Showing posts with label Datuk Dr Tan Kee Kwong. Show all posts

Kenapa FELDA Mohon Pinjaman ?


SHAH ALAM 25 MEI : Perdana Menteri, Najib Razak dan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Ahmad Maslan didesak memberi penjelasan terhadap laporan bahawa, Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA) memohon pinjaman RM6 billion dari Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).

Bekas Timbalan Menteri Dr Tan Kee Kwong berkata pinjaman itu, jika disahkan, menimbulkan lebih banyak persolanan mengenai kedudukan kewangan FELDA yang sebelum ini mengalami penurunan simpanan rizab dari RM4.08 bilion pada 2004 kepada hanya RM1.35 bilion pada tahun  2009.

Pengerusi Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (ANAK), Mazlan aliman semalam mendedahkan Felda terpaksa mengambil pinjaman RM6 billion daripada KWSP.

Mazlan mengemukakan beberapa dokumen minit mesyuarat Jawatankuasa Kemajuan Rancangan Felda Nitar 2, Mersing Johor, untk mensabitkan dakwaannya itu. 

Dr Tan berkata Felda sepautunya mencatat keuntungan kira- kira RM20 bilion ringgit dalam tempoh 10 tahun lalu, namun hasil itu diselubungi dengan pelbagai tanda tanya. 
"Felda sepatutnya untung tiap- tiap tahun sekurang- kurangnya RM 2 billion jadi jika dikira selepas 10 tahun sepatunya Felda untung RM 20 billion, habis wang itu sudah pergi mana? Sebab itu kita, Mazlan Aliman dan pemimpin Pakatan Rakyat meminta Felda untuk beri penjelasan," katanya.

Justeru Tan berkata PKR dan Pakatan Rakyat sebelum ini, mencadangkan sebuah Suruhanjaya siasatan di raja ditubuhkan bagi menyiasat status kewangan Felda, namun cadangan itu ditolak oleh pemerintah. 

"Sepatutnya untuk seluruh warga Felda termasuk keluarga dan warga peneroka lebih kurang 110 ribu buah keluarga, sepatutnya satu siasatan khas ditubuhkan, bila kita cakap ada masalah tapi mereka nafikan," katanya.

Dr Tan berkata masalah Felda hanya bermula setelah agensi itu diletakkan di bawah penjagaan Datuk Seri Najib Razak. 

"Sebelum ini Felda di bawah Tan Sri Raja Alias sehingga 2004/2005 memang tiada masalah, semua masalah kewangan Felda bermula apabila Najib ambil alih," katanya.


Seterusnya >>>

Dr Tan Cabar Kewangan 43 Anak Syarikat Felda Diaudit Badan Bebas

tkk6KUALA LUMPUR - Bekas Timbalan Menteri Kemajuan Tanah dan Koperasi Datuk Dr Tan Kee Kwong mencabar Lembaga Pembangunan Tanah Persekutuan (Felda) menjalankan siasatan audit oleh badan bebas ke atas ke semua 43 anak syarikat agensi itu dan mendedahkannya untuk tatapan rakyat.

Kata Dr Tan langkah ini perlu bagi membersihkan imej 'bankrap' yang didakwa dihadapi Felda setelah rezab tunainya menjunam kepada RM1.2 bilion walaupun harga pasaran antarabangsa minyak sawit mentah berada pada paras tinggi sejak tiga tahun berturut-turut.

Beliau berkata demikian sebagai respons kepada kenyataan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak Ahad lalu di Putrajaya yang mengatakan pihak yang mendakwa Felda bankrap adalah pengkhianat.

"Malangnya apa andalah (Najib) yang menjadi petualang sebenar yang telah merompak wang simpanan kepunyaan golongan peneroka. Saya yakin pada pilihan raya umum ke-13 nanti rakyat akan menentukan nasib 60 kerusi parlimen yang berada di dalam tanah-tanah rancangan Felda di seluruh negara.

