BN S'gor gagal dlm cubaan memprotes Speaker

"Walkout" atau pergi minum teh: BN S'gor gagal dlm cubaan memprotes Speaker

BN Selangor mendapat reputasi sebagai lambat belajar.Selepas 4 tahun, mereka masih belum berupaya duduk dengan selesa dalam memainkan peranan mereka sebagai pembangkang dalam negeri Selangor yang diperintah Pakatan Rakyat.
Pada hari Selasa, 7 orang ahli DUN cuba memalukan Speaker dari DAP Teng Chang Kim tapi akhirnya perbuatan tersebut memalukan mereka sendiri. Kerana kegopohan dalam koordinasi mereka, mereka dituduh keluar minum the, bukan nya keluar dewan untuk protes.
"Baru dimaklum, Pembangkang Umno/BN "walkout" pagi ini, bukan pergi minum teh. Aiyo, "walkout" pun takde kordinasi, tak serentak keluar," kata ahli DUN PKR Elizabeth Wong di Tweeter.
("Just announced, the Umno-BN opposition staged a "walkout" this morning and not to take a tea break. Aiyo, "walkout" also cannot co-ordinate and didn't even leave together.")

Jaguh2 BN ingkari Teng

Bagaimana pun, kumpulan BN nampaknya dalam mood jaguh , membantah Teng kerana SMS yang beliu hantar kepada ahli2 DUN Pakatan,dimana beliau meingatkan mereka sesi ini adalah sessi penggulungan terakhir dan mereka patut bersidang mengenai kejayaan Pakatan untuk 4 tahun yang lepas.
Teng pula digelar “ memalukan semua Speaker seluruh dunia,” mereka menuntut permohonan maaf tapi Teng enggan, dan menyatakan beliau cuma menasihatkan rakan-rakan nya supaya mengambil kesempatan dalam sidang itu.
Kemudian, kumpulan BN memutuskan untuk keluar dewan sebagai protes atas apa yang mereka dakwa perlakuan tidak adil dari Teng.
“Sepatutnya,Speaker haruslah adil. Tapi kami terima sms dari beliau yang jelas menunjukkan beliau berat sebelah kepada exco Selangor,” kata ahli DUN Kuang Abdul Shukor Idrus, yang membuat sidang akhbar untuk menunjukkan mesej Teng.
“Kami kecewa dan rasa kami tidak dilayan dengan adir. Apa salahnya minta maaf?’

Dikecam hebat

Tapi beliau mendapat kecaman dari penyokong Pakatan, malahan dari teman seperjuangan dari BN yang mengikuti persidangan berkenaan protes keluar dewan yang gagal itu.
“Setahu saya,Teng tidak menghalang mana-mana wakil BN dari membangkitkan apa-apa isu atau membentangkan cadangan,” kata seorang penyokong.
“Kenapa Teng harus minta maaf bila dia tidak lakukan apa-apa kesalahan.Dia tidak menghalang hak BN sebagaimana yang dilakukan Pandikar Amin Mulia (speaker Parlimen dari BN) kepada MP Pakatan Rakyat,” kata Eddie Wong, seorang pemerhati veteran PKR kepada Malaysia Chronicle.
“Jadi, kenapa Teng tidak boleh menyokong rakan-rakan nya.Tidak kira beliau dari DAP, ini tak dinafikan.Yang penting ialah memastikan peraturan dipatuhi dan semua dilayan adil semasa persidangan, tidak kira dari sebelah politik yang mana satu pun,”
Lebih memeranjatkan, kumpulan BN juga menjadi sasaran kecaman dari teman seperjuangan mereka dalam BN,iaitu MP Kota Belud, Abdul Rahman Dahlan.
“ Adun BN tak sepatutnya keluar dari Dewan Undangan Negeri Selangor, walaupun Speaker dianggap berat sebelah. Masa berharga yang patut digunakan untuk memeriksa kerajaan Selangor sudah terlepas,” kata Abdul Rahman melalui Twitter.

Berniat jahat

Dalam satu perkembangan terkini yang BN mungkin mempolitik kan isu tersebut bagi meraih simpati dan ‘mengenakan’ Teng, mereka enggan menerima lantikan pengerusi Jawatankuasa Akaun Awam Selangor.(PAC)
Jawatan tersebut ditawarkan kepada ahli BN dari Sungai Burong,Mohd Shamsudin Lian, tapi ditolak.
Kemudian, jawatan tersebut ditawarkan kepada ADUN PKR dari Kajang, Lee Kim Sin, yang pada mulanya menolak dengan alasan jawatan itu sepatutnya dipegang oleh pembangkang.
Oleh kerana tiada wakil BN sudi menerima jawatan itu, usul melantik Lee diluluskan.
“Kita boleh lihat dari perlantikan pengerusi PAC, ada unsur jahat bila BN enggan menerima jawatan itu.Kenapa? Kerana sewajarnya ,pengerusi

PAC patut dari pembangkang, baru lah ada ‘check’ dan ‘balance’ yang sepatutnya,” kata Eddie.
“Tapi di peringkat persekutuan, BN sentiasa membolot jawatan pengerusi PAC, jadi BN Selangor perlu ikut atau akan memalukan PM Najib Razak.”
Sementara ini, wakil DAP Subang Jaya Hannah Yeoh dilantik menggantikan Adun Bukit Gasing,
mendiang Edward Lee sebagai ahli badan pemerhati Selangor, Selcat.

Malaysia Chronicle

0 Komen pengunjong :