Showing posts with label Dr Maszlee Malik. Show all posts

Universiti ‘mandul’ lahirkan bebalisme & pandir negara – Dr Maszlee Malik


KUALA LUMPUR 23 Jan: Sistem pendidikan negara sekarang melahirkan golongan bebalisme yang akhirnya hanya tahu mengampu kerajaan tetapi gagal menyelesaikan masalah dihadapi rakyat, kata Pensyarah Kanan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Dr Maszlee Malik.
Katanya, golongan berwatak pandir itu terbentuk melalui dua budaya yang subur dalam universiti iaitu naungan (patronage) dan takut (fear).
“Ahli akademi berkepentingan hanya melihat kepada ahli politik untuk mendapatkan pangkat Datuk Seri, profesor dan takut mendapat surat amaran.
“Kedua, budaya takut menyebabkan ahli akademi dan mahasiswa hilang sifat berani, hilang jati diri dan kebolehan berfikir kerana takut dengan pelbagai ancaman dan ugutan.
“Akhirnya, kedua-dua budaya negatif itu membentuk ‘pembonsaian’ (pembantutan) pemikiran warga universiti dan hanya tahu ‘listen’.
“Pembonsaian ini sebenarnya satu bentuk ‘pemerkosaan’ hak berfikir mahasiswa dan ahli akademi. Mereka akhirnya membebankan negara,” jelasnya pada Forum Kebebasan Akademik dan Hak Asasi di Dewan Himpunan Cina Kuala Lumpur Selangor (KLSCAH), malam tadi.


Panel lain adalah bekas Pensyarah Undang-undang (UIAM), Prof Dr Aziz Bari dan mahasiswa pencetus fenomena ‘listen’ dari Universiti Utara Malaysia (UUM), KS Bawani.
Forum itu dipenuhi kira-kira 300 hadirin walaupun tanpa kehadiran Presiden Suara Wanita 1 Malaysia (SW1M), Sharifah Zohra Jabeen, yang menolak jemputan itu sejak awal.
Dr Maszlee berkata, universiti ‘mandul’ melahirkan manusia beraspirasi seperti Syed Hussin al Attas yang mampu memimpin, membimbing dan perjuangkan nasib rakyat.
“Awal 80-an, Syed Muhammad Naquib al-Attas menegur universiti hanya menjadi kilang yang menghasilkan graduan mengikut kehendak pasaran tanpa mengendah kualiti dan kesan terhadap ilmu dan pembangunan masyarakat.
“Hasilnya, masyarakat terus miskin, papa kedana. Yang kaya pula bertambah kaya kerana mendapat projek melalui ketirisan, korupsi dan sebagainya.
“Graduan pula membisu dan terpendam dalam sektor pekerjaan sahaja,” ujarnya.
Maszlee menjelaskan, keadaan universiti yang hilang rohnya sebagai medan ilmu dan graduan dan intelektual tidak lagi berperanan dalam proses pembangunan negara seperti yang ditegaskan oleh pemikir Iran, Ali Syariati bahawa universiti sepatutnya melahirkan rausyanfikir iaitu golongan intelektual yang membawa pencerahan kepada masyarakat.


“Pemikir kelahiran Palestin, Edward Said berkata, universiti sepatutnya membentuk intelektual yang gigih mendidik masyarakat dan negara lantas memperjuangkan nasib rakyat dan berani berdiri di hadapan diktator dan penguasa zalim.
“Guru dan sahabat saya, Prof Tariq Ramadhan menegaskan sistem pendidikan terbaik bukan hanya menghasilkan graduan, tetapi menghasilkan individu berani yang perjuangkan hak mereka dalam sistem yang zalim,” katanya.
Seterusnya >>>

