Wikileaks : PKR Tuntut Penjelasan Singapura

KUALA LUMPUR 13 DIS: Parti Keadilan Rakyat akan menuntut penjelasan daripada kerajaan Singapura bersabit pendedahan Wikileaks yang memetik pimpinan negara itu sebagai menfitnah Anwar Ibrahim dan mengaibkan Perdana Menteri Najib Razak.
Naib Presidennya Tian Chua berkata surat memohon penjelasan itu akan dihantar secepat mungkin.Pemimpin-pemimpin politik yang ditemui hari ini menyalahkan kerajaan Umno-Barisan Nasional kerana membuka ruang untuk Singapura untuk memburukkan imej Malaysia di mata dunia.
Senator Syed Husin Ali berkata agensi risikan Singapura tentunya mempunyai kepentingan republik itu sendiri apabila menyebarkan dakyah mengenai Anwar yang diperolehi daripada Polis Cawangan Khas Malaysia.Singapura lebih senang berurus dengan Najib yang baru-baru ini menyerahkan hak milik tanah Keretapi Tanah Melayu kepada Singapura dibawah perjanjian yang condon kepada kepentingan Singapura.

"Kita dapati Singapura memang tidak begitu senang dengan Anwar Ibrahim kerana saya rasa mereka ada sesuatu yang boleh dipegang iaitu Najib sehingga Najib tunduk kepada mereka. Jadi bagi mereka Najib lebih mudah untuk bergantung daripada orang lain. Dia takut misalnya Anwar menjadi Perdana Menteri dia lebih bebas dan tegas dan tidak semestinya melakukan perkara yang sesuai dengan kepentingan Singapura.Syed Husin berkata Umno tidak dapat memanfaatkan sepenuhnya pendedahan Wikileaks mengenai pandangan pihak berkuasa Singapura terhadap Anwar yang disalurkan menerusi Polis cawangan khas negara ini,"
"Kemungkinan SB (Special Branch) di sini memberikan maklumat yang tidak benar kepada perisikan Singapura dan perangkap tidak tahu tetapi yang jelas memang mereka memperalatkan isu ini untuk memburukkan Anwar. Tapi mereka tidak boleh burukkan dengan berkesan kerana dia (kerajaan) sendiri pun diburukkan oleh sumber yang sama," kata beliau kepada Tv Selangor.
Ahli Parlimen Subang Sivarasa Rasiah kesal dengan tindakan media massa tempatan cuba memanipulasikan pendedahan Wikileaks itu untuk mengaibkan Anwar dan menyembunyikan hakikat bahawa Najib turut menjadi sasaran cemuhan pegawai-pegawai Singapura.
"Media perdana dikawal oleh Barisan Nasional dan memang mereka akan gunakan ini secara maksimum termasuk televisyen, radio, surat khabar harian di mana kita tidak diberi ruang untuk menjawab. Jadi mereka akan gunakan untuk memutar belitkan isu ini mengelirukan rakyat. Tetapi saya yakin kita akan teruskan kerja untuk menyampaikan maklumat benar kepada rakyat melalui saluran kita," ujar Sivarasa lagi.
Ahli Parlimen Batu Tian Chua yang juga Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) akan menghantar surat kepada kedutaan Singapura memohon penjelasan berhubung penyebaran maklumat tidak tepat mengenai negara Malaysia.
"Adakah menunjukkan mereka berniat memburukkan imej Malaysia dan saya anggap ini adalah perkara serius dan harap dapat penjelasan daripada kedutaan Singapura, kata beliau.
"Singapura perlu ambil pendirian proaktif untuk membina hubungan baik dengan Malaysia dengan meletakkan keyakinan dan kepercayaan antara satu sama lain dan bukan hidup dalam ketakutan selain memburukkan imej Malaysia kepada masyarakat antarabangsa," tegas Tian.

0 Komen pengunjong :