Showing posts with label Mufti Perak. Show all posts

Najib ‘gadai akidah’ kemaruk sokongan


KUALA LUMPUR, 10 Feb — Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria melahirkan rasa terkilan dengan sikap Datuk Seri Najib Razak yang “menggadai akidah” apabila hadir dalam upacara keagamaan sempena sambutan perayaan Thaipusam di Batu Caves baru-baru ini. Tegas Harussani, walaupun sudah ditegur setiap tahun namun perdana menteri itu seolah-olah tidak memandang berat akan kepentingan agama Islam dan akidah.
“Ini perbuatan syirik, saya tidak tahu mengapa jadi macam ini... sedangkan perayaan kaum lain kita tidak boleh sambut ini pula hadir di rumah ibadat mereka.
“Bagaimana boleh terlajak macam ini, sepatutnya perdana menteri wakilkan menteri beragama Hindu untuk menggantikan dirinya... sebab umat Islam tidak boleh terlibat dalam sambutan perayaan agama lain,” katanya kepada The Malaysian Insider.
Beliau menambah menteri hal ehwal agama Islam atau penasihat agama sepatutnya menasihatkan Najib agar tidak hadir dalam perayaan itu.
“Kita tidak boleh sambut (perayaan agama lain), mereka lakukan upacara keagamaan dan kita sebagai umat Islam tidak boleh hadir... itu upacara ibadat mereka.
“Sebagai perdana menteri, Najib sepatutnya sedar dan menghantar wakil. Saya sudah tegur perkara ini setiap tahun namun tidak dipedulikan,” katanya menambah Najib wajar mencontohi sikap perdana menteri terdahulu yang menghantar wakil masing-masing.
Pada 7 Februari lalu, Najib menghadiri sambutan perayaan Thaipusam di Batu Caves selain turut mengumumkan peruntukan awal berjumlah RM2 juta untuk membina pusat kebudayaan di kawasan itu.
Najib yang lengkap berpakaian Kurta berwarna kuning muda ditemani isteri Datin Seri Rosmah Mansor, mengakui gembira untuk turut sama memeriahkan Hari Thaipusam dan ini merupakan kali ketiga beliau mengunjungi Batu Caves sempena perayaan itu sejak 2010.
“Jangan gadai akidah kita, hukumnya syirik apabila kita hadir dalam perayaan mereka seperti kita merestui agama kaum lain... kita sepatutnya menjauhi perbuatan khufur yang boleh merosakkan akidah.
“Perkara ini serius kerana ia masalah akidah, saya wajib tegur... kalau tidak mahu dengar terpulang,” kata Harussani menambah tiada halangan sekiranya menghadiri majlis rumah terbuka tetapi bukan upacara keagamaan.
Seterusnya >>>

