Showing posts with label Drs Khalil Idham Lim. Show all posts

Kalau berani, ayuh Umno keluar BN

 
KUALA LUMPUR, 25 Mei: Ketua Sekretariat Pakatan Rakyat Perak, Drs Khalil Idham Lim berkata, Umno boleh keluar daripada BN jika merasakan sudah mendapat sokongan kuat dari orang Melayu.
“Kita sudah cadangkan berulang kali sekiranya Umno merasakan dia sudah mendapat sokongan kuat dari orang Melayu ayuh dengan segera keluar dari BN,” ujarnya.
Beliau menyatakan demikian sebagai kenyataan Naib Presiden Umno, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang mencabar DAP supaya keluar daripada Pakatan Rakyat untuk menghadapi pilihan raya umum ke-13 nanti.
"Kalau berani berbuat demikian, barulah parti DAP boleh dikatakan sebagai 'anak jantan'," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan komputer riba '1Malaysia' kepada 2,876 pelajar sekolah menengah dalam Parlimen Bagan Datoh, semalam, sebagaimana laporan Bernama.
Beliau menyatakan perkara itu sebagai mengulas kenyataan Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng yang mengumumkan DAP akan mencadangkan kepada pucuk pimpinan Pakatan Rakyat supaya kesemua negeri Pakatan tidak membubarkan Dun masing-masing jika pilihan raya umum diadakan tahun ini.
“Saya melihat Zahid sudah hilang pertimbangan akal yang waras dan sudah bercakap ‘merapu’ bila beralasan dengan bertanding atas ‘tiket sendiri’ tanpa ada apa-apa pakatan dengan PKR dan PAS, DAP dapat menguji sejauh mana kekuatan serta pengaruh DAP dalam meraih sokongan rakyat,” kata Khalil yang juga Adun Titi Serong.
Katanya, Zahid yang juga Menteri Pertahanan dilihat sudah mengulas sesuatu yang lari dari tajuk dan persoalan yang sebenar dan menyebabkan dia dilihat sebagai seorang pemimpin Umno yang tidak ada pandangan yang jauh dan tidak melihat kepada realiti yang sebenarnya.
“Orang bercakap mengenai bidang kuasa menteri besar dan ketua yang ada pada kerajaan negeri yang boleh menasihati Sultan atau Yang Dipertua Negeri untuk tidak membubarkan Dun walaupun parlimen telah dibubarkan, apa lagi tidak cukup tempoh 5 tahun,” ujarnya.
Beliau turut mempersoalkan kenapa jauh sangat Zahid mencabar DAP untuk keluar dari Pakatan dan apa pula istemewanya jadi ‘anak jantan’ kalau keluar dari Pakatan seperti yang dikatakannya.
Hakikat sebenarnya, kata beliau Umno sekian lama ‘pondan’ disebabkan tidak berani keluar dari BN.
Khalis menambah, sebenarnya sistem 2 parti iaitu Pakatan Rakyat dan BN adalah realiti yang mesti diterima oleh seluruh rakyat Malaysia.
Justeru, katanya jangan pula Zahid cuba menutup kelemahan Umno sendiri yang terus bergayut di dalam BN dan dalam waktu yang sama mencabar DAP keluar dari Pakatan.
Seterusnya >>>

WikiLeaks: Najib silap catur media Umno

PARIT BUNTAR, 15 Dis: Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim mendedahkan bahawa Datuk Seri Najib Razak cuba mempertahankan kerajaan BN yang dipimpinnya daripada tumbang kerana bimbang beliau akan didakwa di mahkamah.

Apatah lagi, negara digemparkan dengan dakwaan skandal pembabitan perdana menteri itu dengan kes pembunuhan perempuan Mongolia, Altantuya Shaaribuu seperti yang didedahkan dalam laman WikiLeaks.

