Showing posts with label SPRM. Show all posts

Bekas ketua pesuruhjaya SPRM akan minta maaf pada MB


Bekas Ketua pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia Datuk Seri Ahmad Said Hamdan dijangka akan memohon maaf kepada Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim esok di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.
Ia berkaitan dengan kenyataan Ahmad Said mengenai dakwaan penyalahgunaan kuasa oleh MP tersebut berhubung penyelenggaraan kereta peribadi dan pembelian sejumlah lembu bagi Hari Raya Aidiladha pada 2009 untuk kawasan parlimen yang diwakili Abdul Khalid.

Kedua-dua pihak bersetuju untuk membuat penyelesaian di luar mahkamah – yang dirunding sejak aawal pagi ini – dan akan direkodkan di hadapan Hakim Datuk Lau Bee Lan esok.

Khalid hari ini memberi petunjuk bahawa beliau tidak akan menuntut gantirugi, namun terma penyelesaian itu hanya akan diketahui esok.

Beliau menamakan Ahmad Said dan kerajaan Malaysia sebagai responden di dalam saman tersebut.
Seterusnya >>>

Gagal tapisan SPRM tetapi tiada tindakan undang2?

KUALA LUMPUR: Sekurang-kurangnya empat pemimpin politik termasuk menteri besar dan ketua menteri tidak melepasi tapisan SPRM untuk menjadi calon tetapi persoalan timbul kenapa mereka tidak diambil tindakan.

Inilah yang dipersoalkan apabila media mula menyiarkan perkara ini ekoran tapisan yang dibuat oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) itu.

Menurut akhbar Sinar pengguguran itu tidak boleh dielakkan kerana beberapa tokoh itu gagal dalam ujian tapisan yang dilakukan SPRM kerana mempunyai masalah dengan undang-undang.

Antara nama-nama besar yang disebut sebagai mereka yang dijangka tidak akan dicalonkan semula akibat masalah berkenaan ialah seorang menteri besar, seorang ketua menteri dan dua pemimpin tinggi sebuah parti, lapor muka depan akhbar itu hari ini.

Difahamkan, perkembangan terbaru ini disedari setelah urusan awal tapisan senarai calon yang diserahkan beberapa parti kepada SPRM untuk tapisan menjelang PRU13 selesai, baru-baru ini.

Menurut sumber yang boleh dipercayai, ratusan nama calon sudah diserahkan kepada SPRM dan berikutan tapisan yang dilakukan, beberapa nama-nama besar telah gagal saringan.

Berdasarkan hasil ujian tersebut, parti-parti yang terlibat telah dinasihatkan tidak meletakkan nama-nama besar yang bermasalah itu sebagai calon mereka.

Maklumat yang diterima Sinar Harian menunjukkan nama-nama besar yang gagal ujian tapisan tidak boleh diletakkan sebagai calon dan jika dicalonkan juga, ia akan memberi implikasi kepada parti terbabit.

Ketika dihubungi Sinar Harian, Timbalan Ketua Pesuruhjaya SPRM (Operasi), Datuk Mohd Shukri Abdul enggan memberi sebarang komen mengenai perkara tersebut.

Beliau sekadar menegaskan bahawa Cawangan Tapisan Keutuhan, Bahagian Pengurusan Rekod dan Teknologi Maklumat SPRM masih membuat tapisan ke atas senarai calon yang dihantar parti-parti politik.

Katanya, parti-parti yang akan meletakkan calon dalam PRU13  masih terus menghantar nama-nama calon masing-masing untuk tapisan dan ada yang akan terus menghantar senarai tersebut walaupun selepas Parlimen dibubarkan nanti.
Seterusnya >>>

SPRM didakwa menyimpang dalam kes AG


Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) didakwa hanya berminat menjejaki sumber kebocoran dokumen berkaitan dakwaan salah guna kuasa dan rasuah melibatkan Peguam Negara Abdul Gani Patail, dan tidak kes itu sendiri.

Bekas pengarah Urusaan Ho Hup, Low Tuck Choy berkata, beliau menyedari perkara itu apabila SPRM memasuki pejabatnya tahun lepas.

Ditanya berhubung kenyataan SPRM bahawa Low tidak akan dipanggil membantu siasatan kes itu, bekas pegawai kanan di syarikat pembinaan antara terbesar itu berkata, ia membuktikan suruhanjaya itu tidak serius.

"Bila SPRM datang ke Ho Hup, mereka tanya kakitangan kami bagaimana dokumen boleh bocor.

"SPRM tidak berminat menyiasat dakwaan itu. Pada saya, semua bukti sudah berada di domain awam (di Internet).

"Selepas 10 bulan, SPRM patut menyelesaikan siasatan berhubung kes itu tetapi ia masih tertangguh," katanya kepada Malaysiakini.

Low, 54, pada awal bulan ini membuat laporan polis mendakwa dokumen yang dimuat naik di laman Malaysia Today adalah asli.

Ia antaranya melibatkan invois daripada syarikat elektrik dan baucar pembayaran Ho Hup tahun 2009 dengan nama Abdul Gani.
.
Seterusnya >>>

SPR berdepan krisis kepercayaan?

