Showing posts with label GMJ. Show all posts

Hadapi judi dengan kempen, bukan bertembung - GMJ

Gerakan Mansuhkan Judi (GMJ) akan mengambil pendekatan kempen bukannya bertembung dengan mana-mana pihak dalam memastikan aktiviti perjudian di negara ini dihapuskan. Antaranya, mereka akan berbincang dengan pihak media bagi membolehkan kempen memansuhkan aktiviti perjudian di negara ini berjalan lancar. Antara yang disasarkan oleh GMJ adalah semua media tidak lagi menyiarkan sebarang iklan untuk judi di samping tidak menyiarkan keputusan sebarang aktiviti perjudian.

"Kami akan berbincang dengan media dalam hal ini sebelum mengambil apa-apa tindakan. Jika tidak berubah mungkin akan sampai kepada peringkat boikot," kata Pengerusi GMJ, Azmi Hamid.

Beliau berkata demikian dalam sidang media sempena perhimpunan anti judi di perkarangan masjid negara petang tadi. Kira-kira 3,000 peserta dari 60 NGO dan parti politik menyertai perhinpunan ini.

Ia telah ditangguhkan ke jam 5 petang dari rancangan awalnya pada jam 1.30 tengahari bagi menghormati pengkebumian jenazah Allahyarhamah isteri bekas timbalan perdana menteri Tun Dr Ismail.

Antara yang hadir di majlis perhimpunan ini adalah Ketua Pemuda PAS, Nasruddin Hassan dan Ketua Angkatan Muda PKR, Shamsul Iskandar.

Sekarang ini, hampir saban hari akhbar harian menyiarkan aktiviti perjudian termasuk keputusan lumba kuda dan judi nombor ramalan iaitu ekor dan toto. Ia sudah sampai ke peringkat dibuat gurauan, laporan yang benar dan tepat untuk sesetengah media Umno adalah keputusan toto dan empat nombor ekornya.

Dalam pada itu, GMJ telah meminta Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak agar membuat keputusan dalam kabinet bukannya Majlis Tertinggi Umno tentang pembatalan pemberian memberikan lesen judi sukan kepada kumpulan Berjaya. Ini kerana, isu pemberian lesen bukan urusan Umno tetapi urusan kerajaan dan kabinet adalah tempat membuat keputusan yang tepat.

"Kami telah menghantar surat namun sehingga kini belum mendapat apa-apa jawapan dari PM," kata Azmi.

Ekoran pembatalan pengeluaran lesen judi itu, GMJ juga sedang mengkaji semula memorandumnya kepada Yang Dipertuan Agung.

"Kami yakin ia masih relevan tetapi perlu kepada pengubahsuaian," kata Azmi kepada wartawan.

GMJ juga meminta semua negeri mencontohi Kelantan dalam mengendalikan isu perjudian iaitu dengan tidak mengeluarkan sebarang lesen judi.

"Kita faham, ia tidaklah boleh dijalankan serta merta tetapi kami akan berbincang agar semua negeri boleh membuat tindakan ke arah itu," katanya.

- Harakahdaily
Seterusnya >>>

Gerakan Rakyat Membantah Judi (GMJ) Sasar 100 Ribu Orang

Gerakan Rakyat Membantah Judi (GMJ) yang baru ditubuhkan secara rasmi semalam akan memulakan kempennya bermula Sabtu ini, 5 Jun bertempat di pusat membeli belah Sogo mulai jam 2 petang.

 Dalam mesyuarat pertama semalam satu keputusan telah diterima dimana satu memorandum akan diserahkan kepada Ahli-ahli Parlimen Malaysia pada Isnin, 7 Jun sempena persidangan Dewan Rakyat. Memorendum yang sama juga akan diserahkan kepada Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Razak pada 23 Jun.
Disamping itu menurut setiausaha GMJ, Suhaizan Kayat, bagi tujuan penjelasan satu road show ke serata negeri akan bermula pada 15 Jun ini sehingga hari kemuncak bantahan pada 3 Julai ini.

Roadshow akan bermula di Wilayah persekutuan, kemudian Selangor (18 Jun), Terengganu (19 Jun), Kedah dan Pulau Pinang (22 Jun), Perak (23 Jun), Perlis (26 Jun), Johor (27 Jun), Melaka, Pahang dan Negeri Sembilan (29 Jun). Sepanjang kempen berjalan selain pengedaran risalah, memorandum kepada Menteri-menteri Besar negeri dan juga Mufti-mufti Negeri akan diserahkan. Penutup roadshow ini akan diadakan pada 2 Julai jam 9 malam di Kuala Lumpur

Dijangka 100 ribu orang akan menyertainya dihari kemuncak di ibu negara bermula jam 2 petang 3 Julai. Kemuncaknya ialah penyerahan memorandum kepada Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong.

GMJ dianggotai oleh badan-badan NGO dan parti-parti politik. Pengerusinya ialah Cikgu Mohd Azmi Abd Hamid, manakala timbalannya ialahlah Mohamad Raimi Ab. Rahim. AJKnya pula terdiri daripada wakil-wakil NGO dan parti politik. GMJ ditubuhkan bagi membantah tindakan kerajaan meluluskan lesen judi sempena bola sepak Piala Dunia yang akan berlangsung bulan ini.


Kembara Jr ..... satu usaha murni antara NGO dan parti -parti politik yang berbilang bangsa dan agama. Semua agama dan bangsa bencikan judi cuma Umno/BN saja yang sukakanya. Biarkan mereka dengan kesukaannya.

Semoga dengan adanya gabungan sebegini setidak-tidaknya juga akan memberi tekanan kepada Umno/BN. Jika tekanan demi tekanan dikenakan mana tau mungkin satu masa nanti akan terbuka pintu hati pemimpin mereka untuk menarik balik lesen judi yang dikeluarkan tempoh hari.

Harapan dan doa kita semua kepada Allah biar di bukakan hatinya supaya mendengar kehendak rakyat terbanyak agar lesen judi itu di mansuhkan.

Lawannn.....Tetappp.....Lawannn
Seterusnya >>>