“Usaha memadamkan kes Altantuya nampaknya gagal dengan kesilapan Najib Razak mencatur media pro kerajaan, nampaknya gelombang wanita Monggolia tiba lagi dan kini ada alasan baru kes Altantuya disebut balik sebab Najib seperti “mahukan” kisah itu, kita akan sambut dengan sebaiknya,” kata Ketua Ketua Penerangan Pas Perak, Drs. Khalil Idham Lim ketika ditemui di sini.

Presiden Umno itu juga katanya cuba memperbesarkan pendedahan mengenai dakwaan terhadap  Anwar Ibrahim mengenai tuduhan liwat, dalam masa yang sama beliau terlupa wikileaks juga mendedahkan isu masa depan Najib dengan skandal pembunuhan Altantuya tidak lama dahulu.

“Sebagai rakyat Malaysia saya tuntut Najib membersihkan dirinya sebagai PM dalam kes Altantuya,” katanya.

Dalam pada itu beliau yang juga Ketua Sekretariat Pakatan Rakyat Perak menegaskan bahawa rakyat Malaysia khususnya mestilah menolak siapa pun pemimpin yg terlibat dengan skandal seperti itu, kerana tragedi pembunuhan sebegitu hanya dilakukan oleh manusia yang bersifat durjana.

Sehingga kini katanya, Najib masih belum mengeluarkan apa-apa kenyataan yang boleh menghilangkan kesamaran rakyat terhadap beliau berhubung kes pembunuhan wanita monggolia itu.

Menurutnya lagi, Najib goyah dengan serangan balas terbaru Anwar Ibrahim dalam soal keterlibatan beliau dalam kes pembunuhan Altantuya.

Najib Juga disifatkan tersilap langkah dan seperti menjolok sarang tebuan, diri sendiri bakal menerima padah.

“Saya kira inilah fasa akhir untuk rakyat atau sesiapa pun dalam mempersoalkan keterlibatan Najib dalam kes pembunuhan Altantuya, tegasnya.
Seterusnya >>>

Umno BN Sebenarnya Gagal Asing Dana Halal, Haram

IPOH 3 OKT: Kerajaan Umno Barisan Nasional bukan sahaja gagal membezakan antara sumber halal dan haram , malah gagal mengasingkan sumber kewangan dari sumber dana halal dan haram sepanjang lebih 50 tahun memerintah negara ini.
Ahli Dewan Undangan Negeri ( Adun) Titi Serong, Khalil Idham Lim, berkata kerajaan Umno BN menerima apa sahaja sumber kewangan dari sektor perjudian mahupun arak melalui kutipan cukai ke dalam perbendaharaan negara.
"Sudah lebih 50 tahun BN memerintah Pulau Pinang dan Malaysia, ternyata mereka gagal membezakan dan mengasingkan wang judi dengan wang halal," kata Timbalan Yang Dipertua PAS Parit Buntar itu  dalam laman blognya.
Beliau merujuk kecaman pimpinan Umno yang mengkritik kerajaan Pulau Pinang kononnya memberi sumbangan wang hasil judi berjumlah RM100 kepada warga emas beragama Islam, sedangkan dakwaan itu tidak benar.
Sebaliknya, Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng yang baru dua tahun memerintah, sudah mengasingkan dana yang diterima daripada kelab lumba kuda untuk kebajikan masyarakat bukan Islam manakala sumber halal kepada  umat Islam.
Khalil secara sinis menyindir perbuatan pimpinan Umno yang sedaya upaya cuba merendah-rendahkan bantuan kebajikan kepada warga emas itu sehingga ditempelak bekas Mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainol Abidin yang menyatakan, penerima bantuan tidak bersalah dalam konteks itu.
Mohd Asri sebelum ini  menyeru Umno supaya tidak menakut-nakutkan warga Pulau Pinang dengan dakwaan kerajaan negeri menipu sumber kewangannya bagi membiayai program membantu golongan miskin termasuk umat Islam.
Hakikatnya, Khalil berkata, wang kutipan hasil judi bagi Malaysia dalam tempoh setahun berjumlah RM2.3 billion, sekaligus mengesahkan kenyataan Ketua Penerangan PAS Pusat, Idris Ahmad bahawa Umno sebenarnya “bapa judi” sebenar.
“Demikianlah siri sandiwara pemimpin Umno yang semakin “nazak” dari persada politik tanah air. Saya yakin Umno akan ditolak orang Melayu sendiri berkat kejujuran Kerajaan Pulau Pinang untuk menolong warga miskin yang sekian lama diabai,” katanya
Seterusnya >>>