"Daripada maklum balas lawatan saya ke beberapa kawasan Felda, para peneroka kini amat marah dengan dengan kerajaan kerana mereka telah dieksploitasi dan dipergunakan oleh Felda. Mengapa kini secara tiba-tiba mahu beri wang tunai kepada peneroka setelah isu bankrap di bongkar?" kata Dr Tan dalam kenyataannya.

Seterusnya Dr Tan menyenaraikan beberapa isu bersangkutan Felda yang perlu dijawab oleh agensi itu:

1. Pada tahun 2001, rizab tunai Felda adalah RM4.5 bilion TANPA sebarang bebanan hutang. Baru-baru ini seorang Timbalan Menteri mengatakan rizab tunainya telah menjunam kepada RM1.2 bilion. Berdasarkan harga tinggi minyak kelapa sawit mentah sejak tiga tahun lalu Felda sepatutnya mempunyai rizab tunai sekurabg-kurangnya sebanyak RM8 bilion.

2. Ibu pejabat baru Felda di KLCC dikatakan berharga RM662 juta. Jelaskan bagaimana bangunan bertaraf enam bintang ini akan membantu peneroka Fekda yang muiskin yang hanya berpendapatan bersih kira-kira RM500 sebulan. Mengapa wang pendahuluan sebanyak RM235 juta dibayar kepada pemaju sebelum pembinaan bermula? Mengapa keputusan pembinaan ibu pejabat baru dibuat secara rahsia di pejabat Timbalan Perdana Menteri tanpa pengetahuan Lembaga Pengarah Felda?
Baru-baru ini Datuk Ahmad Maslan berkata pembinaan itu merupakan keputusan pelaburan yang bijak kerana telah memperolehi keuntungan atas kertas sebanyak RM300 juta. Bagaimana beliau boleh membuat rumusan itu apabila bangunan itu masih dalam pembinaan dan masih belum dijual.

3. Felda telah melabur sekurang-kurangnya RM3 bilion dalam projek Felda Global Ventures dan sehingga kini telah mengalami kerugian sebanyak RM300 juta. Ini termasuk pelaburan dalam Twin Rivers Project di Amerika Syarikat sebanyak RM500 juta serta projek membela lembu RM600 juta million.

Sekiranya Felda telus dedahkan apa sebenarnya terjadi kepada projek ini.

Malah peneroka Felda Keratong berhampiran Segamat ketawa besar apabila lembu yang diimpot bagi tujuan projet itu terpaksa di tempatkan di dalam kandang berhawa dingin 24 sehari!

4. Mengapa Felda perlu buat pinjaman dari Tabung Simpanan Pekerja (EPF) untuk projek di bawah Felda Global Ventures? Felda tidak pernah sebelum ini meminjam dari EPF. Adakah pinjaman ini selamat? Kepada semua pencarum EPF perlu diingatkan wang anda telah digunakan untuk membiayai semua projek yang dimulakan oleh Najib dan kini dipertikaikan.

5. Saya melawat satu skim felda dekat Kemaman pada Ogis lalu dan bercakap dengan beberapa peneroka yang mahu menyaman Felda berhubung Tabung Tanam Semula. Setiap daripada mereka telah menyumbang kepada tabung tersebut sejak 17 tahun dan kini berjumlah RM17,000. Apabila mereka menanam semula, wang peribadi digunakan tanpa menyentuh simpanan dalam tabung itu. Sudah tiga tahun mereka menunggu tetapi masih dinafikan oleh pengurusan Felda.

Jika Felda mengatakan ia tidak bankrap mengapa payah sangat untuk mengembalikan wang peneroka yang jumlahnya tidak seberapa?
Seterusnya >>>

Petronas Dipaksa Beli Tanah KLCC, Kroni Umno-BN Untung RM600 Juta

IMG_3104BINTULU 13 Okt - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia didesak supaya menjalankan siasatan segera berhubung urusan jualbeli tanah KLCC yang didakwa mengakibatkan Petronas terpaksa membeli tanah tersebut pada harga RM900 juta sekaligus memberikan keuntungan amat lumayan kepada salah seorang kroni Umno-Barisan Nasional terkaya di Malaysia.