NONE

Timbalan pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya, Datuk Wan Ahmad Wan Omar hanya mampu mendepa tangan dan mengangkat bahu ketika ditanya mengenai masalah birokrasi dalam membersihkan daftar pemilih.

Wan Ahmad memberi reaksi sedemikian ketika mengulas mengenai amalan sedia ada yang mewajibkan waris pengundi yang meninggal dunia supaya memaklumkan kepada Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) apabila keadaan itu berlaku.

Jelasnya, JPN hanya dapat mengemaskini data berkenaan apabila mendapat laporan daripada waris berkenaan – yang membolehkan SPR mengemaskini data berhubung pengundi berkenaan.

"Tapi bawah sistem sedia ada, balai polis yang mengeluarkan permit mengkebumi jenazah tidak dirangkaikan dengan JPN.

"Kita tidak boleh hanya padamkan nama orang dalam daftar pemilih," katanya lagi yang mengundang keluhan daripada kira-kira 300 orang yang hadir di majlis forum anjuran Persatuan Promosi Hak Asasi Manusia (Proham) itu.

Bercakap dalam debat pusingan kedua bersama pengerusi BERSIH Datuk S Ambiga, Wan Ahmad turut menjelaskan bahawa SPR berusaha membersihkan sehingga 7,000 nama pengundi yang meninggal dunia daripada daftar pemilih setiap bulan.

Menjawab soalan berhubung cadangan supaya pemilih didaftarkan secara automatik sebaik mencapai usia layak mengundi pula, Wan Ahmad berkata cadangan berkenaan boleh dikemukakan kepada kerajaan.

"Tetapi dalam sistem sekarang, kerajaan perlu setuju dengan pindaan itu dahulu, barulah rang undang-undang itu boleh didrafkan oleh Peguam Negara.

"Kita mungkin fikir perkara itu betul tapi ada orang yang berfikiran berlainan," katanya lagi yang menambah rakyat juga perlu diberi hak untuk memilih sama ada mereka mahu mendaftar sebagai pemilih.

Jawapan itu nyata tidak memuaskan hati beberapa orang yang hadir sehingga ada yang mencabar Wan Ahmad supaya bertindak meletak jawatan atas dasar prinsip sekiranya cadangan mereka enggan diterima oleh kerajaan.

Wan Ahmad turut dicabar sekali lagi supaya mendedahkan cadangan pindaan yang dikemukakan olehnya kepada kerajaan sebelum ini agar dapat memulihkan persepsi yang timbul terhadap badan pengurus pilihan raya itu.

Pengerusi jawatankuasa hak asasi manusia Majlis Peguam, Andrew Khoo berkata, SPR perlu tegas dalam mengemukakan pindaan itu atas dasar prinsip.

Seorang lagi yang mengemukakan soalan, bekas hakim kanan Datuk KC Vohrah berkata, Peguam Negara tidak berhak untuk menentukan perkara yang betul atau salah bagi pihak SPR.

"Saya tidak faham mengapa Peguam Negara perlu draf undang-undang anda. Sepatutnya anda pergi kepada peguam negara dan pertahankan pendirian anda," kata Vohrah lagi yang merupakan bekas penasihat kanan di Jabatan Peguam Negara.

Terdahulu, moderator forum berkenaan, Tan Sri Ramon Navaratnam turut meminta hadirin supaya mengangkat tangan sekiranya mereka melihat SPR sebagai badan yang tidak bebas.

Hampir semua yang hadir di majlis berkenaan mengangkat tangan apabila ditanya sedemikian.

Wan Ahmad dalam penjelasannya kemudiannya sekadar berkata, permintaan itu terlalu besar dan para hadirin sepatutnya perlu lebih munasabah.

"Anda perlu munasabah kerana kita bekerja dalam sistem. Hakim juga boleh tekankan apa saja reformasi tapi kita perlu bekerja di dalam sistem," katanya lagi dalam forum yang turut disertai peguam veteran Datuk Mohd Shafee Abdullah.
Seterusnya >>>

SPRM: 3 pegawai dilucutkan daripada sebarang tugas operasi siasatan


Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menerima dan memandang serius terhadap cadangan-cadangan penambahbaikan yang dinyatakan dalam Laporan Suruhanjaya Siasatan DiRaja Untuk Menyiasat Kematian Teoh Beng Hock yang telah dikeluarkan pada hari Khamis, 21 Julai 2011.

Beberapa cadangan dalam Suruhanjaya tersebut telah dan sedang diambil tindakan seperti pemasangan kamera litar (CCTV), mewujudkan "Video Interview Room" (VIR), semua pelanggan dilayan diaras bawah bagi bangunan milik SPRM, pelanggan sentiasa diiringi semasa berada dalam premis SPRM dan sebagainya.  Cadangan lain akan terus diteliti dan diambil tindakan penambahbaikan yang sewajarnya.

Merujuk kepada kenyataan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang meminta pihak polis menjalankan siasatan mengenai salahlaku tiga orang pegawai yang disebutkan dalam Laporan Suruhanjaya tersebut.  SPRM akan menyerahkan dan memberi kerjasama sepenuhnya kepada pihak polis dalam menjalankan siasatan berkaitan secara bebas dan telus.