Zam celaru: Selamat tinggal Umno BN

IPOH, 21 Sept: “Sekadar mahu bersatu dengan asas bangsa semata-mata yang rapuh dan longgar, malah ternyata telahpun gagal, maka saya ucapkan selamat tinggal kepada Umno dan BN,” kata Ketua Penerangan PAS Perak, Drs Khalil Idham Lim.

Beliau menegaskan bahawa sesungguhnya Pakatan Rakyat adalah pilihan rakyat Malaysia untuk melahirkan sebuah negara yang mempunyai masa depan yang lebih baik setelah dihancur dan dirosakkan oleh Umno BN sekian lama.

Justeru, beliau mengucapkan berbanyak terima kasih kepada bekas Menteri Penerangan, Tan Sri Zainuddin Maidin (Zam) yang dipetik sebagai berkata perpaduan Umno dan PAS tidak akan menjamin kekuatan bangsa, sebaliknya tiga parti utama pengasas BN iaitu Umno, MCA serta MIC perlu memulihkan jati diri dengan tegas dan berani menerusi pendekatan baru, untuk menjamin masa depan negara.

“Walaupun kenyataan Zam nampak keliru dan bercelaru, namun hakikat yang saya dapat ambil dari bekas menteri Umno itu ialah dia sudah mengakui mustahil akan wujudnya perpaduan selagi Umno tidak mahu kembali kepada Islam sebagai landasan perjuangan,” ujar Khalil di dalam blognya.

B eliau menambah, penegasan awal oleh kepimpinan PAS bahawa asas perpaduan sesama Melayu atau dengan banga lain adalah di atas dasar dan asas yang diajarkan oleh Islam sebagaimana yang berlaku di Madinah semasa tertubuhnya Kerajaan Islam contoh.

Demikianlah, jelasnya penyatuan semua bangsa di bawah Pakatan Rakyat yang terdapat sebuah parti Islam iaitu PAS adalah asas yang kukuh bahawa penyatuan semua bangsa bukan kerana idealogi masing-masing yang dipertahankan namun kerana kehebatan Islam itu sendiri yang lengkap dan melengkapi idealogi manusia yang banyak kepincangan.

Ini, kata beliau tentunya kerana idealogi Islam bersumberkan dari Al-Quran dan As-Sunnah.

“Malah saya membantah kenyataan Zainuddin yang tidak bertanggungjawab sebagai seorang Islam dengan berkata perjuangan berasaskan ideologi, terutamanya agama, tidak mengenal tolak-ansur, bersifat keras serta wajah manis mereka adalah bersifat sementara dalam menunggu kesempatan.

“Kenyataan Zam semacam menolak kesyumulan Islam yang tidak sepatutnya keluar dari mulut seorang yang mengaku Islam,” ujarnya yang juga Adun Titi Serong.

Katanya, kecelaruan pemikiran Zam yang mengajak bersatu atas asas bangsa semata-mata tanpa matlamat yang jelas melihatkan kecetekannya dalam menelusuri kekuatan bangsa mana sekalipun yang memerlukan kekuatan penghayatan rohani, akhlak atau moral.

