita akan keluarkan satu kenyataan media,” katanya.
Suaram sebelum ini mendedahkan pembelian Scorpene melibatkan Syarikat Perimekar Sdn Bhd, milik Abdul Razak Baginda, kenalan rapat Najib yang terlibat dalam pembunuhan model Mongolia, Altantuya Sharibuu, menerima komisen RM570 juta daripada kerajaan Malaysia untuk urusniaga itu.
Susulan itu, Suaram melantik peguam Joseph Breham pada tahun 2009 untuk memfailkan kes terhadap firma pembuat kapal selam Perancis, DCN, yang terlibat dalam urusniaga itu.
Suaram ditohmah sebagai pengkhianat kerana mendapat bantuan dana asing sebanyak RM570,000 sejak 2007 dari Yayasan Open Society Institute kepunyaan George Soros yang dilabel sebagai penyangak matawang oleh mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad pada 1997.
Dana yang diperoleh ditegaskan oleh Pengarah Suaram, Kua Kia Soong sebelum ini tidak ada kena mengena dengan operasi perniagaan spekulasi mata wang Soros, sebaliknya diguna untuk pencerahan hak asasi manusia di negara ini.
Penerimaan bantuan asing bukan perkara baru bagi NGO Malaysia. Bantuan dari negara Arab dan Eropah tidak dipersoalkan. Hanya Suaram yang menjadi mangsa kerana berani mendedahkan skandal kapal selam Scorpene yang melibatkan Najib.
.
Seterusnya >>>

Ikrar Suaram: Siasatan Scorpene diteruskan

ops scorpene dinner 220711 cynthia gabrielSiasatan di Perancis terhadap dakwaan rasuah dalam perolehan kapal selam Scorpene oleh kerajaan Malaysia, akan diteruskan  walaupun jika kerajaan memutuskan untuk mendakwa Suaram atau mengambil apa-apa tindakan terhadapnya, kata NGO hak asasi manusia itu hari ini.
Anggota sekretariat Suaram, Cynthia Gabriel berkata, pihaknya
telah dimaklumkan oleh peguamnya bahawa kes Scorpene akan diteruskan.
Ketika dihubungi, Cynthia berkata, tindakan terhadap Suaram itu tidak akan memberi kesan terhadap kes di Perancis itu.

Cynthia juga mengkritik pengumuman Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Ismail Sabri Yaakob bahawa Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) akan mencadangkan kepada Pejabat Peguam Negara hari ini tuduhan yang akan difailkan terhadap Suara Inisiatif Sdn Bhd

Katanya, ketika menteri itu membuat pengumuman tersebut, pengarah dalam lembaga pengarah dan pengarah eksekutif Suaram masih lagi berada di ibu pejabat SSM, untuk disoal.

Cynthia berkata, bagaimana menteri itu boleh membuat kesimpulan tersebut sedangkan siasatan masih berjalan di dalam bangunan SSM.
.
Seterusnya >>>

Siasat Suaram tak jejas pendedahan kes Scorpene

 KUALA LUMPUR: NGO Suara Rakyat Malaysia (Suaram) menegaskan siasatan yang dijalankan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SMM) tidak akan menjejaskan usahanya dalam mendedahkan penyelewengan dalam isu Scorpene.

Penyelaras Suaram E. Nalini berkata, mereka percaya dengan apa yang telah dibuat selama ini mempunyai perjuangan yang lebih besar untuk dicapai.

"Bagi Suaram, kami berani kerana benar, " katanya sebaik diminta mengulas sejauhmana usaha mereka meneruskan pendedah isu Scorpene walaupun menerima asakan dari kerajaan.

Beliau ketika dihubungi berkata, usaha mereka sepatutnya dihargai dalam menyedarkan rakyat Malaysia tentang hak asasi di samping melahirkan masyarakat yang mengamalkan nilai-nilai itu.

Baginya, Suaram tidak akan berundur malah intimidasi sebegini bukan sesuatu yang baru dan percaya mereka ditekan kerana berani mendedahkan rasuah dalam pentadbiran negara.

"Selagi rakyat Malaysia berada dalam penindasan dan berlakunya pencabulan hak asasi manusia, selagi itu Suaram akan berada dengan mereka," katanya.