Mantan Timbalan Menteri Tanah dan Pembangunan Koperasi, Datuk Dr Tan Kee Kwong mendakwa Petronas dipaksa membeli tanah di mana terletaknya menara berkembar Petronas kini daripada kroni tersebut pada harga berlipat kali ganda.

"Kerajaan tidak meminta Kelab Kuda untuk menyerahkan atau menjual tanah tersebut kepada Petronas. Apa yang dilakukan ialah memaksa Kelab Kuda tersebut menjual tanah yang bernilai tinggi itu kepada kroni teristimewa Mahathir.

"Kroni tersebut kemudiannya mendapat keuntungan yang amat besar dengan menjualkan tanah itu kepada Petronas. Pengurusan atasan Petronas diarahkan supaya membayar pada harga itu tanpa dibenarkan langsung merunding harga tersebut," kata Dr Tan ketika menyampaikan penerangan kepada anggota Parti Keadilan Rakyat d sini semalam.

Suara Keadilan difahamkan daripada sumber dalaman Petronas, Lembaga Pengarah syarikat petroliam itu sememangnya telah 'dipulas tangan' oleh bekas Perdana Menteri itu supaya membeli pada harga tersebut.

"Beberapa ketika dahulu syarikat minyak Shell dan Esso telah mengeluarkan satu kenyataan menyatakan bahawa Petronas adalah salah sebuah syarikat petroliam yang amat sukar dalam rundingan urusniaga dengan mana-mana pihak pun di dunia. Ini menunjukkan Petronas akan berusaha sedaya upaya dalam setiap urusan perniagaan untuk mendapatkan rundingan harga terbaik dan perjanjian yang menguntungkan syarikat itu.

"Tetapi dalam kes tanah KLCC, Lembaga Pengarah KLCC dipaksa membayar harga yang telah ditetapkan 'harga mati' tanpa dibenarkan untuk merundingkan harga walau sesen pun. Bagaimana sebuah syarikat bertaraf antarabangsa yang diiktiraf dan dihormati pesaing sebagai rakan kongsi yang sangat sukar dalam rundingan perniagaannya dipaksa sebegitu rupa untuk tunduk kepada kuasa politik dan ketamakan bekas Perdana Menteri dan kroninya yang begitu rakus. Urusan jualbeli tersebut benar-benar satu malapetaka yang menimpa Petronas dan mulai saat itu kroni Dr Mahathir mula meletakkan tangan mereka pada kantong Petronas," kata sumber itu.

Tanah seluas ekar yang terletak dalam kawasan tiga segi emas atau 'golden triangle' dikatakan bertaraf pertanian pada awalnya sebelum ditukar statusnya kepada tanah komersial setelah dibeli kroni Dr Mahathir pada harga RM300 juta.

Hanya setelah taraf tanah tersebut ditukar kepada komersial baru ianya dijual kepada Petronas pada harga RM900 juta.

Ini bermakna kroni tersebut telah mendapat keuntungan atas angin dengan senang sebanyak RM600 juta padahal persoalan yang timbul mengapakah Petronas tidak dibenarkan  berunding terus dengan pemilik tanah gelanggang lumba kuda tersebut?

"Ini jelas menunjukkan bagaimana mantan Perdana Menteri menyalahgunakan kuasanya sebagai menteri yang dipertanggungjawab untuk menjaga Petronas untuk mengkayakan kroninya dengan menggunakan dana awam.

"Malah apa yang mengejutkan kroni tersebut berjaya mengaut keuntungan dengan begitu besar sebanyak RM600 dalam masa beberapa bulan sahaja tanah tersebut ditukar status daripada tanah pertanian kepada komersial," tegas Dr Tan lagi.