Ini, jelasnya sehingga sesuatu yang dipanggil maksiat dalam Islam atau pelanggaran akhlak dan moral dalam agama lain merupakan asas yang kuat untuk melahirkan sebuah negara yang aman dan makmur, kuat dan berdaulat.
Seterusnya >>>

Najib terdesak pujuk komuniti Cina

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak semakin terdesak apabila membuat kejutan dengan merayu komuniti Cina di negara ini agar mempercayai beliau sebagai pemimpin yang menjaga kepentingan mereka.
“Saya anggap tindakan terdesak oleh seorang pemimpin yang sudah hilang punca dan arah untuk menarik sokongan bangsa Cina bagi mengekalkan kuasa BN,” kata Ketua Penerangan PAS Perak, Drs Khalil Idham Lim.
Ketika berucap pada Kongres Ekonomi Cina di Kuala Lumpur kelmarin, Najib berkata seperti ayahnya, beliau adalah juga pemimpin kepada semua rakyat Malaysia dan akan melakarkan apa yang terbaik kepada semua.
Menurut Khalil, pujukan yang dibuat oleh Najib menghiasi politik tanah air yang menyaksikan kaum Cina terus menolak perjuangan sempit MCA, satu parti yang satu masa dulu dikatakan mewakili kaum itu.
Katanya, penolakan kaum Cina kepada gerakan di Pulau Pinang sehingga memberi laluan kepada Pakatan Rakyat menerajui kerajaan negeri Pulau Mutiara itu membuktikan orang Cina sudah sangat bosan dan tidak percaya dengan perjuangan yang dilakukan oleh parti-parti Cina dalam komponen BN.
Malah, ujarnya tsunami politik dalam PRU ke 12 juga merupakan berubahnya sokongan majoriti kaum Cina kepada calon-calon Pakatan Rakyat sehingga keputusan tersebut menghasilkan 4 negeri yang selama ini dikuasai oleh BN berubah kepada Pakatan Rakyat iaitu Kedah, Pulau Pinang, Perak dan Selangor di samping terus kekal di Kelantan.
Pakatan Rakyat juga menafikan majoriti 2/3 BN di parlimen, katanya.
“Sesudah itu beberapa siri piliharaya kecil (PRK) menyaksikan sokongan orang Cina kepada Pakatan Rakyat terus kekal malah bertambah.
“Terakhir BN dimalukan di PRK Sibu walaupun Najib menyogok kepada sekolah Cina sebanyak RM18 juta dan menjanjikan RM5 juta lagi pada malam terakhir kempen. Calon BN tetap dimalukan untuk sekian kalinya,” ujarnya.
Baginya yang juga Adun Titi Serong, ucapan manis oleh Najib tidak akan melupakan tragedi pada satu masa yang tercatat dalam sejarah politik tanah air apabila Najib pernah mengucapkan sesuatu yang sangat mengguris hati orang Cina.
“Apakah PRU ke 13 semakin hampir bila Najib sudah sampai ke tahap sekarang dengan cuba pujuk memujuk kaum Cina supaya yakin kepadanya?”
“Seingat saya inilah sejarah dan satu-satunya pemimpin Umno yang ditolak oleh rakyat sehingga kena bertindak memujuk rakyat supaya menyokongnya,” katanya lagi.
Selepas menyentuh mengenai Model Baru Ekonomi, Rancangan Malaysia Kesepuluh dan Program Transformasi Kerajaan dalam ucaptama pada Kongres Ekonomi Cina itu, Najib berkata beliau memerlukan 'kritikan membina' daripada semua pihak, termasuk Umno, MCA dan parti komponen BN yang lain.
“Seperti leluhur saya, saya akui saya adalah pemimpin untuk semua rakyat Malaysia. Keprihatinan anda adalah keprihatinan saya - bukan sebaliknya.
“Saya telah diamanahkan dengan tanggungjawab untuk melakarkan apa yang terbaik untuk masa depan bersama kita. Tetapi saya hanya boleh berjaya dengan sokongan aktif dan penyertaan anda,” katanya.
Katanya, masyarakat Cina perlu berperanan penting dalam membantu menjadikan Malaysia sebuah negara berpendapatan tinggi.
Seterusnya >>>

