KUALA LUMPUR 8 NOV: Ahli Parlimen Ipoh Timur, Lim Kit Siang hari ini membidas Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammudin Hussein apabila mendapati beliau enggan menjawab isu berhubung kes “Mata-Lebam” yang dibuat melalui pendedahan surat terbuka Datuk Mat Zain Ibrahim.
Mat Zain, bekas Pegawai Kanan Polis DiRaja Malaysia (PDRM) dalam surat terbuka itu meminta Menteri membuka semula kertas siasatan kes berkenaan.
Kit Siang yang bangkit ketika Menteri mengakhiri hujah pergulungan perbahasan kementeriannya berkata isu tersebut adalah berkaitan dengan kewibawaan PDRM yang membabitkan pegawai tertinggi dalam badan itu.
Hishamuddin ketika membalas hujah tersebut berkata perkara itu tidak dibangkitkan oleh Ahli Parlimen Ipoh Timur dalam perbahasan sebelum ini.
Katanya, melalui maklumat yang diterima, tidak ada butiran berhubung isu berkenaan di dalam perbahasan.
Kit Siang yang tidak berpuas hati mempersoalkan mengapa pegawai yang diarahkan kementerian tersebut tidak membuat catitan berhubung isu yang beliau telah bangkitkan semasa perbahasan Bajet 2011, minggu lalu.
Hishamuddin kemudiannya memberikan alasan kononnya atas faktor kekurangan masa untuk berbahas dan akan memberikan jawapan secara bertulis berhubung soalan yang dibangkitkan itu.

0 Komen pengunjong :