Selepas perlakuannya terhadap Raja-Raja, Dr. M tiada hak persoal Aziz Bari

Selepas perlakuannya terhadap Raja-Raja, Dr. M tiada hak persoal Aziz Bari

Di dalam apa yang disabdakan oleh ramai penganalisa politik sebagai satu kelucuan dan hipokrasi besar, bekas Perdana Menteri Mahathir Mohamad yang memperlekeh pakar perlembagaan Prof Aziz Bari sebagai ‘kurang ajar’ kerana mempersoalkan titah Sultan Selangor terhadap dakwaan kes murtad dan insiden gereja baru-baru ini.
Perbuatan Mahathir yang sekarang mendukung Sultan adalah satu hipokrasi. Siapa yang terlebih kurang ajar antara dia dan UMNO,” ujar Ahli Parlimen Batu, Tian Chua kepada Malaysia Chronicle.
Aziz, professor di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) yang lantang dan disegani itu menyatakan yang Sultan boleh dipersoalkan. Perbalahan pendapat tentang titah Sultan Selangor muncul mengakibatkan beberapa kumpulan penganut Kristian tidak berpuas hati.
“Dalam bahasa Melayu, kita panggil ‘kurang ajar’ sama ada ia melangkaui undang-undang, saya tidak pasti, namun kalau soal moral, ia sesuatu yang kasar,” ujar Mahathir yang dipetik wartawan Ahad lalu.
Bekas Perdana Menteri itu di lihat sedang bermain politik. Sejenis permainan kegemaran gerombolan UMNO-BN guna menuduh Pakatan Rakyat, yang diketuai Anwar Ibrahim sebagai cuba meruntuhkan sistem Perlembagaan Beraja menukarnya dengan sistem negara Republik. Pakatan Rakyat menafikan dakwaan ini sekerasnya sambil menunjukkan manifesto mereka yang mana tertulis janji akan melindungi kedaulatan Raja-raja Melayu.

Titah kontroversi Sultan Selangor
Apa yang pasti, Sultan telah bertitah yang tiada tindakan akan diambil terhadap sesiapa yang didakwa murtad, ini adalah kerana bukti terkait tidak mencukupi. Beliau juga dilihat menyebelahi tindakan JAIS, proksi UMNO dalam keputusan yang dibuat, di mana pada 3 Ogos lalu, JAIS telah menyerbu sebuah majlis makan malam di Gereja Methodist Damansara Utama (DUMC), mensyaki penganut Kristian di situ cuba memesongkan akidah 12 orang beragama Islam yang turut serta di majlis itu.
Sambil menegaskan ada percubaan memesong akidah, ia gagal dibuktikan dengan undang-undang untuk hukuman dibuat, Sultan telah mengenepikan fakta bahawa JAIS tidak mempunyai waran pemeriksaan ketika kejadian. Kerana inilah, kenyataan beliau dipersoalkan oleh ramai pihak, termasuk yang beragama Islam. Keseluruhan insiden ini dapat dilihat sebagai permainan Perdana Menteri Najib Razak dan UMNO untuk menjatuhkan kerajaan negeri pimpinan Pakatan Rakyat dan cuba mendapatkan sokongan dari orang Islam untuk bersama-sama UMNO.
Seperti sedang menunggu dipetik, sebuah NGO berorientasikan Islam, Himpun tiba-tiba muncul untuk membela agama Islam. Mereka sedang merancang sebuah perhimpunan ‘Sejuta umat Islam’ pada 22 Oktober, bagi mendukung kenyataan Sultan.
“Mereka turut mencabar PAS untuk undi orang Melayu/Islam, tetapi saya tidak pasti sama ada mereka mendapat sokongan selain dari ahli-ahli mereka sahaja,” ujar Hatta Ramli yang juga Ahli Parlimen Kuala Krai kepada Malaysia Chronicle.