Bergelar Peguam Tapi 'Speaker Haram' Ganesan Tidak Tahu Undang-undang

SHAH ALAM 4 Ogos - Tindakan 'Speaker Haram' Dewan Undangan Negeri Perak yang menggantung Menteri Besar Pakatan Rakyat, Datuk Seri Nizar Jamaluddin secara sembrono jelas membuktikan beliau cuma boneka lantikan Umno-Barisan Nasional yang bertindak umpama lembu dicucuk hidung
Menurut Ahli Dewan Undangan Negeri Titi Serong, Drs Idham Lim, tindakan Ganesan itu membuatnya tidak layak langsung menduduki kerusi mulia Speaker DUN  seolah-olah beliau tidak belajar undang-undang walaupun seorang peguam.
"Tindakan Ganesan yang menurut apa sahaja kemahuan ADUN Umno-BN menunjukkan beliau sebenarnya dilantik sebagai pengerusi dan bukan Speaker Dewan.
"Beliau sepatutnya menghadapkan Nizar ke Jawatankuasa Hak dan Kebebasan dan bukannya secara melulu mengenakan tindakan terhadap Nizar yang sekarang ini menjadi Ketua Pembangkang di Dewan yang mulia ini," tegas Idham ketika dihubungi Suara Keadilan.
Katanya, jika seseorang ADUN bangun dan mengemukakan usul terhadap Nizar yang juga ADUN Pasir Panjang, Speaker sepatutnya membawa hal itu ke jawatankuasa tersebut untuk dibincangkan.
"Saya menganggap beliau sebenarnya gagal melaksanakan tugasnya sebagai Speaker, beliau telah bertindak di luar bidang kuasanya tanpa merujuk kepada sesiapa. Beliau nampaknya tidak faham apa yang dikatakan Peraturan Tetap Mesyuarat menyebabkan beliau dengan sesuka hati melanggar peraturan tersebut," jelas beliau.
Tambah beliau, ini tindakan Ganesan itu mencerminkan perbezaan ketara dalam amalan demokrasi semasa Pakatan Rakyat memerintah apabila Speaker, V Sivakumar pernah menggantung ADUN dan Exco 'haram' Umno-BN hanya selepas merujuk kepada Jawatankuasa Hak dan Kebebasan sebelum membuat sebarang keputusan.
Apa yang lebih mendukacitakan kata Idham, Nizar sebagai Ketua Pembangkang hanya diperuntukan 15 minit untuk membahaskan Rang Undang-undang mengenai perbekalan tambahan RM80 juta dan yang menyedihkan setelah tamat tempoh tersebut, Ganesan bertindak mematikan pembesar suara Nizar menyebabkan beliau terpaksa berucap dalam nada yang kuat.
Sementara itu, persidangan yang berlangsung semalam hanya berjaya mengemuka 7 daripada 127 soalan yang telah dihantar kepada Ganesan.
Nizar pula digantung daripada persidangan Dewan  selepas didakwa mengengkari arahan Ganesan supaya duduk.
Selepas pertikaman lidah kira-kira 30 minit, Nizar dan ADUN Pakatan Rakyat yang lain mengambil keputusan meninggalkan Dewan.
Seterusnya >>>

PR Perak sedia berdebat dengan Zambry


IPOH, 4 Ogos: Pakatan Rakyat (PR) Negeri Perak bersedia mengadakan debat secara terbuka dengan Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir sebagaimana yang diucapkan pada persidangan Dun, semalam.

“Saya kira ucapan tersebut didengari oleh semua yang berada di dalam dewan dan tercatat dalam hansard sidang yang dipengerusikan oleh seorang yang mengaku sebagai speaker iaitu Ganesan.
“Sebagai Ketua Sekretariat Pakatan Rakyat Perak dan Ketua Penerangan PAS Perak, saya dengan ini menegaskan kesedian untuk menyahut cabaran Zambry untuk berdebat dengan mana-mana pimpinan Pakatan Rakyat,” ujar Drs Khalil Idham Lim (gambar) dalam satu kenyataan.

