Karpal gesa saksi didakwa hina mahkamah


KUALA LUMPUR, 23 Nov — Dalam satu lagi perkembangan dramatik pagi ini, pasukan peguam Datuk Seri Anwar Ibrahim meminta seorang saksi kes liwat kedua ketua pembangkang itu dikenakan tindakan menghina mahkamah. Peguam utama Karpal Singh mendakwa patologi forensik Hospital Kuala Lumpur (HKL) Dr Siew Sheue Feng iaitu saksi pendakwa ketiga (SP3) telah melakukan satu kesalahan yang boleh dihukum di bawa Kanun Keseksaan kerana “mencampuri pentadbiran kehakiman.”
Karpal berhujah bahawa Dr Siew, yang enggan mengemukakan atau merujuk kepada laporan ‘proforma’ ketika sesi pemeriksaan balas, telah merujuk kepada dokumen itu ketika waktu rehat prosiding.
Pasukan Anwar mahu Dr Siew agar merujuk kepada laporan itu dan mengemukakan ketika  sesi pemeriksaan balas, tetapi enggan dibuat oleh  Dr Siew, meskipun tidak boleh ingat sedikit pun kandungannya.
Laporan ‘proforma’ merujuk kepada satu bentuk atau satu senarai yang dilengkapkan sebelum mengendalikan pemeriksaan ke atas pesakit.

0 Komen pengunjong :