Beri Kelantan peluang ‘uji’ hudud - Mufti Perak


KUALA LUMPUR, 6 Okt — Tan Sri Harussani Zakaria menasihatkan pentadbiran Najib agar membenarkan undang-undang hudud dilaksanakan di Kelantan sebagai satu “percubaan” selepas kerajaan pusat terus dengan pendiriannya menyekat langkah sedemikian atas alasan peruntukan Perlembagaan Persekutuan. Menurut Mufti Perak, Putrajaya perlu memberi peluang kepada kerajaan negeri Kelantan pimpinan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat melaksanakan hudud memandangkan undang-undang jenayah syariah Islam itu sudah digubal pada 1993.
“Kerajaan pusat perlu beri peluang kepada Kelantan untuk laksanakan hudud, Nik Aziz juga kata sudah bersedia... saya setuju dan sokong, cuma dari segi prosedur pelaksanaan perlu lengkap, lagipun nanti kalau kerajaan pusat tak benarkan nanti orang marah.
“Benarkan Kelantan laksanakan hudud, hudud bukan perkara senang nak dilaksanakan kerana banyak perkara perlu dipatuhi... benarkan sebagai percubaan untuk kita yang lihat bagaimana ia dilaksanakan dan kadar jenayah di Kelantan selepas ia dilaksanakan kemudian baru kita nilai,” kata beliau ketika dihubungi The Malaysian Insider.
Harussani yang sebelum ini berusaha mewujudkan kerjasama politik antara PAS dan Umno, khususnya sejak selepas pilihan raya umum 2008 menegaskan, hukum hudud adalah tuntutan Islam dan ia perlu dilaksanakan sekiranya sudah bersedia.
“Kita nak kurangkan kadar jenayah, sekarang kalau kita lihat kalau merompak hukuman disebat dan dipenjara, jual dadah juga sama, tapi adakah mereka sudah insaf tapi kalau kudung tangan sudah pasti mereka akan berfikir dua kali... Islam laksana hudud, saya setuju,” katanya.
Beliau juga berkata, hukum hudud hanya dilaksanakan ke atas umat Islam dan orang bukan Islam tidak perlu risau sekiranya ia dilaksanakan.
“Bukan Islam tiada kena mengena dalam hukum agama Islam, ia tidak akan dikenakan kepada bukan Islam,” katanya.
Ditanya mengenai hukum hudud tiada dalam sistem perundangan negara, Harussani berkata “hal undang-undang saya tidak tahu, saya tak mahu cakap tapi saya setuju dilaksanakan hudud.”
Nik Aziz yang juga Mursyidul Am PAS sebelum ini menegaskan untuk menegakkan hukum hudud dan penubuhan negara Islam walaupun mendapat tentangan hebat daripada DAP.
Beliau turut meletakkan harapan hukum hudud dapat dilaksanakan di negara ini sekiranya Pakatan Rakyat memenangi pilihan raya umum ke-13.
Selain itu Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata PAS serius dalam melaksanakan undang-undang hudud dan mengakui orang bukan Islam termasuk DAP mempunyai hak untuk bersuara menyatakan pendirian masing-masing dalam perkara itu.
Pada 24 September lalu, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menegaskan kerajaan pusat akan tetap menyekat sebarang usaha mahu melaksanakan hukum hudud — penegasan kedua oleh seorang perdana menteri Malaysia ke atas usaha kerajaan negeri Kelantan pimpinan PAS.
Penegasan sedemikian telah diberikan secara hitam putih oleh Tun Dr Mahathir Mohamad kepada Nik Aziz yang juga Mursyidul Am PAS pada 1994.
Najib berkata undang-undang berasaskan hukum hudud tidak akan dilaksanakan di negara ini kerana realiti keseimbangan jumlah masyarakatnya tidak mengizinkan undang-undang sebegitu dikuatkuasakan.
Katanya, kerajaan kini telah pun mengambil kira prinsip “Maqasid Syariah” iaitu matlamat sebenar dalam pentadbiran untuk menyelesaikan permasalahan rakyat.
Ekoran satu kenyataan bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad beberapa hari sebelum respons Najib itu, Nik Aziz memohon Najib agar menarik balik surat 1994 dan membenarkan kerajaan negerinya melaksanakan undang-undang itu jika benar-benar Umno ikhlas berjuang untuk agama.
Seterusnya >>>