Beliau turut menyifatkan tindakan SSM sebagai gangguan ke atas Suaram  dan percaya ianya bermotifkan politik.

"Ini juga adalah satu gangguan ke atas badan hak asasi dan pejuang-pejuang hak asasi yang perjuangkan kebenaran, keadilan dan kesaksaaman di Malaysia.

"Semua ini bermula dan berlaku kerana kes Scorpene yang telah difailkan oleh Suaram di France," katanya.

Beliau kecewa, kerajaan menggunakan agensinya seperti SSM, Perkeso, Bank Negara dan sebagainya untuk meletakkan reputasi dan kredibiliti mereka sebagai Ng yang tidak berdafta.

Justeru, Suaram bersedia untuk disiasat siapa sahaja dan sehingga kini mereka telah pun memberi kerjasama yang baik kepada kerajaan.

Terdahulu, Ketua Pegawai Eksekutif Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SMM) Mohd Naim Daruwish menegaskan pihaknya  menjalankan siasatan terhadap Suaram berdasarkan aduan yang diterima.

Pegawai SSM pada 5 September lalu mengeledah pejabat setiausaha syarikat dan juruaudit Suara Inisiatif serta merampas dokumen berkaitan dengan syarikat itu.
.

Seterusnya >>>

Gangguan terhadap Suaram untuk tutup isu skandal Scorpene


KUALA LUMPUR : Tuduhan kerajaan mengatakan badan hak asasi seperti Suara Rakyat Malaysia (Suaram) sebagai pelampau atau agen kuasa asing bertujuan menutup segala pendedahan berhubung skandal pembelian Scorpene.
Pengarah Eksekutif Suaram, E Nalini percaya, gangguan itu disasarkan terhadap badan pejuang hak asasi itu bagi menutup segala pendedahan yang dibuat sebelum ini.
“Tuduhan yang dibuat kerajaan itu lebih kepada usaha menakut-nakutkan dan mengganggu ketenteraman Suaram yang vokal dalam isu membabitkan skandal kapal selam Scorpene,” katanya dalam kenyataan.
Nalini berkata, tuduhan itu menyimpang berhubung kewajipan dan obligasi Malaysia sebagai negara anggota Majlis Hak Asasi Manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.
Justeru, beliau menggesa kerajaan dan agensi-agensi lainnya menghentikan semua tuduhan.
Difahamkan, Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) akan bertindak menggeledah, menyita dan menahan dokumen yang berkaitan Suara Inisiatif Sdn Bhd.
“Usaha SSM itu telah disampaikan kepada setiausaha syarikat kami, dan ia menurut Akta S7C dan Akta S7D (1) Akta Syarikat 1965 untuk berbuat demikian,” tegas Nalini.
Kebelakangan ini, kerajaan mengambil berat berkaitan Suaram selepas badan hak asasi itu bertindak memfailkan kes untuk diadakan siasatan terhadap skandal pembelian kapal selam Scorpene di Mahkamah Perancis.
.
Seterusnya >>>

"Mengapa tidak kamu beritahu saya siapa yang memberi wang kepada Utusan?

NONE

Penasihat Suara Rakyat Malaysia (Suaram) Kua Kia Soong mencabar Utusan Malaysia mendedahkan sumber kewangannya sebagai balasan terhadap tindakan harian itu yang mempersoalkan dana NGO hak asasi manusia itu.

"Mengapa tidak kamu beritahu saya siapa yang memberi wang kepada Utusan?

"Jika kamu tidak tahu, kenapa kamu tidak menyelidiknya sejak kamu bekerja di sana?" soal Kua (kanan) kepada wartawan akhbar itu selepas melancarkan laporan tahun NGO hak asasi itu hari ini.

Wartawan Utusan yang membangkitkan perkara ini, berkeras untuk mendapatkan jawapan daripada Kua.

"Mengapa kami perlu memberitahu kamu dari mana kami memperoleh dana? Adakah Umno perlu memberitahu dari mana mereka mendapatkan dana?

"Adakah syarikat Umno perlu untuk menerangkan dari mana mereka meraih sumber dana? Adakah kamu mahu bertanya saya dari mana datangnya sumber dana kamu itu?

