Cadangan Bina Menara Warisan di Kg Baru - Persetujuan dan Pandangan Penduduk Wajar Diutamakan


KUALA LUMPUR, 23 Okt - Sebarang cadangan  untuk membina Menara Warisan 100 tingkat di Kampung Baru, Kuala Lumpur mesti mendapat persetujuan seluruh penduduk Kampung baru terlebih dahulu dan melupakan hasrat itu jika mendapat bantahan mereka.
Menteri Besar Selangor,Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menegaskan, pandangan penduduk bukan sahaja perlu diambil kira tetapi kesan pembangunan juga diteliti terlebih dahulu.
"Itu terpulang kepada masyarakat di Kampung Barulah tapi saya cadangkan bahawa pembangunan kampung Baru itu mesti dibuat secara menyeluruh.Oleh sebab itu kalau nak buat bangunan yang besar makna semua orang kampung baru kena bersetuju.
Kalau mereka tak setuju memang tak boleh sebab satu ekar atau dua ekar tanah tidak boleh dapat membina bangunan-bangunan yang besar yang boleh menandingi bangunan-bangunan dikawasan sebelahnya seperti Twin Tower dan seterusnya" katanya lagi.
Bercakap selepas merasmikan Forum Perdana Ehwal Islam di Perkarangan Masjid  Ar-Rahman, Kampung Bukit Badong, Kuala Selangor semalam, Khalid mengulas cadangan pemangku Ketua Umno Bahagian Titiwangsa dalam ucapannya di perhimpunan agung UMNO, Khamis lalu  yang mahukan pembinaan Menara Warisan 100 tingkat berkenaan di Kg Baru
"Kampung melayu di kampung Baru sudah tiada tapi kita boleh membangunkan kampung-kampung yang kita rasa sesuai mengikut tradisi kita di kawasan-kawasan penempatan seerti di Selangor dan seterusnya.Saya rasa ini perlu dibincangkan tapi kalau ingin membuat bandaran kita tidak bolehlah mendapat satu kampung didalam satu persekitaran yang berpuluh -puluh tingkat," tambah beliau lagi.
UMNO Titiwangsa di Perhimpunan Umno semalam mencadangkan kerajaan memindahkan projek pembinaan Menara Warisan Merdeka ke Kampung Baru kononnya nilai hartanah orang Melayu bakal meningkat pada masa depan.
Wakilnya, Datuk Johari Abdul Ghani menganggap cadangan pemindahan menara 100 tingkat ke Kampung Baru wajar dengan alasan tapaknya luas, malah beliau mengumpan penduduk kampung baru, dengan menyatakan menara itu bakal menjadi mercu tanda orang Melayu di negara ini.
Presiden Umno, Datuk Seri Najib Razak ketika membentangkan belanjawan 2011 mengumumkan cadangan peembinaan menara warisan 100 tingkat di pusat bandar kuala lumpur bernilai 5 bilion ringgit yang bersamaan dengan kos pembinaan 1,667 sekolah dan 25,000 klinik 1Malaysia.
Bagaimanapun, cadangan berkenaan juga mencetuskan bantahan dari pelbagai pihak yang berpendapat, pentadbiran Najib sepatutnya menumpukan lebih perhatian terhadap pendidikan, penjagaan kesihatan dan menaik taraf mutu pengangkutan awam daripada membazirkan berbilion ringgit membina bangunan menara 100 tingkat.
Bantahan cadangan itu juga disuarakan melalui facebook dan disokong 100,000 pengguna berbanding kumpulan yang menyokong hasrat Najib yang jumlahnya tidak sampai 400 orang, dalam tempoh enam hari.

0 Komen pengunjong :