Gejala beli undi, SPR harus siasat Umno

 
KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) didesak menyiasat aduan berkaitan gejala beli undi yang dilakukan Umno Barisan Nasional (BN) secara berleluasa pada pilihan raya kecil di Merlimau dan Kerdau, Presiden KEADILAN, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail.
Walaupun kedua-dua Dewan Undangan Negeri (DUN) itu sebagai kubu kuat Umno BN, beliau berkata, aduan sedemikian masih diterima dan SPR perlu menjalankan siasatan aduan berkenan secara bebas dan berkecuali.
“Sepanjang pilihan raya kecil Merlimau dan Kerdau, berlaku imbuhan keterlaluan Umno BN yang diberi kepada pengundi secara terang-terangan.
“Kita harap SPR akan lebih telus dan bebas lantas mengizinkan sistem demokrasi di negara ini dilaksanakan sebaik mungkin,” katanya pada satu kenyataan media, hari ini.
Wan Azizah turut mengucapkan tahniah dan syabas kepada petugas PR yang tabah menongkah arus dengan berhadapan jentera gergasi BN sepanjang berlangsungnya PRK itu.
“Tahniah dan syabas kepada petugas PR yang terpaksa menongkah arus dengan berhadapan jentera gergasi BN. Apatah lagi, seluruh jentera kerajaan diguna sewenangnya. Media arus perdana pula kekal tempang dan begitu mudah diperkuda
“Pakatan Rakyat akan mengorak langkah bagi menghadapi pilihan raya Sarawak dan PRU 13. Gerak kerja tersusun di setiap peringkat perlu dimulakan sekarang. Kemenangan dua PRK ini, pastinya menjadikan BN selesa dan memanggil PRU13 seawal mungkin.
“PR harus terus mendekati rakyat kerana kesejahteraan rakyat tidak memadai dengan gula-gula pilihan raya,” katanya.

0 Komen pengunjong :