"Jadi, kenapa kamu perlu bertanya kepada Suaram? Kenapa Suaram ini sungguh istimewa sehingga kami perlu memberitahu kamu dari mana sumber kami perolehi?"
.
Seterusnya >>>

AG boleh ‘selamatkan’ Najib di M’sia, tidak di Perancis


KUALA LUMPUR 13 Ogos: Peguam badan hak asasi Suara Rakyat Malaysia (Suaram) yang memfailkan kes rasuah pembelian kapal selam Scorpene oleh Malaysia, Fadiah Nadwa Fikri berkata, perbicaraan tidak dilakukan di negara ini kerana ia bergantung sepenuhnya kepada ‘budi bicara’ Peguam Negara (AG).
“Dakwaan oleh AG boleh terpilih, berdasarkan kepentingan politik Umno BN. Contohnya, kes NFC (Pusat Fidlot Nasional). Suami Shahrizat Jalil disiasat, kemudian didakwa di mahkamah.
“Jadi, sepatutnya dalam kes rasuah Scorpene, Razak Baginda yang disiasat,” kata Fadiah menjelaskan siasatan dibuat terhadap penerima manfaat daripada projek yang didakwa wujudnya penyelewengan.
“Suaram tak boleh dakwa Razak Baginda. Suaram hanya boleh bawa bukti dan lapor. Yang mendakwa Razak Baginda ialah mahkamah. Dakwaan di mahkamah dibuat atas ‘budi bicara’ Peguam Negara,” kata Fadiah yang juga peguam Lawyers for Liberty (LFL).
Beliau menegaskan, kuasa Peguam Negara terlalu luas dan berkepentingan politik kerana dilantik oleh eksekutif iaitu Perdana Menteri.
Fadiah berkata, menurut Perkara 145(1) Perlembagaan Persekutuan, Peguam Negara dilantik oleh Yang Dipertuan Agong atas nasihat Perdana Menteri.
“Terserah pada mahkamah (untuk dakwa kes Scorpene). Mereka yang berkuasa dan tentukan kalau saksi perlu tampil. Di Perancis, (kes seperti ini) akan disiasat.
“Di Malaysia, kalau AG ada bukti dan sembunyikan dari dakwaan, itu ‘abuse of power’ (salahguna kuasa). Masalahnya, orang biasa tidak boleh dakwa AG,” katanya.
Dalam pada itu Fadiah memaklumkan, perbicaraan kes ini akan bermula di Perancis sebaik Hakim Penyiasat, Roger Le Roire dan Serge Tounaire memanggil notis inkuiri.
“Perkara utama yang akan diuruskan ialah penyerahan spina,” jelas Fadiah memaklumkan, sesi akan datang melibatkan saksi dari pihak Malaysia.
Suaram adalah organisasi yang bertanggungjawab memfailkan kes terhadap DCNS, syarikat pembuat kapal selam Perancis yang membina dan menjual kapal selam kepada negara dunia ketiga termasuk Malaysia.
Kes itu difailkan kerana DCNS membayar ‘komisen’ lebih daripada RM500 juta kepada Perimekar Sdn Bhd, syarikat yang dimiliki Abdul Razak Baginda, rakan karib kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.
Pada 20 April lalu, Pengarah Suaram, Kua Kia Soon; Anggota Sekretariat, Cynthia Gabriel dan Fadiah berhujah di hadapan hakim dalam sesi tiga jam di Perancis.
Najib antara nama dalam senarai yang dicadangkan Suaram kepada hakim di tribunal Grande Instance Paris, berhubung rasuah pembelian Scorpene.
.
Seterusnya >>>

Isu Scorpene: Suaram gesa k'jaan jelas peranan Terasasi


Suaram menggesa kerajaan menjelaskan peranan Terasasi (Hong Kong) Sdn Bhd yang didakwa menjual rahsia negara kepada syarikat Perancis berhubung urusniaga RM4 bilion untuk membeli kapal selam Scorpene.

"Setakat ini, perana Terasasi masih belum dijelaskan di Parlimen Malaysia.

