KUALA LUMPUR: Kelab pelajar Umno luar negeri mahu kerajaan meminda Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) di universiti tempatan, kata Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin.
"Ini untuk membolehkan pelajar tempatan bergiat aktif dalam politik negara sebagaimana di tempat mereka belajar.
"Mereka memberitahu BN tidak perlu bimbang walaupun AUKU dipinda," katanya dalam sidang media selepas mengadakan perjumpaan dengan wakil pelajar kelab Umno luar negeri di PWTC hari ini.
Sebanyak 71 wakil pelajar dari 16 negara menghadiri perjumpaan tersebut.
Sehubungan itu, Khairi berkata, beliau dan exco Pemuda Umno lain akan membawa isu ini ke mesyuarat majlis tertinggi (MT) Umno.
Dalam pada itu, Pemuda Umno, tambah Khairy, pelajar berkenaan akan terus menajdi ahli Pemuda Umno selepas mereka tamat pengajian dan kembali ke tanah air.
Langkah ini, katanya dibuat bagi mengelak birokrasi untuk menyertai Umno seperti yang didakwa berlaku sekarang.
Ditanya mengenai pengaruh pembangkang di kalangan pelajar Malaysia di luar negara, ketua Pemuda Umno, berkata " kita tidak berhak untuk menyekat mereka."
"Apa yang perlu kita lakukan ialah mendekati mereka supaya pelajar berkenaan menyokong kita."
huhuhuhu...tak semestinya jadi ahli umno kite pangkah umno masa pilihan raya nanti kan...satu pendekatan yang bagus dgn yang mintak mansuhkan AUKU tue..
ReplyDelete