PRK Kerdau : PAS Hadapi Jentera Kerajaan Hadapi Pilihanraya



Naib Presiden PAS merangkap Pengarah PRK Kerdau  Tuan Ibrahim Tuan Man mengakui PAS bukan sahaja terpaksa berhadapan dengan jentera BN, tetapi turut berhadapan dengan jentera kerajaan yang digunakan secara berleluasa.
"PAS merakamkan rasa kecewa dengan kegagalan SPR menguatkuasakan seluruh peruntukan yang ada sehingga berleluasa amalan rasuah, pembelian undi, penggunaan jentera kerajaan dan kemudahan awam," katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap dalam sidang media di Markas Induk PAS kerdau selepas pengumuman keputusan PRK.
Tambahnya lagi, PRK kali ini walau bagaimanapun berjaya menterjemahkan keserasian antara rakan komponen PR yang jelas kelihatan menerusi program bersama. 
"PRK kali ini juga telah berjaya memperkukuhkan hubungan PR yang terjemah dalam pelbagai program bersama, hal ini merupakan asas penting kemampatan PR bagi mengahadapi PRU akan datang," ujarnya.
"PAS juga mengaharapkan pengalaman PRK kali ini9 akan memantapkan lagi jentera parti," katanya lagi.
Dalam pada itu, Tuan Ibrahim juga mengucapkan jutaan terima kasih kepada sokongan daripada pertugas dari rakan komponennya PKR dan DAp yang sama-sama menjayakan perjalanan PRK Kerdau ini.
"PAS juga merakamkan penghargaan kepada seluruh pertugas dari PKR dan DAp yang telah bertungkus lumus membantu jentera PAS bagi menghadapi jentera kerajan dan BN kali ini," katanya.
Turut hadir Exco Selangor Ronnie Liu, Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Samad dan calon PAS PRK Kerdau Hassanuddin Salim.

0 Komen pengunjong :