SPRM tidak akan melindungi mana-mana pegawai yang melanggar peruntukkan undang-undang atau melakukan sebarang perlakuan yang bertentangan dengan undang-undang.

SPRM juga mengambil tindakan susulan proaktif serta merta berhubung cadangan tindakan ke atas ketiga-tiga pegawai SPRM tersebut dengan:

1. Menubuhkan satu Pasukan Khas Siasatan berhubung tohmahan ke atas ketiga-tiga pegawai tersebut.  Pasukan ini diketuai oleh Zakaria bin Haji Jaffar, Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Pengurusan dan Professionalisme) yang akan menjalankan siasatan susulan dalaman yang menyeluruh serta menyediakan laporan yang komprehensif; dan

2. Hasil laporan yang disediakan kelak akan dibentangkan kepada Jawatankuasa Aduan yang terdiri daripada empat orang individu bebas, yang dipengerusikan oleh mantan Hakim Mahkamah Rayuan dengan keanggotaannya terdiri daripada mantan Timbalan Ketua Setiausaha Kanan JPM, mantan Ketua Pengarah Biro Pengaduan Awam dan seorang peguam.  Mereka-mereka ini adalah Mohd Noor Abdullah, Muhammad bin Mohd Noor, Wan Abdul Wahab bin Abdullah dan V.Ravindran.

Sementara hasil laporan susulan tersebut diperolehi, ketiga-tiga pegawai berkenaan dilucutkan atau dikecualikan daripada sebarang tugas operasi siasatan.

SPRM ingin menegaskan bahawa Suruhanjaya ini tidak akan bertolak ansur atau melindungi mana-mana pegawai yang didapati bersalah melakukan apa-apa kesalahan jenayah atau tatakelakuan.
Seterusnya >>>

Pengerusi SPR terus dakwa Bersih tak jujur, didalangi Pakatan

KUALA LUMPUR, 17 Julai — Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof terus menyerang kepimpinan Bersih 2.0 dengan mendakwa mereka didalangi parti politik dan “tidak benar-benar ikhlas.”
“Saya sebenarnya tidak pasti adakah penganjur perhimpunan haram Bersih benar-benar ikhlas atau mempunyai maksud lain di sebalik perhimpunan itu,” kata Aziz dalam tulisannya disiarkan Mingguan Malaysia, akhbar Kumpulan Utusan hari ini.
Aziz (gambar) juga mendakwa beliau berpandangan sedemikian kerana dalam perjumpaan pertamanya dengan Bersih 2.0 akhir tahun lalu, pihaknya memaklumkan bahawa ia adalah gabungan badan bukan kerajaan (NGO) dan tidak melibatkan parti politik.
Bersih 2.0 dianggotai oleh sebanyak 62 NGO dan mengemukakan tuntutan lapan perkara dalam membawa pembaharuan sistem pilihan raya.
“Penganjur Bersih mendakwa mereka berkecuali. Tetapi daripada apa yang dilihat sama ada gambar-gambar dan kenyataan parti-parti politik pembangkang, penganjur Bersih sudah memihak dengan jelasnya kepada pembangkang,” kata beliau.
Pengerusi Bersih 2.0 Datuk S Ambiga berulang kali menekankan bahawa pihaknya telah mengundang kesemua parti politik - Barisan Nasional dan Pakatan Rakyat menyertai usaha mereka menuntut pembaharuan pilihan raya, tetapi ia hanya disambut oleh komponen Pakatan Rakyat.
Sebaliknya, BN dan pihak-pihak yang pro-BN mendakwa Bersih 2.0 bersekongkol dengan komponen Pakatan Rakyat.
“Kita semua nampak mereka turun padang bersama-sama pemimpin-pemimpin parti politik seperti Anwar Ibrahim, Haji Hadi Awang dan banyak lagi.
“Wakil-wakil NGO yang datang berjumpa dan berunding dengan saya dulu tidak kelihatan kecuali Marina Mahathir dan dua tiga orang lagi,” kata Aziz sambil menambah, “jadi kenyataan Ambiga kepada saya bahawa Bersih tidak langsung memihak kepada parti politik adalah tidak benar sama sekali.”
Tambahan pula tulis Aziz, baru-baru ini Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang mengugut SPR supaya mengambil tindakan atas lapan tuntutan itu, kalau tidak mereka akan mengadakan tunjuk perasaan lagi.
“Kenapa pula sebelum ini Bersih dan tiba-tiba sekarang parti politik PAS menyuarakan perkara itu?
“Jadi, sekarang sudah jelas Bersih didalangi atau diperalatkan. Mereka bersekongkol dengan parti politik,” kata Aziz lagi.
Aziz menambah, Bersih 2.0 tidak lagi sebuah badan yang berkecuali, sebaliknya “seolah-olah sudah menjadi parti politik.”
Bersih 2.0 mengadakan perhimpunan pada 9 Julai lalu di ibu negara meskipun dihalang dan disekat oleh pihak berkuasa termasuk Putrajaya mengisytiharkannya sebagai sebuah badan haram.
Sehubungan itu, Aziz juga berkata bagi diri beliau demonstrasi jalan raya tidak menyelesaikan masalah dan lebih malang lagi difahamkan memorandum berkaitan tuntutan mereka belum dikemukakan kepada Yang di-Pertuan Agong lagi.
“Kalau mereka betul-betul jujur sepatutnya sewaktu berjumpa Yang di-Pertuan Agong baru-bari ini mereka boleh menyerahkan memorandum itu.
“Bukan sahaja boleh menyerahkan, malah menerangkan kenapa mereka membuat tuntutan itu. Kenapa mereka tidak melakukan itu dan memilih demonstrasi haram di jalanan?” katanya.
Dalam tulisannya Aziz juga menyentuh mengenai tuntutan dihentikan amalan politik kotor.
Aziz berkata, sebenarnya semua orang tidak suka orang main politik kotor dan sebab itu “kita adakan undang undang supaya orang politik ini jangan bermain politik kotor.”
“Tetapi politik kotor ini dilakukan oleh ahli ahli politik, sepatutnya mereka sendiri yang menghalang politik kotor misalnya dengan tidak menipu, amanah, tidak kata lain buat lain,” kata beliau lagi.
Seterusnya >>>

