KUALA LUMPUR, 16 Feb — Presiden Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM), Badrul Hisham Shaharin, menegaskan bekas perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, cuba mengalihkan isu pokok terdapatnya hubungan dagang Malaysia-Israel dengan menyatakan terdapatnya dokumen yang mengesahkan Israel sengaja menimbulkan isu itu demi membantu politik Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Menurut Badrul, atau lebih dikenali sebagai “Chegubad”, masyarakat perlu sedar, Malaysia bukan sahaja mengiktiraf Israel tetapi membantu ekonomi Israel berdasarkan rekod perdagangan dengan Israel telah wujud sejak 1967.
“Berdasarkan laporan Kesatuan Eropah (EU), Malaysia merupakan rakan dagang ke 15 yang membantu ekonomi Israel,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
“Dokumen - dokumen dan data yang didedahkan tidak perlu diberikan oleh Israel cukup dengan sedikit tumpuan kerja maka data tersebut boleh dikumpulkan.”
Malah, menurut Badrul, ada dokumen asal yang perolehi adalah dari pegawai kanan kerajaan sendiri yang bosan dengan sikap hipokrit kerajaan dalam isu Palestin ini.
“Di perpustakaan MiTi sendiri wujud bahan-bahan yang merujuk hubungan dagang Malaysia-Israel,” katanya lagi.
Mahathir semalam memberitahu pemberita bahawa dakwaan terdapatnya hubungan dagang Malaysia-Israel hanyalah digunakan bagi mempertahankan terdapatnya hubungan rapat antara Anwar dan Israel.
“Israel dilihat cuba menyokong Anwar dengan membekalkan statistik bahawa Malaysia pernah mengadakan hubungan perniagaan dengan Israel,” kata bekas perdana menteri itu.
Tambah Badrul, pendedahan dokumen berkenaan bukanlah satu keperluan memandangkan negara Yahudi itu sudah selesa bekerjasama dengan Malaysia yang menjaga kepentingan mereka.
“Percayalah, Israel sudah tentu mereka selesa dengan pemerintah negara hari ini kerana penguasa hari ini jelas menjaga kepentingan mereka,” tambahnya.
“Apa gunanya menyokong perubahan kuasa jika yang menguasai regim kini sudah bersungguh-sungguh menjaga kepentingan dengan Israel dan sekutu besarnya Amerika.”
Tambah Badrul, Dr Mahathir memang bijak bermain politik persepsi kerana beliau merupakan pemimpin yang licik.
“Sebagai orang lama dan licik politik, Dr Mahathir memang bijak bermain politik persepsi,” tambahnya. “Kenyataan itu jelas bagi membantu Najib yang terkapai-kapai dengan pendedahan demi pendedahan bagaimana Malaysia sebenarnya hipokrit dengan sikapnya dalam isu Palestin-Israel.”
Anwar menerima kritikan ekoran laporan temuramahnya dengan The Wall Streets Journal (WSJ) dipetik berkata, “segala usaha akan dibuat bagi memastikan keselamatan negara Israel”.
Penasihat Umum PKR itu malah di nasihatkan oleh Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Aziz Nik Mat, supaya menarik balik kenyataannya daripada WSJ, dan mengambil tindakan saman sekiranya akhbar itu telah memanipulasi kenyataan yang dibuatnya berkaitan Israel.

0 Komen pengunjong :