Dr Tan menjelaskan pada asalnya pembinaan ibu pejabat baru Petronas dicadangkan di Jalan Tun Razak berhadapan dengan Kelab Golf DiRaja Selangor di mana terletaknya Hospital Prince Court sekarang.

"Ini perlu dilakukan memandangkan ibu pejabat di Bangunan Dayabumi ketika itu sudah sesak dan tidak lagi mampu menampung perkembangan pesat Petronas.

"Bagaimana pun pembinaan ibu pejabat baru tersebut tidak dapat dilaksanakan kerana mendapat bantahan daripada Jabatan Penerbangan Awam kerana ia terletak di laluan udara Lapangan Terbang TUDM Sg Besi," jelas beliau lagi.

Dr Tan berkata Petronas kemudiannya membeli sebidang tanah di Jalan Ampang, dibelakang dahulunya Plaza Yow Chuan dengan harga RM30 juta.

"Tiba-tiba Mahathir masuk campur dan mengumumkan rancangan liciknya untuk merompak wang daripada khazanah Petronas dengan tujuan mengkayakan kroni beliau.

"Sebahagian daripada rancangan beliau ialah dengan mencipta isu di dalam media dengan mengatakan kelab lumba kuda di Jalan Pinang menyebabkan kesesakan trafik yang teruk setiap hujung minggu.

"Selepas isu itu disensasikan, Kerajaan Pusat dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur memutuskan gelanggang lumba kuda itu mesti dipindahkan ke Sg Besi di mana ia terletak sekarang.

Dalam ucapan pengulungan perbahasan Rancangan Malaysia Keenam di Dewan Rakyat pada 18 Julai 1991, Dr Mahathir mengakui kelab lumba kuda itu telah diarahkan berpindah oleh kerajaan.

"Tanah Kelab Lumba Kuda dijual berikutan arahan kerajaan kepada kelab tersebut supaya keluar dari pusat Kuala Lumpur kerana lokasinya meyebabkan kesesakan lalulintas. Oleh kerana Kelab tersebut memerlukan wang untuk membina padang lumba kuda baru, kelab itu memutus untuk menjual tanahnya di Jalan Ampang.

"Mengikut laporan sebuah majalah asing, Encik (Ananda) Krishnan membeli tanah ini pada masa resesi di waktu mana harga tanah jatuh dengan teruk dan ramai yang bankrap dan tidak ramai yang berminat atau mampu membeli hartanah.

"Tanah seluas 96 ekar ini terletak dalam kawasan tiga segi emas atau dengan izin "golden triangle" yang amat diminati oleh pemaju-pemaju. Sekarang apabila ekonomi telah pulih dan terdapat dengan izin "building boom", tanah di kawasan tiga segi emas biasa dijual dengan harga yang amat tinggi," kata Dr Mahathir.

Dalam ucapan beliau, Dr Mahathir berkata Petronas telah diarahkan untuk membeli 50 peratus saham Seri Kuda, sebuah syarikat yang dimiliki oleh Ananda.

"Kerajaan telah mensyaratkan kepada Sri Kuda bahawa lebih dari 50 peratus tanah kelab hendaklah dijadikan 'public park'. Ini bermakna bahawa harga belian satu kaki persegi tanah boleh meningkat 100 peratus. Walau bagaimanapun, Petronas yang memerlukan ruang pejabat yang besar hanya bersetuju secara prinsip untuk mengambil 51 peratus dari saham Seri Kuda. Sebuah firma penilai bebas telah ditugas oleh Petronas untuk menilai tanah tersebut. Jika harga yang ditawarkan kepada Petronas menguntungkannya, baharulah Petronas akan membeli saham Sri Kuda.

"Jika harganya akan merugikan Petronas, maka Petronas tidak akan membelinya. Jika Petronas tidak mengambil saham ini, berpuluh syarikat lain akan berebut-rebut membelinya," kata beliau.