Beliau yang juga Adun Titi Serong boleh mengatur satu debat yang dimaksudkan sebagai medan untuk memberi peluang kepada Zambry menjawab kononnya fitnah dan pembohongan yang dilakukan oleh pimpinan Pakatan Rakyat di dalam ceramah mereka.
“Yakinnya Zambry dengan tohmahan itu dengan katanya kami kena bertanggung jawab di hadapan Tuhan. Sekiranya itulah dakwaan Zambry, saya mengulangi cabaran Datuk Seri Nizar di dalam dewan semalam, sekiranya dia (Zambry) ‘anak jantan’ sila sahut cabaran ini dan nyatakan di manakah pembohongan Pakatan Rakyat dalam debat itu,” ujarnya.

Katanya, pihak Zambry juga boleh mengatur di mana dan tempat pilihannya sendiri dan pemimpin Pakatan akan datang untuk berdebat.
Baginya, Stadium Perak cukup luas untuk menampung kehadiran semua rakyat Perak dalam debat tersebut, dan bolehlah disiarkan secara langsung dalam media massa BN.

Namun begitu, beliau ingin tegaskan sikap bacul dan penakut BN sebenarnya terserlah dan perlu diketahui oleh rakyat Perak, bermula dengan merampas kuasa dan menafikan demokrasi sehinggalah pada sidang semalam di mana walaupun Zambry berkata suka berdebat namun dia telah menghadkan dewan bersidang sehari sahaja.
Tambahnya, tindakan menghadkan ketua pembangkang untuk bercakap dalam tempoh yang panjang sebagai mana amalan biasa dalam sidang Dun sebelum ini, atau di mana-mana sidang Parlimen dan Dun negeri di Malaysia, adalah menifestasi dari ketakutan BN untuk mendengar segala hujah dan fakta daripada Adun Pakatan Rakyat.

Sebaliknya, kata ia menggambarkan juga Adun BN tidak mempunyai modal untuk berbahas melainkan memuji dan memuja langkah menambah bajet sebanyak RM80 juta.
“Semuanya Adun BN yang berbahas kelmarin nampaknya dalam nada yang sama dan tidak punya modal,” ujarnya lagi.

Bliau menambah, dakwaan Zambry dan Adun BN bahawa Nizar berceramah dalam dewan adalah disangkal.
Andaian tersebut, baginya hanya keluar dari mulut orang yang terdesak dan takut untuk mendengarnya.

Sehubungan itu, beliau menunggu jawapan Zambry dan bersedia untuk berbincang lebih lanjut mengenainya dengan sesiapa sahaja yang mewakilinya bagi menjayakan debat yang dinamakan ‘Debat Rakyat, Siapa Pembohong?’.
Seterusnya >>>

Lucu…..bila mufti pertahankan diri – Khalil

idhamPETALING JAYA: Ketua Penerangan PAS Perak Drs Khalil Idham Lim Abdullah membidas Mufti Perak Datuk Harussani Zakaria yang mempertahankan kenyataannya bahawa ada pemimpin PAS dan Umno menemuinya untuk tujuan perpaduan kedua-dua parti itu.
"Harussani masih ingin mempertahankan dakwaannya itu walaupun dua Naib Presiden PAS menyatakan beliau berbohong dan membuat fitnah mengenai peristiwa pemimpin PAS dan Umno menemuinya," kata beliau dalam satu kenyataan yang dikeluarkan hari ini.