Harussani dedah ada bertemu pemimpin PAS selain Hasan Ali

KUALA LUMPUR, 28 Julai — Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria mendedahkan adanya pemimpin-pemimpin PAS selain Pesuruhjaya PAS Selangor Datuk Dr Hasan Ali yang menemuinya bagi membincangkan perpaduan Melayu. Harussani bagaimanapun enggan mendedahkan identiti pemimpin tersebut bagi mengelakkan keadaan bertambah buruk.
“Saya sebut Hasan sebab beliau mengakui sendiri jumpa saya, sebab itu saya boleh cakap,” katanya.
“Kebetulan beliau ahli PAS, ada juga ahli Umno datang jumpa saya berbincang soal ini. Mereka tanya jalan penyelesaian perpecahan orang Melayu.
“Yang lain saya tidak mahu cakap, nanti mereka bergaduh sesama sendiri pula.
“Sebelum ini pun saya cuma kata ada orang PAS jumpa saya, ada orang Umno dan ada juga NGO jumpa saya, itu sahaja. Jadi kalau anda hendak korek usahlah nak korek,” katanya ketika ditemui dalam sesi temu bual khas bersama The Malaysian Insider semalam.
Beliau berkata ada banyak pihak datang menemuinya bagi membincangkan akan perkara itu.
“Saya tidak tahu kenapa mereka datang cari saya, mungkin sebab saya paling lantang bercakap?” kata Harussani.
Sebelum ini Harussani berkata beliau hanya mengadakan pertemuan dengan seorang pemimpin dari PAS iaitu Hasan yang juga Exco Kerajaan Negeri Selangor.
Hasan membuat kenyataan pengakuan terbuka Sabtu lalu.
Bahkan Harussani menjelaskan, kedua-dua mereka tidak membincangkan kerjasama politik Umno dan PAS tetapi mengenai perpaduan Melayu.
“Kami hanya membincangkan soal bagaimana untuk mencari jalan penyelesaian menyatukan perpaduan di kalangan orang Melayu, itu sahaja.
“Langsung tidak menyentuh soal kerjasama politik Umno dan PAS,” kata beliau.
Harussani berkata beliau hanya mahu menyatukan orang Melayu berlandaskan agama Islam.
“Ini bukan masalah Umno atau PAS tapi perpecahan orang Islam, jadi sebagai mufti saya rasa bertanggungjawab untuk untuk mengajak orang Melayu bersatu di bawah nama Islam memandangkan kita perlu mematuhi perintah Tuhan.
“Saya berpendapat perpecahan orang Melayu adalah akibat daripada perpecahan dalam parti iaitu Umno dan PAS.
“Perbezaan pendapat itu biasa berlaku, mengapa kita hendak menghancurkan bangsa sendiri hanya kerana ideologi yang berbeza? Sedangkan saya melihat matlamatnya sama iaitu mempertahankan orang Melayu dan juga Islam,” katanya.
Harussani menyarankan agar kedua-dua parti Melayu terbesar itu supaya menyelesaikan “pergaduhan” antara mereka demi masa depan orang Melayu dan Islam. “Saya tidak suruh bubar parti, saya tidak melibatkan parti pun tapi dua parti ini yang bergaduh semasa sendiri.
“Saya minta supaya Umno dan PAS selesaikan pergaduhan itu.
“Selain itu, saya juga hairan bila saya seru kembali kepada al-Quran untuk bersatu nampaknya pemimpin Islam itu sendiri yang mengamuk. Sedangkan orang bukan Melayu tidak kisah pun.
“Tapi orang Melayu itu yang tidak mahu, macam kata pepatah ‘berpatah arang berkerat rotan’, itukah yang diajar dalam Islam?” katanya.
Tambahnya, jika orang Melayu terus bertelagah, ia hanya akan melemahkan bangsa Melayu itu sendiri.
Tambahnya, tidak mustahil orang Melayu akan kehilangan segalanya termasuk negara sekiranya soal perpecahan ini tidak diatasi segera.
“Saya percaya dalam pilihan raya umum akan datang tidak mustahil orang Melayu akan jadi minoriti.
“Sekarang ini kita hanya ada 55 peratus, itu termasuk Sabah dan Sarawak.
“Kalau tiada Sabah dan Sarawak kita sudah jadi minoriti. Sudahlah jadi minoriti, kita berpecah pula dan tidak mustahil orang Melayu akan hancur,” katanya.
Mengulas lanjut, beliau berkata keadaan sekarang memaksa supaya orang Melayu bersatu demi negara dan juga bangsa.
“Kalau pilihan raya umum lalu sudah menjadi kacau, pilihan raya akan datang saya melihat lagi kacau.
“Walaupun orang Melayu masih ramai dalam Parlimen tapi adakah masih majoriti? “Tidak ada majoriti, hari ini Barisan Nasional (BN) pun tidak cukup dua pertiga. Kalau BN yang campur tiga bangsa pun tidak boleh, orang Melayu macam mana?” tegasnya.
Apabila ditanya sama ada usaha kerjasama Umno dan PAS akan berjaya, Harussani berkata itu terpulang kepada kedua-dua parti itu.
“Saya tidak tahu jika perpaduan Umno dan PAS boleh berjaya tapi saya yakin jika mereka Islam dan ikut perintah Tuhan mereka akan bersatu.
“Saya tidak mahu komen pasal parti nanti dimarah lagi,” katanya.
Sebelum ini Harussani berkata, terdapat pemimpin kedua-dua parti Melayu berkenaan yang datang berjumpa beliau baru-baru ini bagi membincang dan meminta pandangan beliau berhubung cara untuk menyatupadukan kedua-dua parti tersebut.
Setakat ini kenyataan Harussani telah ditolak pemimpin tertinggi PAS dengan menyifatkannya sebagai “satu fitnah dan pembohongan.”
Dua naib presiden PAS Datuk Mahfuz Omar dan Salahuddin Ayub menegaskan, pihaknya tidak pernah memutuskan untuk meminta Harussani agar menguruskan pertemuan Umno-PAS bagi membincangkan penyatuan orang Melayu dan Islam.
Seterusnya >>>