Rakan Sarbani syak SPRM berlaku khianat


SHAH ALAM: Beberapa orang rakan Allahyarham Ahmad Sarbani Mohamed yang ditemui hari ini mengesyaki berlakunya unsur khianat dalam kes kematian pegawai kanan Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) itu.
Salah seorang rakannya sekerja Allahyarham, yang enggan dinamakan, berkata Ahmad Sarbani berdepan dengan tuduhan menerima rasuah.
Namun, beliau menjelaskan bahawa Allahyarham merupakan pegawai yang “paling bersih” dan paling disukai di kalangan kakitangan beliau di pejabat JKDM Selangor itu.
Katanya, kakitangan berkenaan mengetahui siapakah yang sebenarnya menerima rasuah dan Allahyarham setentunya tidak berbuat demikian.
Mengikut Malaysiakini, sumber berkenaan turut mendakwa, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah memaksa Allahyarham supaya mengakui dakwaan berkenaan.
SPRM turut mengugut untuk memenjarakan pegawai kastam berkenaan sekiranya tidak mengakui dakwaan tersebut, dakwa sumber itu lagi.
Seterusnya >>>

Pegawai Kastam disiasat mati jatuh dari bangunan SPRM


KUALA LUMPUR 6 APRIL : Seorang Pegawai Kastam yang disiasat berhubung tuduhan rasuah dijumpai mati di perkarangan bangunan pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Kuala Lumpur hari ini.
Pegawai berkenaan telah naik ke tingkat tiga bangunan SPRM di Jalan Cochrane untuk disoal siasat sebelum di jumpai mati diaras bawah tingkat bangunan, pada kira- kira pukul 10.15 pagi tadi, the Star memetik Pengarah Penyiasatan  SPRM Datuk Mustafar Ali sebagai berkata.
SPRM dijadualkan mengadakan sidang akhbar petang ini untuk memberikan butir- butir penuh kejadian itu.
Tragedi berlaku ketika sebuah Suruhanjaya Diraja sedang menyiasat prosedur operasi SPRM susulan kematian bekas pembantu Exco Kerajaan Selangor Teoh Beng Hock, yang mati pada Julai 2009.
Mayatnya dijumpai di tingkat lima bangunan SPRM Selangor setelah beliau disiasat sepanjang malam di Tingkat 14 bangunan itu.
Awal minggu ini, SPRM menahan lebih enam puluh pegawai Kastam dan merampas sejumlah wang bersabit siasatan rasuah di bawah beberapa akta termasuk Akta Pengubahan Wang Haram.
Seterusnya >>>

SPRM siasat Exco Perak?


Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Negeri Perak didakwa sedang menyiasat salah seorang Exco kerajaan negeri itu atas dakwaan rasuah.

Sehubungan itu, Pemuda PAS Perak meminta Menteri Besar, Datuk Seri Dr Haji Zambry Abdul Kadir mengesah dan menjelaskan dakwaan tersebut.

Menurut Timbalan Ketua, Dewan Pemuda PAS Perak, Mohd Munir Ali, exco terbabit adalah orang lama dalam Umno.

"Dewan Pemuda PAS Negeri Perak (DPPN Pk) telah diberikan maklumat bahawa salah seorang Exco Kerajaan Negeri Perak pimpinan Datuk Seri Dr Haji Zambry Abdul Kadir telah disiasat oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Negeri Perak baru-baru ini," kata Mohd Munir dalam kenyataannya kepada Harakahdaily.

"Kami juga difahamkan bahawa Exco yang terbabit dalam siasatan SPRM tersebut merupakan ‘orang lama’ yang penting di dalam barisan kepimpinan Datuk Seri Zambry," katanya dalam kenyataan itu.

Sehubungan dengan itu, Pemuda PAS Perak mendesak Datuk Seri Zambry untuk mengesah dan menjelaskan isu tersebut bagi memberikan gambaran sebenar kepada rakyat.