Harussani dilaporkan berkata, "saya seorang mufti takkanlah saya nak membohong, cuma saya tak nak sebut nama orang yang bertemu dengan saya itu….jadi saya tidak membohong. Dia nak tuduh saya membohong itu dia punya pasal.
Beliau (Harussani) didakwa berkata demikian dalam satu kenyataannya yang disiarkan oleh portal berita Malaysiakini kelmarin.
Drs Khalil yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Titi Serong berkata, "saya merasakan sesuatu yang lucu berlaku kepada seorang Mufti yang nampaknya bermati-matian mempertahankan dirinya supaya jangan dikatakan berbohong.
"Sedangkan institusi yang dipegangnya sebenarnya sudah tidak dipertikaikan lagi sekiranya dia bukannya berbohong. Kenyataan saya sebelum ini juga dengan jelas membuktikan dia berbohong," kata Khalil.
Selain itu Harussani mengatakan "yang penting dia seorang Islam atau tidak…berjuang atas nama Islam atau tidak, kenapa nak bersekongkol dengan yang lainnya," katanya selepas pertemuan di antara Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dengan Jawatankuasa Majlis Fatwa Kebangsaan, Hal Ehwal Agama Islam di Putrajaya kelmarin.
Kata Khalil, "kerana itu saya ingin bertanya Harussani, MCA, MIC, Gerakan dan lain-lain parti bukan Islam yang ada dalam komponen Barisan Nasional, adakah semua parti Islam?
"Tidakkah tindakan Samy Vellu yang pernah berkata "Apa, Quran boleh bikin lebuhraya ka?", jelas menghina al Quran dan Islam dan mengguris hati umat Islam?", soal beliau.
Umnolah pengkhianat sebenar kepada bangsanya
Katanya lagi, "mungkinkah Harussani termasuk dalam kumpulan yang merasakan Lim Guan Eng adalah Ketua Menteri Pulau Pinang yang berbangsa Cina dan sebelum itu semuanya Ketua Menteri negeri itu adalah berketurunan Melayu belaka.
"Tidak cukup dengan itu berapa banyakkah siri penghinaan pemimpin Umno terhadap Islam yang seolah-olah dilupakan oleh Harussani," jelas beliau.
Ujar beliau, tindakan Umno yang menghapuskan tulisan jawi juga dilupakan oleh Harussani. Malah kalau bercakap tentang perjuangan bangsa, Umnolah pengkhianat sebenar kepada bangsanya.
"Jelas tindakan Harussani mempertahankan perjuangan Umno yang khianat kepada agama dan bangsa itu adalah juga merupakan satu lagi pembohongan kepada umat Islam .
"Dia sepatutnya menzahirkan perkara yang sebenarnya dan menegak kebenaran demi Islam bukannya mempertahankan agenda assobiyah Melayu yang sempit dan ditolak oleh Islam itu.

- FMT
Seterusnya >>>

Harussani wajar tolak agenda asobiah Melayu

IPOH, 21 Julai: Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria sepatutnya menzahirkan perkara yang sebenarnya demi Islam, bukannya agenda asobiah Melayu yang sempit dan ditolak oleh Islam.
Ketua Penerangan PAS Perak, Drs Khalil Idham Lim berkata, mufti itu juga tidak sewajarnya lupa dengan berapa siri penghinaan pemimpin Umno kepada Islam.
Katanya, tindakan Umno yang menghapuskan tulisan jawi juga tidak sewajarnya dilupakan oleh Harussani.
“Malah kalau bercakap tentang pejuangan bangsa, Umnolah penghianat sebenar kepada bangsanya,” ujarnya yang juga Adun Titi Serong.

Justeru, tindakan Harussani mempertahankan perjuangan Umno yang khianat kepada agama dan bangsa itu juga adalah sesuatu yang tidak sewajarnya kepada umat Islam.
Beliau menyatakan demikian sebagai mengulas kenyataan Harussani berhubung isu orang tengah untuk menyatukan PAS dan Umno yang disifatkan satu pembohongan.