Harussani: ‘Ya, Hasan jumpa saya

KUALA LUMPUR, 25 Julai — Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria juga mengesahkan ada menemui  Pesuruhjaya PAS Selangor Datuk Dr Hasan Ali, tetapi menegaskan mereka tidak membincangkan soal kerjasama politik Umno dan PAS. Harussani berkata setakat ini beliau hanya mengadakan pertemuan dengan seorang pemimpin dari PAS iaitu Hasan.
Ini kali pertama Harussani berkongsi identiti tentang Hasan yang sebelum ini didakwa mengadakan pertemuan memintanya menjadi orang tengah dalam isu kerjasama politik dan perpaduan PAS dan Umno.
Kata Harussani, kedua-dua mereka tidak membincangkan kerjasama politik Umno dan PAS tetapi mengenai perpaduan orang Melayu di negara ini.
“Kami memang tidak membincangkan langsung pasal kerjasama Umno dan PAS tetapi perpaduan orang Melayu di negara ini kerana kami melihat orang Melayu semakin berpecah.
“Kami hanya membincangkan soal bagaimana untuk mencari jalan penyelesaian untuk menyatukan perpaduan di kalangan orang Melayu, itu sahaja.
“Langsung tidak menyentuh soal kerjasama politik Umno dan PAS,” kata beliau ketika dihubungi The Malaysian Insider hari ini.
Harussani berkata demikian ketika diminta mengulas kenyaataan Hasan semalam yang mengaku pernah mengadakan pertemuan dengan  Harussani dua bulan lalu tetapi menegaskan mereka tidak membincangkan soal kerjasama politik Umno dan PAS.
Ia kenyataan pertama Hasan sejak Harussani mendedahkan ada pemimpin PAS dan Umno menemuinya dan meminta beliau mengaturkan kerjasama perpaduan membabitkan kedua-dua parti itu.
Malah kata Hasan, beliau tidak diberi mandat untuk mengaturkan perbincangan dengan mufti berkenaan berhubung kerjasama politik Umno dan PAS.
“Saya tidak pernah diberi mandat oleh parti saya untuk membincangkan hal-hal politik perpaduan, oleh itu tidak ada agenda khusus membincangkan soal itu.
“Pertemuan tersebut tidak menatijahkan apa-apa tindakan susulan di kedua-dua pihak bahkan tidak ada sebarang perhubungan antara kami berdua selepas itu,” kata Hasan.
Pertemuan itu didakwa berlangsung di ibu negara hujung Mei lalu.
Hasan menambah pertemuan itu diadakan sehari sebelum mesyuarat Majlis Kebangsaan Hal Ehwal Islam yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri.
“Saya telah diminta mewakili kerajaan negeri dalam mesyuarat tersebut. Saya menjadikan pertemuan itu sebagai sebahagian daripada persediaan saya menghadiri mesyuarat tersebut,” katanya.
Dalam ulasan lanjut, Harussani bagaimanapun berkata tiada parti yang layak untuk membincangkan soal perpaduan orang Melayu kecuali Umno dan PAS.
“Ingin saya tegaskan perpaduan orang Melayu boleh berjaya sekiranya kerjasama Umno dan PAS dapat diwujudkan.
“Ini kerana saya melihat Umno memperjuangkan orang Melayu manakala PAS pula memperjuangkan agama Islam, jadi siapa yang lebih layak untuk mewujudkan perpaduan orang Melayu melainkan kedua-dua parti ini.
“Saya ingatkan melalui perbincangan untuk menyatukan orang Melayu boleh mencari jalan penyelesaian tetapi jadi makin teruk pula,” katanya.
Sebelum ini Harussani berkata, terdapat pemimpin kedua-dua parti Melayu berkenaan yang datang berjumpa beliau baru-baru ini bagi membincang dan meminta pandangan beliau berhubung cara untuk menyatupadukan kedua-dua parti tersebut.
Setakat ini kenyataan Harussani telah ditolak pemimpin tertinggi PAS dengan menyifatkannya sebagai “satu fitnah dan pembohongan.”
Dua naib presiden PAS Datuk Mahfuz Omar dan Salahuddin Ayub menegaskan, pihaknya tidak pernah memutuskan untuk meminta Harussani agar menguruskan pertemuan Umno-PAS bagi membincangkan penyatuan orang Melayu dan Islam.