"Pemuda PAS Perak juga meminta, jika maklumat yang diberikan tersebut benar, Exco terbabit wajar direhatkan dari menjalankan tugas rasmi bagi melincinkan siasatan SPRM," katanya.
Isytihar harta
Sementara itu, Dewan Pemuda PAS Negeri Perak (DPPN Pk) juga mendesak Kerajaan Negeri Perak mengikut jejak langkah kerajaan negeri Selangor agar meminta semua Exco Kerajaan Negeri  mengisytiharkan harta mereka dan dipamerkan di dalam laman web kerajaan negeri.

Perkara tersebut bagi membuktikan bahawa semua Exco kerajaan negeri bersih daripada amalan rasuah dan perkara tersebut adalah penting untuk menilai mana-mana pihak agar menunjukkan latar belakang yang bersih.

"Pemuda PAS Perak  menunggu respon Datuk Seri Zambry bagi membuktikan perkara tersebut, jika Datuk Seri Zambry gagal mengisytiharkannya sepertimana langkah Kerajaan Negeri Selangor, akan   menunjukan persepsi bahawa mereka tidak bersih sepertimana yang didakwa," kata Naib Ketuanya, Salman Haji Saleh.

Pemuda PAS Perak, katanya, yakin semua pimpinan Pakatan Rakyat (PR) bersedia bagi membuktikan dengan cara mengisytiharkan harta mereka pada bila-bila masa.

Pemuda PAS juga yakin Umno/Barisan Nasional (BN) akan  terus memberikan pelbagai alasan bagi melaksanakan perkara tersebut, katanya.
Seterusnya >>>

SPRM, SC temui kemungkinan pelanggaran undang-undang dalam Sime Darby

logo-sprmKUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Suruhanjaya Sekuriti (SC) menemui kemungkinan berlaku pelanggaran Kanun Keseksaan dan Akta Syarikat dalam siasatan mengenai isu kerugian bahagian Tenaga dan Utiliti Sime Darby.
SPRM, SC, Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam satu kenyataan bersama berkata perkara itu ditemui selepas ia menyemak semula laporan Jawatankuasa Semakan Semula Laporan Siasatan Sime Darby yang dibuat pada 20 September lepas.

Menurut kenyataan itu, siasatan dibuat berkaitan empat projek utama iaitu Projek Petroleum Qatar, Projek Minyak Maersk Qatar, Projek Elektrik Hidro Bakun dan Projek Marin.
Menurutnya selepas membuat semakan semula, awal minggu ini SPRM dan SC mengadakan mesyuarat dengan PDRM dam SSM untuk berkongsi penemuan mereka mengenai kemungkinan berlaku pelanggaran di bawah Kanun Keseksaan dan Akta Syarikat.
"Laporan yang berkaitan juga diserahkan kepada PDRM dan SSM untuk tindakan lanjut terhadap pelanggaran itu, yang berada di bawah bidang kuasa masing-masing," katanya.
Menurut kenyataan itu siasatan SPRM berkaitan rasuah di bawah Akta Anti Rasuah 1997 dan Akta Suruhanjaya Anti Rasuah Malaysia 2009 masih berjalan, dan SC pula berkata ia sudah menggerakkan siasatan bagi melihat kemungkinan berlaku pelanggaran Akta Pasaran Modal dan Perkhidmatan 2007, lapor Bernama.
Seterusnya >>>