"Kerajaan Malaysia perlu menjelaskan perkara ini dan peranan yang dimainkan Abdul Razak Baginda dalam transaksi (melibatkan kertas penilaian Scorpene)," kata pengarah Suaram Kua Kia Soong.

Abdul Razak dan bapanya merupakan pengarah Terasasi, sebuah syarikat yang muncul dalam siasatan Suaram ke atas syarikat pembina kapal Perancis, DCNS, dalam kes penjualan dua kapal selam Scorpene kepada Malaysia.

Terasasi didakwa menerima sejumlah 36 juta euro (RM142 juta) daripada DCNS – antara lainnya untuk 'jualan' laporan sulit melibatkan penilaian tentera laut Malaysia ke atas pesanan untuk kapal selam itu.

Kua dalam satu emel kepada Malaysiakini semalam berkata, satu inkuiri perlu dibuat ke atas dakwaan serius itu.
.
Seterusnya >>>

Kerajaan tiada sebab halang peguam Perancis ke Malaysia melainkan…


KUALA LUMPUR 28 Mei: Peguam Suara Rakyat Malaysia (Suaram), yang baru pulang dari Perancis April lalu, Fadiah Nadwa Fikri berkata, kerajaan Umno BN tiada sebarang sebab untuk menghalang kedatangan peguam Perancis ke Malaysia yang dijadual tiba pada minggu ini.
“(Ia) bukanlah satu masalah di negara yang mengamalkan demokrasi, tapi di Malaysia, pelbagai undang-undang digunakan untuk menghalang (kedatangan mereka),” katanya dihubungi Keadilan Daily.
Justeru, kata Fadiah, peguam mereka memohon visa kerja bagi mengelakkan sebarang masalah untuk memasuki Malaysia.
“Kami sedang menunggu reaksi pihak berkuasa. (Permohonan) sepatutnya tiada masalah kerana kedatangan mereka memang atas urusan kerja,” jelas Fadiah.
Sebelum ini, Pengarah Suaram, Cynthia Gabriel memaklumkan sama ada peguam William Bourdon atau Joseph Brehem
dijadualkan tiba ke Malaysia minggu depan untuk berbincang berhubung kes rasuah Scorpene.
Pada Julai 2011, William diusir pulang ke Perancis, kononnya telah menyalahgunakan pas lawatan sosial selepas
menghadiri majlis kutipan dana pembiayaan kes Scorpene di Pulau Pinang.
Beliau ditahan di dalam pesawat sebaik sahaja tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dari Pulau
Pinang.
Walhal sekatan itu sememangnya dipercayai bagi menutup kebongkaran berhubung pembabitan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mengenai urusniaga pembelian kapal selam itu.
Ditanya kemungkinan sekatan kerana melibatkan kes yang sensitif, Fadiah berkata, mana-mana individu tidak boleh dihalang untuk berjumpa dengan individu lain.
“Malah, sudah menjadi hak kami selaku anak guam untuk berjumpa dengan peguam kami,” tegas beliau lagi.
Suaram adalah organisasi hak asasi manusia yang bertanggungjawab memfailkan kes terhadap DCNS, syarikat pembuat
kapal selam Perancis yang membina dan menjual kapal selam kepada negara dunia ketiga termasuk Malaysia.
Kes itu difailkan kerana DCNS membayar ‘komisen’ lebih daripada RM500 juta kepada Perimekar Sdn Bhd, syarikat yang
dimiliki Abdul Razak Baginda, rakan karib Najib.
Pada 20 April lalu, Pengarah Suaram, Kua Kia Soon; Anggota Sekretariat, Cynthia Gabriel dan Fadiah berhujah di hadapan hakim dalam sesi tiga jam di Perancis yang berakhir pada jam 6.00 petang (waktu Perancis).
Najib antara nama dalam senarai yang dicadangkan Suaram kepada hakim di tribunal Grande Instance Paris, berhubung
rasuah pembelian Scorpene.
Seterusnya >>>