- TMI
Seterusnya >>>

Dialog Umno-PAS: Saya tak berbohong, kata Mufti Perak

PUTRAJAYA, 20 Julai – Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria hari ini menafikan dakwaan dua naib presiden PAS bahawa kononnya beliau membuat fitnah serta melakukan satu pembohongan berhubung adanya pemimpin Pas dan Umno yang menemuinya untuk mendapatkan pandangan bagi menyatukan kedua-dua parti itu. “Saya seorang mufti takkanlah saya nak membohong, cuma saya tak nak sebut nama orang yang bertemu dengan saya itu... jadi saya tidak membohong. Dia nak tuduh saya membohong itu dia punya pasal.
“Yang penting dia seorang Islam atau tidak... berjuang atas nama Islam atau tidak, kenapa nak bersekongkol dengan yang lainnya,” katanya selepas pertemuan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dengan Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Hal Ehwal Agama Islam di sini hari ini.
Kedua-dua Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub dan Datuk Mahfuz Omar semalam mendakwa Harussani membuat fitnah serta melakukan pembohongan bahawa terdapat pemimpin Pas dan Umno yang menemuinya untuk mendapatkan pandangan bagi menyatukan Umno dan PAS.
Mahfuz dan Salahuddin menegaskan, pihaknya tidak memutuskan untuk meminta Harussani agar menguruskan pertemuan Umno-PAS bagi membincangkan penyatuan orang Melayu dan Islam.
“Kenyataan Tan Sri Harussani (kelmarin) satu fitnah dan pembohongan,” kata Salahuddin.
Pendirian itu disokong oleh Mahfuz dengan menegaskan PAS tidak pernah membincangkan isu berkenaan sama sekali.
“Tidak ada, ia (kenyataan Harussani) cuba memburukkan dan menimbulkan keraguan di kalangan rakyat seolah-olah ada pemimpin PAS yang hendak membelakangkan parti dalam isu ini,” kata Mahfuz.
Tambah Mahfuz, Harussani perlu mendedahkannya jika benar ada pemimpin PAS yang telah menemui beliau.
Dipetik Bernama hari ini, Harussani berkata pertemuan itu memang berlaku, walaupun wakil yang datang bertemu dengannya itu bukan dihantar oleh PAS secara rasmi.
Katanya pemimpin PAS yang datang itu bertaraf tinggi dan ada juga pemimpin Umno yang bertaraf tinggi juga datang berjumpa beliau.
“Saya pun tidak faham.. pertemuan itu semata-mata untuk pertahankan Islam dan orang Melayu, kenapa sampai nak tuduh macam-macam dan yang marah sangat kenapa,” katanya.
Harussani berkata beliau bercakap untuk kepentingan orang Melayu dan Islam kerana jika orang Melayu berpecah, Islam juga akan hancur.

- TMI
Seterusnya >>>

Pemuda PAS kesal Harussani cenderung berpolitik

IPOH, 5 Julai: Dewan Pemuda PAS Negeri Perak amat kesal dengan tindakan Mufti kerajaan negeri, Tan Sri Harussani Zakaria yang dilihat lebih cenderung berpolitik kepartian dan menggalakkan pergaduhan.
Setiausahanya, Dr Raja Ahmad al-Hiss berkata, pihaknya mendapat aduan yang amat serius bahawa kuliah khas yang disampaikan mufti itu bertajuk “Perpecahan Ummah dan Peranan Kita” pada perjumpaan dengan pelajar Melayu Malaysia di Islamic Dakwah Centre of South Australia pada 9 Jun lalu jelas mengadu-domba.
Katanya, bagi Pemuda PAS negeri, ia tidak sepatutnya berlaku yang mana seluruh rakyat menghormati tinggi peranan sebagai seorang mufti tetapi sebaliknya.
Beliau menyatakan demikian di dalam surat bertarikh hari ini kepada Harussani berhubung perkara itu.

Berikut ialah kandungan surat berkenaan.

Dengan segala hormatnya dimaklumkan bahawa, saya mewakili Dewan Pemuda PAS Negeri Perak (DPPN Pk) berasa amat kesal terhadap tindakan Y.Bhg. Tan Sri yang dilihat lebih cenderung berpolitik kepartian dan menggalakkan pergaduhan yang bersifat perkauman.

Untuk makluman Y.Bhg. Tan Sri, pihak kami mendapat aduan yang amat serius kuliah khas Y.Bhg. Tan Sri di sana (Australia) yang bertajuk “Perpecahan Ummah dan peranan kita” jelas mengadu-domba dan tidak sepatutnya berlaku yang mana seluruh rakyat menghormati tinggi peranan sebagai seorang Mufti tetapi sebaliknya.

