Umno perlu berani menerima kelemahan, kata Muhyiddin

muhyiddin-yasin3 KUALA LUMPUR: Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin  menegaskan Umno mesti menjayakan tiga pemulihan dalam tranformasi politiknya. 
Pertama, katanya ialah keberanian menerima kelemahan, iaitu  perlu mencari apa kelemahannya.
"Cuba lihat cawangan kita?  Bahagaian kita?  Diri kita sendiri? Beranikah kita menerima kelemahan ini?
"Soal perpaduan semasa kita? Kelemahan di peringkat organisasi; jentera; parti, soal intergriti; apakah kita bersedia  untuk mengakui dan memperbaikinya? katanya dalam ucapan penggulungan perhimpunan agung umno di PWTC hari ini.
Kedua, kata timbalan perdana menteri ialah keperluan bermuhasabah dan mencari penawar yang mustajab.
"Dan ketiga, memulakan gerak kerja iaitu tranformasi mesti dilakukan sekarang , bukan esok atau lusa dan bukan hanya di ambang pilihanraya," katanya.
Muhyiddin berkata, jaminaan perlembagaan tidak boleh memberi manfaat  kepada orang Melayu tanpa diterjemahkan dalam bentuk tindakan oleh kerjaan yang memerintah.
Katanya, dalam hal ini Umno lah satu-satunya yang terbukti serasi dengan semangat dan tujuan Peerlembagaan ini
"Jika parti lain yang memerintah, masih belum pasti akan akan melaksanakaan tuntutan perlembagaan secara tuntas.
"Ini kerana mereka carca merba, sering bertukar warna, merubah citra dan matlamat  semata-mata untuk berkuasa.
"Tiidakkah kita berfikir  mereka juag boleh memperdagangakn asas perlembagan demi kepentingan kuasa masing-masing," katanya.

0 Komen pengunjong :