Suaram desak SPRM buka kertas siasatan scorpene


PETALING JAYA : Pengarah Eksekutif Suaram, Cynthia Gabriel mendesak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) membuka kertas siasatan mengenai skandal Scorpene yang turut dikaitkan dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.
Beliau turut mendesak Menteri Pertahanan, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyenaraikan semua syarikat yang terlibat dalam skandal pembelian kapal selam berkenaan.
“Zahid perlu senaraikan semua syarikat yang terlibat dalam pembelian kapal selam ini kerana ia melibatkan penggunaan dalam jumlah yang besar wang pembayar cukai.
“Kita juga desak SPRM membuka semula siasatan skandal ini kerana jelas berlakunya penyelewengan dan rasuah termasuk Perdana Menteri, Najib Razak,” katanya dalam taklimat isu Scorpene di Pejabat KEADILAN di sini, hari ini
Dalam taklimat berkenaan, Cynthia juga mengesahkan nama wanita Mongolia yang mati dibunuh di Malaysia, Altantuya Shaariibuu tertera dalam beberapa kertas siasatan pembelian kapal selam itu.
Kematian Altantuya dikaitkan dengan Abdul Razak Baginda yang juga kenalan rapat Najib.
“Sebab itu kalau anda lihat skandal ini, ia macam filem Hollywood di mana semua perkara penting untuk skrip memang lengkap dari skandal seks, pembunuhan dan rasuah membabitkan pemimpin tertinggi sebuah negara.
“Makanya, kalau ada pembikin filem Hollywood ingin membuat filem, mereka boleh ambil skrip dari kami,” katanya berseloroh.
Mengenai kemungkinan Najib boleh mengelak dari menghadiri kes perbicaraan skandal itu di Perancis Jun ini, Cynthia berkata ia agak sukar.
“Walaupun Najib ada imuniti, namun mahu tidak mahu dia tetap perlu datang kerana apabila pegawai berkaitan di Perancis mula memberi keterangan semua nama terlibat termasuk Najib, Razak Baginda dan Zahid Hamidi tetap muncul.
“Lagipun selaku pemimpin adakah Najib tidak malu bertemu rakyat Malaysia dalam mana-mana programnya apabila dia terlibat dengan skandal rasuah dan pembunuhan terhadap wanita,” soalnya.
Cynthia turut mengecam media arus perdana yang menggelapkan isu itu sedangkan ia merupakan kes besar melibatkan jenayah rasuah melibatkan nama pemimpin negara.
Berdasarkan tinjauan katanya, kesedaran rakyat Malaysia berhubung kes tersebut masih di tahap rendah.
Dari kajian yang dijalankan Suaram dan Merdeka Centre, hanya 52 peratus rakyat Malaysia yang sedar kes tersebut sedang dibicarakan di mahkamah itu.
Katanya, kaum Cina memiliki kesedaran iaitu 62 peratus, diikuti kaum India 46 peratus dan Melayu 40 peratus.
Seterusnya >>>

'Kuasa mahkamah Perancis tertakluk semua orang'

NONEMahkamah Perancis yang menjalankan inkuiri berhubung urusniaga kapal selam Scorpene Malaysia-Perancis mempunyai kuasa memanggil semua pihak untuk membuat pengakuan dalam prosiding di negara itu.

"Mahkamah Perancis mempunyai bidang kuasa terhadap semua orang, tidak kira orang Perancis atau tidak, selagi mereka terlibat dalam perkara melibatkan inkuiri sedia ada.

"Dakwaan sebaliknya salah dan mengelirukan," kata peguam Perancis Joseph Breham dalam kenyataan yang keluarkan Suara Rakyat Malaysia (Suaram).

Breham mewakili NGO hak asasi itu, yang merujuk kepada mahkamah Perancis.

Menteri Pertahanan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi sebelum ini berkata, mahkamah Perancis tidak mempunyai kuasa mengarahkan rakyat Malaysia membuat pengakuan dalam inkuiri yang sedang berlangsung itu.

Rakyat Malaysia tidak tertakluk kepada undung-undang negara itu, katanya dalam sidang media selepas lawatan ketua tentara Thailand di kementeriannya, seperti disiarkan oleh Mob.tv.

Zahid antara saksi yang disenaraikan Suaram kepada mahkamah Perancis.
Seterusnya >>>

Panel bebas: Kerajaan cuba ketepikan Suhakam


KUALA LUMPUR: Kerajaan sengaja mengenepikan Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) apabila hendak menubuhkan panel siasatan bebas yang lain untuk menyiasat perhimpunan Bersih 3.0, kata Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar.