AG Gani Patail perlu buat penjelasan, tegas penasihat SPRM


Pengerusi Yayasan Sosial Penyayang Tan Sri Robert Phang hari ini secara terbuka menggesa Peguam Negara agar membuat penjelasan berhubung dakwaand-dakwaan mengaitkannya dengan personaliti korporat berprofil tinggi, yang turut menimbulkan persoalan komitmen Putrajaya melawan rasuah.
Phang, yang juga anggota panel penasihat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berkata, cakap-cakap mengenai hubungan rapat Tan Sri Abdul Gani Patail (gambar) telah mencalar kedudukan beliau selaku penasihat perundangan tertinggi negara, yang secara tidak langsung membawa kepada persepsi bahawa kerajaan mengamalkan pendakwaan selektif.
Jaksa Pendamai ini menggariskan beberapa kes sebagai contoh, antara ketiadaan tindakan mahkamah di pihak kerajaan ke atas bekas pengerusi Penerbangan Malaysia (MAS) Tan Sri Tajudin Ramli berhubung dakwaan skandal kewangan yang membawa kepada kerugian RM8 bilion.
Phang juga mempersoalkan keputusan terbaru untuk mendakwa bekas menteri besar Selangor Datuk Seri Dr Mohd Khir Toyo berhubung isu pembelian dua lot tanah dan banglo di bawah Kanun Keseksaan berbanding akta baru SPRM yang membawa hukuman lebih berat.
Mohamad Khir, 45, didakwa telah mendapatkan untuk dirinya dan isteri Datin Seri Zahrah Kechik, 45, suatu barang berharga dengan suatu balasan yang beliau ketahui tidak mencukupi iaitu dua lot tanah dan sebuah rumah di Jalan Suasa 7/1 L, Shah Alam, daripada Ditamas Sdn Bhd melalui pengarah syarikat itu, Shamsuddin Hayroni, dengan harga RM3.5 juta sedangkan hartanah itu telah dibeli oleh Ditamas pada 23 Disember 2004 dengan harga RM6.5 juta.
“Malangnya jika Peguam Negara sendiri menjadi halangan kepada langkah kerajaan dan SPRM dalam usaha memperlihatkan kerajaan yang Bersih, Cekap, Amanah,” kata beliau dalam satu kenyataan dikeluarkan hari ini.
“Orang awam perlu diberi kepuasan berhubung usaha kerajaan mendapatkan kembali keyakinan publik bahawa ia serius dalam menangani rasuah dan dalam usaha mendapatkan keadilan bagi semua,” tegas beliau.
Gambar-gambar percutian Abdul Gani bersama Shahidan Shafie – yang dikatakan sebagai proksi Tajudin - yang disebar luas menerusi Internet dan saluran-saluran lain, mendesak pihak berkuasa agar membuka semula kes membabitkan kerugian RM8 bilion MAS pada 2001.
Kes itu pernah dibawa oleh Naib Presiden PAS Salahuddin Ayub baru-baru ini.
“Selagi wujud perasaan was-was mengenai tatalaku peribadi Peguam Negara Gani Patail sebagaimana digambarkan dan ia tidak ditangani, kesemua usaha ikhlas di pihak kerajaan dan SPRM akan sia-sia,” kata beliau.
“Ia hanya akan dianggap sebagai satu usaha hubungan awam ataupun slogan semata-mata,” kata Phang.
Dakwaan membabitkan Abdul Gani muncul di portal berita Malaysia Today, yang dikendalikan oleh blogger Raja Petra Kamarudin.
Phang mengeluarkan kenyataan itu hari ini ketika negara dikejutkan dengan surat terbuka pegawai polis kanan Datuk Mat Zai kepada Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar berhubung isu insiden mata lebam Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Putrajaya akan mengumumkan keputusan final Isnin ini sama ada perlu membuka semula kertas siasatan berkaitan insiden mata lebam itu yang berlaku 12 tahun lalu, ekoran dakwaan wujudnya bukti terbaru sebagaimana didedahkan oleh Mat Zain.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Nazri Aziz memberitahu The Malaysian Insider kelmarin bahawa beliau akan menjawab gesaan pembangkang di Parlimen minggu depan berhubung isu itu dan keputusan yang bakal diumumkan adalah “muktamad”.
Nazri berkata, penjelasan telah diperoleh daripada Abdul Gani berhubung dakwaan terbaru bahawa beliau telah memalsukan keterangan dalam siasatan kes Anwar dipukul ketika ditahan di lokap Bukit Aman pada September 1998.
Beliau sedang meneliti butiran berkaitan isu tersebut.
Pada 24 November lalu, Nazri berkata, kerajaan akan menyiasat surat terbuka Mat Zain yang mendakwa Peguam Negara mempunyai peranan dalam insiden mata lebam Anwar yang berlaku 12 tahun lepas.
Seterusnya >>>

SPRM akui penjawat awam Kelantan bersih

Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini mengakui penjawat awam di negeri Kelantan begitu rendah terlibat dengan gejala rasuah jika dibandingkan dengan negeri lain.
Menurut Timbalan Pesuruhjaya SPRM ( Bahagian Pengurusan ) Datuk Zakaria Jaafar, perangkaan SPRM menunjukkan dalam  tahun 2010 bagi tempoh hingga Oktober tahun ini hanya seramai dua orang sahaja penjawat awam negeri yang dikenakan tindakan dari pihaknya.
"Walaupun angka ini amat kecil jika dibandingkan dengan kakitangan awam kerajaan negeri seramai lebih 7000 orang, namun sekiranya ia tidak dikawal, ia mungkin akan merebak satu hari nanti,”ujar beliau.
Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas menyampaikan ceramah di  Majlis Sambutan Hari Intergriti Peringkat Negeri Kelantan hari ini yang dirasmikan oleh Speaker Dun Kelantan Datuk Nassurudin Daud yang mewakili Menteri Besar Kelantan.
Zakaria juga berkata pelbagai cabaran yang perlu di atasi oleh setiap individu iaitu rasuah,khianat, birokrasi, mungkir janji, kerja bertangguh, Membuang Masa dan Hasad Dengki bagi menjadikan diri sebagai yang kukuh dengan jati diri dan penuh intergriti.
Beliau juga mengingatkan penjawat awam negeri agar sentiasa mengawal diri terutamanya yang berkaitan dengan urusan rakyat dan hendaklah menjauhkan diri dari mendekati dengan unsur-unsur yang boleh membawa kepada tercalarnya integriti diri.
“Kalau kita sebagai ketua jabatan, janganlah cuba-cuba dekati orang yang ada kepentingan dan seolah-olah mengharapkan balasan dari mereka dalam sesuatu perkara,”kata beliau.
“Ada antara kita yang ada sedikit kuasa cuba memberitahu sesuatu masalah seperti kereta rosak kepada orang tertentu dan orang tu pulak akan cuba menyelesaikan masalah beliau terutamanya yang berkaitan dengan kewangan, ini juga adalah ciri-ciri yang membawa kepada berlakunya rasuah,”ujarnya lagi.
Sementara itu Speaker Dun Kelantan Datuk Nassurudin ketika merasmikan majlis tersebut berkata tokoh intergriti terkemuka ialah Rasulullah SAW yang seharusnya dijadikan contoh bagi kehidupan seharian termasuklah penjawat awam.
“Kerajaan Kelantan sentiasa menitik berat soal integriti terhadap kakitangan kerajaan dan juga pimpinan negeri, Alhamdulillah melalui tiga teras utama yang dilaksanakan di negeri ini iaitu Ubbudiyyah,Masuliyyah dan Itqan, kakitangan kerajaan dapat membendung diri darii perkara yang buruk,”ujarnya.
Nassruddin juga berharap kempen kesedaran integriti ini diteruskan dari masa ke semasa untuk kakitangan kerajaan agar sentiasa dapat dijadikan panduan semasa bekerja.
Seterusnya >>>