Harussani mengatakan, "Yang penting dia seorang Islam atau tidak...berjuang atas nama Islam atau tidak, kenapa nak bersekongkol dengan yang lainnya" selepas pertemuan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dengan Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Hal Ehwal Agama Islam di Putrajaya kelmarin.

“Kerana itu saya ingin bertanya kepada Harussani, MCA, MIC, Gerakan dan lain-lain parti bukan Islam yang ada dalam komponen BN, adakah semua parti Islam.
“Tidakkah tindakan Samy Vellu yang pernah berkata: apa, Quran boleh bikin lebuh raya ka? jelas menghina al Quran dan Islam dan mengguris hati umat Islam,” ujar Khalil.

Beliau juga mempersoalkan adakah mufti itu termasuk dalam kumpulan yang merasakan Lim Guan Eng adalah Ketua Menteri Pulau Pinang yang berbangsa Cina dan sebelum itu semuanya Ketua Menteri Pulau Pinang adalah berketurunan Melayu.

- Harakahdaily
Seterusnya >>>

Harussani semakin celaru

IPOH, 18 Julai: Sekarang sudah terang lagi bersuluh, penghujung hayat seorang mufti yang dahulunya terkenal dengan pelbagai isu seperti murtad, sudah sangat bercelaru dan kabur.
Setiausaha Sekretariat Pakatan Rakyat Negeri Perak, Drs Khalil Idham Lim (gambar) menyifatkan Tan Sri Harussani Zakaria sudah menjadi pejuang assobiah dan mempertahankan perjuangan Umno yang ‘sesat’.
“Saya sangat terkejut dengan kenyataan Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria mahu terus menyatupadukan orang Islam dan Melayu di negara ini walaupun terdapat pihak yang tidak menyenangi usaha murni beliau ini.
“Nampaknya dia semakin bercelaru dan semakin menampakkan usia senjanya yang kurang jelas ke mana halatujunya sebenar,” ujar Khalil di dalam blognya.
Harussani sebagai dipetik dalam Malaysiakini: "Harapan itu ada kerana kedua-duanya (Umno dan PAS) memang hendak bersatu. Itulah cita-cita saya," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Perhimpunan Melayu Perak anjuran Gagasan Melayu Perak di Ipoh, kelmarin.
Menurut Khalil yang juga Ketua Penerangan PAS negeri, satu perkara yang mengejutkan apabila Harussani berkata terdapat pemimpin kedua-dua parti Melayu berkenaan yang datang berjumpa beliau baru-baru ini bagi membincang dan meminta pandangannya berhubung cara untuk menyatupadukan kedua-dua parti tersebut.
“Siapa pula yang dimaksudkan oleh Harussani terutamanya dari PAS. Saya kira satu kenyataan yang bahaya dan perlu dibuktikan oleh beliau, bukannya main lepas cakap. Ataupun perbualan biasa dengan orang yang didakwa PAS oleh beliau dan dia mahu memutar belit fakta untuk sekian kalinya,” katanya lagi.
Katanya, Harussani mendakwa beliau telah menjelaskan kepada mereka bahawa beliau bukan orang politik dan tidak mempunyai hak untuk menentukan perkara tersebut bagi kedua-dua belah pihak.
Persoalannya, kata Khalil kita hendaklah kembali kepada perkara asal yang menjadi polemik antara beliau dengan bekas Pesuruhjaya PAS Perak, Ustaz Ahmad Awang yang jelas menunjukkan Harussani berbohong dan memutar belit fakta yang sebenar.
Beliau yang juga Adun Titi Serong menambah, kalau mufti itu berani dan sudah kecewa, bolehlah dia berkata dan menyokong kenyataan Naib Presiden Umno, Datuk Seri Mohd Shafie Afdal yang mengatakan PAS adalah parti ajaran sesat.
“Sesudah itu buatkan kempen besar-besaran untuk menarik orang Melayu termasuk orang PAS untuk meninggalkan parti sesat seperti kata Shafie,” ujarnya sinis.
Seterusnya >>>