"Itu kerja Suhakam. Kenapa ketepikan Suhakam dan tubuh pula kononnya panel siasatan bebas untuk siasat kejadian yang berlaku dalam perhimpunan Bersih 3.0 itu?

"Apa perlu panel siasatan itu sedangkan Suhakam telah membuktikan ia menjalankan kerjanya dengan professional," beliau mempersoalkan.

Ahli Parlimen Pokok Sena itu menyifatkan tindakan itu sebagai bukti nyata bahawa kerajaan Umno Barisan Nasional (BN) bukan sahaja tidak menghargai kewujudan Suhakam malah terangan-terangan menunjukkan rasa tidak percaya kepada suruhanjaya tersebut.

"Mengapa kerajaan terang-terang menunjukkan rasa tidak percaya kepada Suhakam?

"Adakah (Perdana Menteri, Datuk Seri) Najib (Tun Razak) dan kerajaannya marah dan sakit hati sangat kerana merasakan pendengaran Suhakam sebelum ini tidak menyebelahi pihak mereka," soal Mahfuz lagi.

Tindakan kerajaan yang menunjukkan rasa tidak percaya kepada Suhakam itu seolah-olah sengaja mahu mendorong masyarakat antarabangsa khususnya meragui kemampuan suruhanjaya itu, katanya.

"Kerajaan nampaknya tidak mahu mengiktiraf peranan Suhakam sebagai pelindung hak asasi semua pihak termasuk pihak polis sendiri," katanya.

Beliau juga bimbang kerajaan sengaja menolak peranan yang sepatutnya dimainkan oleh Suhakam untuk menyiasat kejadian yang berlaku dalam perhimpunan Bersih 3.0 itu kerana mahu mencari pihak yang boleh melindungi jenayah yang dilakukan terhadap mereka yang menyertai perhimpunan itu.

"Adakah kerajaan sengaja hendak mencari orang yang boleh berkerjasama untuk melindungi apa yang dilihat umum sebagai jenayah kerajaan Umno dan sebahagian anggota polis yang bertindak kejam dan ganas terutama yang mengarahkan tindakan sedemikian terhadap mereka yang menyertai perhimpunan Bersih 3.0 itu?" tanya Mahfuz.

Beliau menyifatkan tindakan mengetepikan Suhakam itu menambahkan lagi keyakinan masyarakat termasuk masyarakat antarabangsa bahawa kerajaan cuba melindungi keganasannya dari disiasat secara bebas, bersih dan adil.

Dalam perkembangan berkaitan, Pengerusi Suhakam Tan Sri Hasmy Agam menegaskan bahawa penggunaan kekasaran yang tidak seimbang dan tidak sepatutnya terhadap peserta perhimpunan dan juga petugas media adalah satu tindakan pihak polis yang tidak boleh diterima sama sekali.

Suruhanjaya itu juga, tegasnya, terkejut dengan dakwaan layanan polis terhadap petugas media yang mempunyai tanggungjawab untuk merekod, mendokumen dan melaporkan peristiwa yang menarik minat orang ramai secara professional dan beretika.
Seterusnya >>>

