Hujah Akhir Bicara Dalam Perbicaraan




KUALA LUMPUR 7 MAC: Perbicaraan dalam perbicaraan kes fitnah liwat 2, Datuk Seri Anwar ibrahim bersambung hari ini.
Hakim Datuk Zabidin Mohd Diah menerima permohonan peguambela untuk membicarakan penolakan tepi barang kes yang didakwa diambil secara tidak adil ketika Anwar ditahan di lokap sel D9 IPK Kuala Lumpur pada Julai 2008.

Barang-barang tersebut termasuk berus gigi, botol air mineral, sehelai rambut dan sehelai tuala muka 'Good Morning'.

Mahkamah mendengar hujah yang dikemukakan Karpal Singh diikuti Timbalan Pendakwaraya (DPP), Datuk Yusof Zainal Abiden.

Minggu lalu Ketua Bahagian Siasatan Khas Bukit Aman, Superintenden Mohd Taufik Abdullah mendedahkan arahan untuk menangkap Anwar dikeluarkan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Bakri Zinin.

Seramai 15 anggota Unit Tindakan Khas (UTK) dilengkapi senjata automatik dan 'balaclava' menahan Anwar 200 meter dari rumah beliau di Segambut pada 16 Julai 2008.

Peguam Sankara Nair yang bersama beliau ketika ditahan turut mengesahkan kejadian itu.

Karpal seterusnya mendakwa polis menahan Anwar anpa asas walaupun beliau telah bersetuju untuk hadir memberi kenyataan di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur pada hari yang sama.

Sejurus penahanan itu, Anwar mendakwa turut dimalukan dua doktor Hospital Kuala Lumpur (HKL) apabila dipaksa mengukur zakar dan bulu kemaluannya selain meminta sampel darah untuk ujian DNA.

Anwar walaubagaimana pun menolak permohonan doktor setelah mendapat nasihat peguam Sivarasa Rasiah kerana khuatir sampel DNA beliau akan dimanipulasi pihak tertentu sepertimana kes tuduhan liwat pertama pada tahun 1998.

Ketua pembangkang itu menyifatkan tindakan polis menggunakan tipu helah untuk mendapatkan DNA bagi mensabitkan beliau dengan tuduhan liwat terhadap bekas pembantu Saiful Bukhari Adzlan.

Turut didedahkan Jumaat lalu, tiada waran tangkap ketika Anwar ditahan pada hari kejadian namun pegawai penyiasat DSP Jude Blacious Periera hanya mengemukakan dokumen tersebut setelah sampai di IPK Kuala Lumpur.

Karpal berkata kepada mahkamah, individu yang ditahan tanpa waran harus dijelaskan asas penangkapan pada waktu dan tempat yang sama.

Karpal yang seterusnya meneliti waran tangkap tersebut mendapati ianya tidak konsisten dengan dokumen yang dikemukan dalam mahkamah.

Salinan waran tangkap itu tidak mengandungi tandatangan DSP Jude sepertimana salinan asal.

Namun DPP Yusof memohon kepada mahkamah untuk menerima barang-barang kes yang dinyatakan termasuk salinan waran tangkap sebagai bukti kes.

Datuk Seri Anwar Ibrahim dituduh melakukan kesalahan liwat terhadap Saiful Bukhari Adzlan pada 26 Julai 2008 di Kondominium Desa Damansara sekitar jam 3 petang.

Beliau didakwa di bawah Seksyen 377 (B) Kanun Keseksaan membawa kepada hukuman penjara 20 tahun dan sebatan sekiranya didapati bersalah.

0 Komen pengunjong :