Apa yang Mahathir lakukan pada Raja-Raja tahun 80an?
Apa yang paling mengejutkan di dalam drama ini sudah pastilah komen terbaru Mahathir terhadap Aziz kerana bekas pemimpin negara itu ada mempersoalkan institutsi Raja ketika menjadi Perdana Menteri dari 1981 hingga 2003. Jangan sesekali mempercayai UMNO bila bercakap tentang institutsi Raja di Malaysia, kerana ia sering mendapat perhatian khusus oleh pemerhati politik di negara ini.
Pada 1983, UMNO dibawah Mahathir mempersoal kedudukan Raja, yang pertama dalam banyak tipu helah beliau. Mahathir yang juga Presiden UMNO ketika itu telah menyarankan agar pindaan perlembagaan dibuat untuk membatasi kuasa Agong terhadap Parlimen. Institusi Raja-Raja diberikan 15 hari untuk menyatakan kedudukan mereka sebelum ianya digubal di dalam Parlimen, yang penting di dalam pindaan itu ialah untuk menamatkan kuasa Raja bagi menggelar Darurat – mengantikan tampuk kuasa dari Agong kepada Perdana Menteri.
Pada mulanya, desakan Mahathir ditolak Agong yang turut mendapat sokongan Sultan-Sultan negeri, ahli politik UMNO konservatif dan sejumlah besar masyarakat Melayu dan Cina.
Namun, Mahathir mempunyai media bersamanya, lalu melancarkan perhimpunan jalanan bagi menunjukkan sokongan yang diterimanya. Lucunya, perhimpunan ini tidak dianggap haram ataupun merbahaya kepada keselamatan negara atau juga memudaratkan ekonomi negara.
Selepas hampir lima bulan berlalu, kedua belah pihak bersetuju menggelar Darurat masih ditangan Agong, namun sekiranya rang undang-undang itu tidak dipersetujui oleh Agong, pindaan boleh dikembalikan ke Parlimen untuk didukung, memberi makna bahawa Parlimen masih boleh menggelarnya tanpa persetujuan Agong.

Era 90an
Di dalam dekad kedua mentadbir, Mahathir sekali lagi dilihat mencabar institusi Raja-Raja. Tahun 1992, putera Sultan Iskandar yang juga pemain hoki telah digantung dari perlawanan selama lima tahun kerana  mengasari pihak lawan. Sultan Iskandar menyerang balas dengan menarik kembali semua pasukan hoki negeri Johor dari pertandingan kebangsaan itu. Bila keputusan beliau itu dikritik oleh jurulatih tempatan, Sultan Iskandar menitahkan jurulatih itu untuk datang ke Istana lalu dibelasah teruk.
Parlimen Persekutuan sebulat suara mengambil tindakan terhadap Sultan Iskandar, dimana Mahathir lincah mencari peluang untuk meminda perlindungan perlembagaan bagi Sultan dari mana-mana dakwaan sivil dan jenayah.
Media arus perdana seperti biasa, mendukung Mahahtir dan mula menyiarkan cerita dan dakwaan perlakuan kerabat Raja Malaysia. Dengan apa yang disiarkan media sebagai ‘contoh’ Raja-Raja yang diselubungi kemewahan, Mahathir mengambil tindakan dengan mengurangkan biaya kewangan untuk institusi diRaja.
Berhadapan dengan media dan kerajaan persekutuan, Sultan akhirnya akur dengan desakan kerajaan. Kekuasaan mereka untuk menolak persetujuan rang undang-undang itu terus dibatasi dengan pindaan perlembagaan yang diluluskan pada 1994.
Maka dengan beberapa kekecohan itulah, Mahathir menjadi 'Raja tanpa Mahkota' negara ini. Turut bersorak kegembiraan ialah UMNO yang secara tidak langsung telah mempunyai kuasa ke atas Raja-raja – mencengkam kukunya ke atas Agong.

- Malaysia Chronicle

0 Komen pengunjong :