Pecat Pengerusi SPR – pemimpin PR

abdulazizspr Kenyataan Akhbar
 
PETALING JAYA: Pengerusi Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) mesti dipecat kerana secara terang-terang menyokong Barisan Nasional dan merujuk Pakatan Rakyat (PR) sebagai "musuh".
PR merujuk kepada wawancara dengan Pengerusi SPR Abdul Aziz Mohd Yusof yang bertajuk "besar kemungkinan pilihan raya umum tidak di adakan tahun depan, kata SPR" yang disiarkan oleh The Malaysian Insider pada 13 Julai lalu.

Pertama, bukan urusan SPR untuk membuat spekulasi bila pilihan raya akan di adakan.  Keputusan menentukan tarikh pilihan raya terletak kepada kerajaan yang memerintah, baik di peringkat pusat maupun negeri.
Merumuskan wawancara tersebut, pengerusi suruhanjaya itu telah memperlihatkan bahawa beliau tidak bebas, kompeten dan adil sebagaimana yang kita harapkan daripada seorang yang menerajui SPR.
Beliau bukan sahaja menunjukkan sokongannya tetapi bersikap berat sebelah kepada kerajaan Najib dan Umno.  Abdul Aziz sepatutnya menumpukan tugasnya untuk mengendalikan pilihan raya yang bebas dan adil sepertimana yang dikehendaki di bawah undang-undang dan Perlembagaan Negara.
Pakatan Rakyat berpendapat beliau telah melakukan kesalahan apabila beliau berkata:
"(Amaran daripada para pemimpin Umno) adalah bagi memastikan kita sentiasa bersedia untuk berlawan dengan musuh.  Kita mesti bersatu padu dan sentiasa melaksanakan program.  Kita mesti mempunyai program, dasar dan agenda,
"Jika anda bertanya saya, ini merupakan gear satu dan kita sekarang sedang masuk gear dua.  Ada lima gear kesemuanya, jadi kenapa perlu bergopoh gapah?" soal Abdul Aziz, menambah pentadbiran Najib baru mula "panas".
Apabila menyentuh mengenai kepimpinan Najib beliau dilaporkan berkata, "beliau menjadi semakin popular.  Apabila sesebuah lagu yang dimainkan itu semakin diminati ramai maka kita jangan terus menghentikannya. Kita harus membiarkan pendengar menikmatinya.
Beliau sering merujuk kepada "kami" bermaksud beliau sendiri dan kerajaan/Umno dan dengan jelas menunjukkan beliau seolah-olah memikirkan bahawa beliau dan SPR adalah sebahagian daripada kerajaan Barisan Nasional.
Abdul Aziz juga merujuk Pakatan Rakyat sebagai "musuh" – satu kenyataan yang memeranjatkan dan di luar dugaan dan dengan jelas menunjukkan tidak ada langsung kebebasan, kompetensi dan keadilan yang diharapkan daripada mana-mana staf SPR, apatah lagi ketuanya.
Bagi menyelamatkan saki baki yang tinggal tentang keyakinan rakyat terhadap SPR, PR menyeru supaya ketua SPR ini dipecat kerana jelas beliau tidak sesuai dan tidak layak memegang jawatan yang sebegitu penting setelah memperlihatkan sikapnya yang terang-terang menyokong kerajaan masa ini dan Umno.
Y.B. Sivarasa Rasiah
Ahli Parlimen Subang
Parti Keadilan Rakyat (PKR)
Y.B. Fuziah Salleh
Ahli Parlimen Kuantan
Parti Keadilan Rakyat (PKR)
Y.B. Tony Pua
Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara
Parti Tindakan Demokratik (DAP)
Y.B. Dzulkefly Ahmad
Ahli Parlimen Kuala Selangor
Parti Se-Islam Malaysia (PAS)

- FMT

Kembara Jr.......... kalaulah dah berat sebelah tu maknanya tak bebas lah tu. Klaulah tak boleh berlaku adil letak jawatan dam masuk politik.SPRM sepatutnya tidak memehak mana-mana parti politik. Jadi buat apa simpan mamat ni. Teruskan desak sehingga mamat ni letak jawatan. Itu yang paling baik.
Seterusnya >>>

Siasatan SPRM terhadap 2 ADUN PKR bermotif politik

SHAH ALAM: Kerajaan negeri Selangor mendakwa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sengaja mengucar-kacirkan pentadbiran negeri itu dengan menyiasat dua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) mengenai kegiatan melombong pasir.