Tidak Mustahil Lebih Ramai Agamawan Sertai DAP

dr mazleen Golongan Agamawan Sertai DAP 01

SHAH ALAM : Tidak mustahil lebih ramai golongan agamawan Islam seperti ustaz menyertai DAP suatu hari nanti kerana parti itu merupakan parti yang berbilang kaum seperti PKR dan Parti Sosialis Malaysia (PSM).
Penyertaan golongan agamawan di dalam DAP juga tidak lagi boleh dianggap sebagai sesuatu yang menghairankan kerana DAP hari ini dilihat sebagai sebuah parti sosial demokrat yang memperjuangkan tadbir urus yang baik seperti mana PKR dan PSM.
Demikian menurut Pensyarah Kulliyah Ilmu Wahyu dan Sains Kemanusiaan, Dr Maszlee Malik kepada TV Selangor.
“Sebagai parti yang majmuk mereka perlu ada kepelbagaian wajah, maksud saya bukan sahaja golongan agamawan Islam sahaja, sekarang ini pun dah ada aktivis Kristian dan Buddha, mengapa tidak ada ustaz-ustaz atau aktivis Islam di dalamnya.
“DAP sendiri, setahu saya sudah ada kumpulan ustaz yang dah masuk DAP seperti Abdul Hakim, Mustakim dengan Fakri,” kata Dr Maszlee.
“Dalam PKR dan PSM yang sama seperti DAP nak tegakkan keadilan, ‘good governance’ dah ada golongan seperti Dr Manuaty, Dr Badrol Amin dan lain-lain,” ujar Dr Maszlee.
Sebelum 1998, masyarakat Melayu dilihat seolah-olah ‘takut’ mendekati parti DAP apabila selama lebih 50 tahun media arus perdana berjaya mainkan peranan mereka dengan memberikan gambaran bahawa DAP sebagai sebuah parti perkauman orang-orang Cina.
Bagaimanapun tembok pemikiran lama masyarakat Melayu terhadap DAP mulai runtuh sedikit demi sedikit apabila tercetusnya kebangkitan gerakan Reformasi pada 1998.
Kepercayaan masyarakat Melayu terhadap DAP dilihat semakin bertambah apabila parti itu menjalin kerjasama selepas pembangkang berjaya menafikan majoriti dua pertiga BN di parlimen.
Malahan PAS yang turut menjadi mangsa media arus perdana dengan label ekstrimis Islam turut bersedia menjalinkan kerjasama dengan DAP dan PKR, seuatu yang dianggap mustahil sebelum tahun 1998.
Seterusnya >>>

Dr Maszlee Gesa Mufti Jelaskan Pendirian Terhadap Kenyataan Soi Lek


SHAH ALAM, 24 OKT: Mufti dan para ulama negara ini digesa agar menyatakan pendirian mereka terhadap kenyataan-kenyataan menghina Islam yang dikeluarkan oleh Presiden MCA, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek.
Gesaan tersebut dibuat oleh Pensyarah Kulliyah Ilmu Wahyu dan Sains Kemanusiaan, Dr Maszlee Malik dalam satu sidang media selepas beliau mengendalikan program Wacana Sinar yang diadakan di sini semalam.
Beliau memberitahu, sikap membisu Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, menjadikan Soi Lek dan pemimpin MCA lain semakin lantang dan berani menyentuh isu-isu sensitif agama Islam.
“Sama ada mereka redha atau apakah pendirian dan langkah yang perlu diambil? Malah Perdana Menteri pun tidak menafikan bila Soi Lek buat kenyataan seperti itu, seolah-olah membenarkannya walaupun ketika Perdana Menteri berucap dalam perhimpunan MCA baru-baru ini,” kata beliau.
Sebelum ini Soi Lek beberapa kali mengeluarkan kenyataan kontroversi mempersendakan hukum Islam untuk meraih sokongan pengundi bukan Islam di dalam pilihan raya nanti.
Kenyataan Soi Lek yang terbaru adalah bahawa perlaksanaan hudud akan mengakibatkan seramai 1.2 juta pekerja di resort perjudian Genting Highland, pusat pertaruhan dan juga rumah urut hilang perkerjaan.
Seterusnya >>>

Belanjawan Alternatif PR Cerminkan Kesedian Untuk Memerintah


SHAH ALAM, 14 OKT: Pembentangan belanjawan alternatif oleh Pakatan Rakyat secara konsisten semenjak 2008 menunjukkan kesediaan mereka untuk memerintah sekiranya memenangi pilihan raya akan datang.
Ini ditambah pula dalam situasi PR yang tidak menerima sebarang peruntukan dari kerajaan pusat untuk berbuat demikian dan sumber data yang terhad bagi merangka belanjawan mereka.
Belanjawan PR juga satu cabaran terhadap Kerajaan Pusat agar tidak sekadar membentangkan belanjawan yang bermanfaat kepada rakyat, malah yang sihat untuk pertumbuhan ekonomi.
Demikian menurut Pensyarah Kuliyyah Ilmu Wahyu dan Sains Kemanusiaan di Universiti Islam Antarabangsa, Dr Maszlee Malik selepas program Wacana Sinar ini.
Beliau turut memberitahu, peruntukan wajar diberikan kepada PR bagi membolehkan mereka mewujudkan kabinet bayangan supaya pentadbiran kerajaan pusat dijalankan dengan telus serta terdapat kuasa kedua untuk periksa dan imbang.
“Amalan yang telah dilaksanakan oleh negara-negara maju di United Kingdom itu didapati mampu memberi kesan positif bagi melahirkan tadbir urus kerajaan yang baik,” kata Dr Maszlee.
Peruntukan tersebut membolehkan kabinet bayangan mempunyai dana untuk membuat kajian dan urusan-urusan berkaitan demi melakukan pemantauan terhadap kabinet kerajaan.
Manakala Ketua Eksekutif Institut Perhubungan Demokrasi dan Ekonomi (IDEAS), Wan Saiful Wan Jan pula berkata, kabinet bayangan juga boleh diwujudkan di negeri-negeri yang diterajui PR.
Seterusnya >>>