Di dalam penjelasan isu krisis Negeri Perak juga di lihat Y.Bhg. Tan Sri telah berbohong dengan fakta-fakta yang mengelirukan. Usaha Y.Bhg. Tan Sri kononnya untuk menyatupadukan bangsa Melayu bukannya tiket untuk Y.Bhg. Tan Sri menghukum bangsa lain daripada umat Islam. Sepatutnya sebagai seorang Mufti, peranan besar Y.Bhg. Tan Sri adalah menjelaskan kedudukan sebenar Agama Islam kepada bukan Islam tetapi sebaliknya berlaku.

Kami ingin menasihatkan agar Y.Bhg. Tan Sri agar menghormati seluruh rakyat yang ada di dalam Negara kita sepertimana termaktud di dalam Perlembagaan Negara. Jika Perlembagaan Negara pun Y.Bhg. Tan Sri tidak dapat menerimanya, bagaimana pula dengan perintah yang telah Al-Quran nyatakan. Usaha Y.Bhg. Tan Sri bukan membaiki hubungan dengan semua pihak tetapi merobohkan hubungan yang telah lama terjalin selama ini.

Dengan laporan dan rakaman yang kami perolehi jelas, Y.Bhg.Tan Sri cuba bermain politik sempit ala perkauman dan terpesong jauh dari amanah oleh Tuanku Sultan Perak dalam menyampaikan ilmu dan penerangan akan kebaikan Islam itu sendiri. Sebagai yang diamanahkan juga, kami berharap Y.Bhg. Tan Sri memohon maaf kepada rakyat Perak atas keterlajuran Y.Bhg.Tan Sri dalam isu ini. Kami juga mengalu-alukan Y.Bhg. Tan Sri untuk bersama-sama duduk dalam pentas politik sekiranya Y.Bhg. Tan Sri benar-benar ingin bermain politik.

Adalah menjadi harapan kami agar Y.Bhg. Tan Sri sedar akan kesilapan yang telah Y.Bhg. Tan Sri nyatakan. Kami juga bersedia bertemu sekali lagi dengan Y.Bhg. Tan Sri bagi menjelaskan kedudukan sebenar akan apa perkara yang telah dibangkitkan oleh Y.Bhg. Tan Sri selama ini dan kami melihat banyak fakta yang dikemukan oleh Y.Bhg. Tan Sri tidak tepat.

- Harakahdaily

Kembara Jr.......... kalaulah betul-betul nak berpolitik baiklah letak jawatan Mufti Perak dan masuk Umno/BN. Berpolitiklah sekehendaknya. Kalau tak mahu, kekalkan jawatan mufti dan jalankan tugas sebagai mufti dengan telus. Jangan sesekali nak menyebelahi mana-mana parti. Mana pehak salah tegor. Tak kira pehak mana sekalipun. Mana tak betul perbetul. Itulah peranan yang patut dimainkan.........
Seterusnya >>>

Syabas Datuk Mufti Perak


Mufti Perak, Datuk Dr Harussani Zakaria menyifatkan keputusan kerajaan Persekutuan meluluskan lesen judi pertaruhan bola sepak sempena kejohanan bola sepak Piala Dunia akan datang, adalah menentang hukum Syarak

Beliau sedeh kerana kerajaan Umno/BN terang-terang mengalalkan yang haram. Beliau mengatakan pemimpin beragama Islam yang terlibat dalam meluluskan lesen judi itu, sebagai bersyubahat mengikut peruntukan hukum syarak.

Kenyataan Mufti Perak ini menunjukkan keputusan kerajaan Umno Barisan Nasional itu bukan sahaja tidak disenangi pimpinan Pakatan Rakyat, sebaliknya dari segenap peringkat.

Dr Harussani menegaskan umat Islam terlibat dalam aktiviti ini, hukumnya tetap haram walaupun kerajaan umno-bn bertindak menghalalkannya.

Mufti Perak itu menyifatkan tindakan pimpinan kerajaan Malaysia tidak wajar kerana kelulusan lesen judi ini hanya menggalakkan rakyat berjudi sedangkan Malaysia adalah sebuah negara yang diwar-warkan Umno sebagai negara Islam.

Kembara Jr ..... Hah!! tu baru betul Datuk Mufti, bercakaplah berdasarkan hukum, yang betul katakan betul yang salah katakan salah. Tak kiralah kumpulan mana pun. Baik kerajaan atau pembangkan. Jangan kerana pemerintah semua buat betul, biar pun tak betul begitu juga pehak pembangkan semua buat salah, biar pun tak salah.

Harap untuk akan datang beginilah seterunya ya Datuk Mufti !!!

.....Lawannn.....Tetapppppp.....Lawannnnnnnnn.....
Seterusnya >>>