Semalam ADUN Batu Caves, Amirudin Shari dan ADUN Sri Muda, Shuhaimi Shafie dipanggil SPRM untuk memberi keterangan berhubung skandal melombong pasir di negeri berkenaan.


logo-sprmADUN Kampung Tunku, Lau Weng San berkata, siasatan ke atas kedua-dua ADUN tersebut bermotifkan politik.

"Cara mereka menyiasat mirip siasatan terhadap Teoh Beng Hock," katanya yang bercakap bagi pihak perhimpunan penyokong-penyokong Selangor dalam sidang media di ibu pejabat kerajaan negeri di sini hari ini.

Teoh yang merupakan setiausaha politik Exco Selangor Ean Yong Hian Wah ditemui mati selepas disoal siasat semalaman oleh SPRM di ibu pejabatnya, sekaligus mencetuskan pelbagai spekulasi mengenai kematiannya.

"Malah kejadian sama turut berulang dan kali ini membabitkan Suhaimi dan Amirudin yang disoal siasat berhubung ‘penyalahgunaan dana kerajaan negeri’ iaitu dakwaan yang sama terhadap Teoh," kata Lau.

Suhaimi dan Amirudin diuar-uarkan sebagai di antara empat ADUN Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang bakal keluar parti kerana mempunyai pandangan yang berbeza tentang cara kepimpinan Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim.

Namun mereka menafikan perkara tersebut, sementara Lau dan para penyokong memberi sokongan penuh ke atas mereka sekaligus menolak spekulasi bahawa kerajaan negeri mengalami perpecahan.

"Saya Tidak Tertekan"
 
Dalam pada itu, Suhaimi berkata beliau tidak berasa tertekan dengan tindakan SPRM itu malah akan memberi kerjasama yang baik kepada mereka. Namun beliau berulang kali menegaskan bahawa tidak melakukan sebarang kesalahan yang boleh menyabitkannnya dalam hal tersebut.

"Penyiasatan dijalankan secara profesional, saya tiada sebarang tekanan, dan yakin bahawa mereka hanya mengumpulkan maklumat kerana jelas SPRM cuba mencari maklumat lanjut berhubung skandal pasir itu.

"Walaupun pada awal saya tidak jelas dengan siasatan itu namun saya tidak nampak perkara sedemikian berlaku," katanya ketika dihubungi Free Malaysia Today.

Walau bagaimanapun Suhaimi tidak menolak kemungkinan siasatan itu wujud pergerakan politik seperti didakwanya dalam blog Free Malaysia Today semalam.

"Saya rasa ada sedikit ‘movement’ politik dalam siasatan ini," katanya ringkas.

Sementara itu, siasatan terhadapnya akan bersambung di Ibu Pejabat SPRM, 5 Julai ini pada pukul 2 petang.

- FMT

Kembara Jr.......... gagal mengucarkacirkan pemimpin PKR selangor dengan mengunakan media arus perdana untuk melaga-lagakan MB dengan Adun kini satu lagi taktik kotor digunakan oleh Umno/BN dengan tujuan yang sama. Sekali lagi SPRM digunakan untuk menekan Adun Selangor. Dua Adun telah dipanggil untuk menyiasat mengenai kegiatan melombong pasir dan cara mereka menyiasat mirip siasatan terhadap Teoh Beng Hock. Kita tengoklah apa tindakkan seterusnya.........
Seterusnya >>>

SPRM tak jadi wawancara PI Bala di London

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tidak akan menghantar pegawainya ke London untuk merakam kenyataan penyiasat persendirian P Balasubramaniam berhubung kes Altantuya Shaariibuu.

Timbalan Ketua Pesuruhjaya SPRM (Operasi), Datuk Mohd Shukri Abdull berkata keputusan untuk membatalkan pertemuan tersebut dibuat atas pertimbangan undang-undang.

Sebaliknya, SPRM akan menulis soalan kepada Balasubramaniam dan meminta beliau menyerahkan affidavit berhubung perkara itu untuk tujuan penyelidikan.

Syukri berkata langkah tersebut diambil selepas menimbang nasihat daripada Pejabat Peguam Negara.

- Malaysiakini

Kembara Jr.......... Apa dah jadi ni, hari tu beria-ia nak ke London tapi sekarang tak jadi pulak. Apa,  terkejut ke dengan kata-kata peguam di England tu yang undang-undang Malaysia ni adalah undang-undang rimba. Jadi, kalau ada apa-apa takut nak berhadapan dengan pehak disana??. Sedarlah langit tu tinggi atau rendah.
Seterusnya >>>