Keganasan polis bukti Akta Himpunan Aman lebih zalim – NGO


KUALA LUMPUR : Keganasan polis terhadap mahasiswa yang berhimpun di Universiti Pendidikan Sultan Idris, 1 Januari lalu membuktikan kezaliman Akta Perhimpunan Aman yang diluluskan kerajaan baru-baru ini.
Penyelaras Suara Rakyat Malaysia (Suaram), E Nalini berkata demikian ketika menemani Kumpulan Aktivis Mahasiswa Independen (Kami), yang membuat laporan polis berhubung insiden itu, hari ini.
“Isu utama yang kita juga perlu lihat dalam insiden ganas polis di UPSI itu ialah di bawah RUU Perhimpunan Aman ini, nampaknya polis dibenarkan mengganas terhadap rakyat yang berhimpun secara aman.
“Keselamatan rakyat menjadi mangsa dengan polis memiliki kuasa lebih luas dengan boleh bertindak ganas terhadap rakyat yang berhimpun bagi menyuarakan pandangan mereka,” katanya dalam sidang media bersama Presiden KAMI, Haziq Abdullah Abdul Aziz di depan balai polis Dang Wangi.
Sementara itu, Peguam dari Lawyers For Liberty, Fadiah Nadwa Fikri berkata, keganasan polis  berada di tahap melampau dan sudah tiba masanya dihentikan serta-merta.
“Sudah tiba masanya Suruhanjaya Bebas Aduan dan Salahlaku Polis (IPCMC) dilaksanakan segera dan insiden di UPSI pada 1 Januari lepas wajar menjadi bukti jelas betapa kita sangat memerlukan penubuhan suruhanjaya ini.
“Kalau rakyat buat salah, kita lapor pada polis, tetapi kalau polis buat jenayah, kita perlu lapor pada siapa? Di sinilah peranan sebenar IPCMC,” tegasnya.
Sehubungan itu, beliau mendesak pentadbiran Datuk Seri Najib Razak melaksanakan segera IPCMC bagi menyiasat salah laku polis termasuk insiden berkenaan.
Seterusnya >>>

Gugur tuduhan, pandangan Mohd Sabu bukan jenayah


KUALA LUMPUR : Suara Rakyat Malaysia (Suaram) menggesa kerajaan menggugurkan segera tuduhan bermotifkan politik terhadap Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu kerana pandangannya mengenai sejarah bukan jenayah.
Penyelarasnya, Yap Heng Lung berkata, pihaknya juga menggesa kerajaan berhenti daripada menakut-nakutkan mana-mana individu yang menyuarakan pandangan yang berlainanan tentang sejarah rasmi dan ideologi.
Justeru, tegasnya Suaram mengutuk tindakan pendakwaan terhadap Mohamad Sabu di bawah Seksyen 500 Kanun Keseksaan atas sebab mendatangkan khianat awam selepas beliau memberikan pandangan yang berbeza tentang insiden Bukit Kepong dalam sebuah ceramah pada 21 Ogos lalu di Padang Menora, Tasek Gelugor.
“Suaram berpendirian bahawa setiap individu mempunyai hak untuk bebas bersuara dan menyuarakan pandangan seperti yang termaktub dalam artikel 5 Perlembagaan Persekutuan dan artikel 19 dalam Deklarasi Antarabangsa Hak Asasi Manusia,” ujarnya.
Menurutnya, hanya seminggu selepas Pperdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mengumumkan proses reformasi dalam pentadbirannya, namun kejadian pada hari ini menunjukkan bahawa kerajaan tidak serius dengan proses reform yang disebut-sebutkannya.
Jelas sekali, ujarnya kerajaan Najib juga tidak menunjukkan inisiatif untuk menambahbaikkan kebebasan bersuara dan keadaan hak asasi manusia serta pihak polis yang sering menyalahgunakan kuasa.
Suaram juga, katanya mengutuk keras tindakan polis yang bertindak berat sebelah.
“Mengikut penjelasan Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Ayub Yaakob bahawa polis mendakwa Mat Sabu disebabkan terdapat 1,000 laporan polis terhadap Mat Sabu dan sebab itu pihak polis bertindak demikian,” katanya.
Namun demikian, katanya polis tidak mengambil sebarang tindakan terhadap pihak yang terlibat dalam penangkapan PSM EO6 walaupun terdapat 424 laporan polis yang telah dibuat oleh orang awam.
“Apakah tindakan polis terhadap laporan orang awam mengenai kenyataan berunsur perkauman oleh Presiden Perkasa selaku ahli parlimen Pasir Mas,  Ibrahim Ali?
“Mengapa sikap berat sebelah ini diamalkan sedangkan pihak polis seharusnya bersikap neutral dan bertindak ke atas semua laporan polis tanpa mengira pihak yang terlibat?” soalnya.
Justeru, ujarnya Suaram berpendapat bahawa pendakwaan terhadap Mat Sabu atas kenyataannya mengenai sejarah adalah tidak betul dan tidak profesional.
Katanya, perbincangan dan dialog perlu diadakan untuk menyelesaikan konflik terhadap fakta sejarah secepat mungkin.
Seterusnya >>>