Cetak Halaman Ini
Seterusnya >>>

PDA Mesti Dimansuhkan Elak PM Salahguna Wang Petronas

Ahli Majlis Pimpinan Pusat KEADILAN, Datuk Dr Tan Kee Kwong mendesak kerajaan memansuhkan Akta Pembangunan Petroleum (PDA) 1974 bagi memulihkan urus tadbir Petronas serta mewujudkan ketelusan dalam pengurusan kewangan syarikat petroliam nasional itu.
Dr Tan yang juga bekas Timbalan Menteri Tanah dan Pembamgunan Koperasi menjelaskan sepanjang tiga tahun kebelakangan ini, Petronas telah menyumbang sebanyak RM290 bilion kepada Kerajaan Persekutuan.
Bagaimanapun tidak jelas ke mana jumlah wang amat besar itu dibelanjakan oleh Perdana Menteri sekarang dan juga yang sebelumnya, sama ada ia digunakan untuk pembangunan negara dan rakyat atau dibazirkan begitu sahaja.
"Petronas adalah sebuah entiti dan syarikat kerajaan yang kukuh serta ditadbir dengan baik sebelum ini tetapi pentadbiran tiga Perdana Menteri yang terakhir telah merosakkan pentadbiran Petronas. Saya berharap bagi mengembalikan prestasi serta urus tadbir, PDA 1974 ini perlu dihapuskan segera.
"Kita melihat intipati yang terkandung di dalam PDA 1974 menyatakan Petronas hanya perlu menjawab kepada Perdana Menteri sahaja. Sebelum ini kita mempunyai dua menteri yang bertanggungjawab terhadap Petronas tetapi mereka tidak ada kuasa langsung berhubung operasi syarikat itu. Selain itu juga di bawah PDA 1974 Menteri Kewangan tidak mempunyai kuasa untuk ke atas Petronas dan barisan Kabinet tidak dibenarkan memeriksa akaun syarikat itu.
"Kita melihat melalui PDA 1974, Perdana Menteri dengan sewenang-wenangnya menggunakan kuasa mengarahkan Petronas menyalurkan jumlah wang yang besar kepada kerajaan dan kita sendiri tidak tahu ke mana wang itu digunakan," jelas Dr Tan.
Tambah beliau lagi, di zaman pentadbiran Tun Dr Mahathir Mohamad, dividen yang dibayar oleh Petronas kepada kerajaan adalah sebanyak RM2 bilion hingga RM3 bilion.
"Namun pada zaman Tun Abdullah Ahmad Badawi  yang dikatakan 'Mr Clean' oleh bekas ketuanya, beliau telah memaksa Petronas membayar pada mulanya RM10 bilion kemudian ditambah kpada RM20 bilion sehingga pada akhirnya RM30 bilion. Seorang yang dikatakan bersih telah mengarahkan Petronas membayar sepuluh kali nilai dividen melebihi zaman Dr Mahathir.
"Mana perginya semua wang dividen tersebut, terutamanya untuk membiayai semua anggaran defisit sepanjang pemerintahannya. Terlalu banyak perbelanjaan di bawa ke bahagian pertahanan yang merugikan. Manakala untuk pembangunan negara hanya mendapat RM10 bilion sahaja daripada RM30 bilion yang diberikan.
"Pada tahun 80an dan 90an sebanyak RM100 bilion juga telah dihabiskan daripada akaun Petronas untuk menyelamatkan Bank Bumiputera Malaysia Berhad (BBMB) ketika itu sebanyak dua kali, manakala semasa krisis kewangan 1997, Petronas juga dipaksa membeli MISC untuk menyelamatkan anak Dr Mahathir.
"Apa yang kita harapkan akta PDA 1974 ini mesti dimansuhkan segera bagi mengelak syarikat harapan negara terus dipergunakan oleh mereka yang hanya tahu mengaut keuntungan peribadi," kata Dr Tan lagi.
Seterusnya >>>