Ansari Bidas Muhyiddin Tidak Pandai Ilmu Hisab

IMG_3527
SANDAKAN 27 Okt - Calon Pakatan Rakyat dari Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) bagi Pilihan Raya Kecil Parlimen Batu Sapi, Ansari Abdullah berkata Timbalan Perdana, Tan Sri Muhyiddin Yassin tidak tahu ilmu hisab apabila mendakwa beliau adalah pemimpin kitar
semula yang telah bertanding dalam pilihan raya sebanyak lapan kali.

"Samada Tan Sri Muhyiddin kurang fasih dalam ilmu hisab dan ini sudah tentunya sediah bagi sebuah negara apabila ada Timbalan Perdana Menteri yang tidak tahu mengira atau editor akhbar yang tidak tahu mengira," kata Ansari menjawab pertanyaan wartwan mengenai dakwaan Timbalan Perdana Menteri semalam.

"Tidak penting berapa klai saya bertanding. Saya mula-mula bertanding atas tiket bagi kawasan Parlimen pada 2004 dan kali terakhir pada
2008.

"Dari mana beliau dapat nombor lapan itu saya pun tidak tahu. Kawan Cina saya kata saya tidak patut marah sebab nombor lapan menurut kepercayaan Cina membawa tuah.

"Politik adalah mengenai perjuangan dan bukannya mengenai menang atau kalah tetapi samada kita berjaya meyakinkan rakyat mengenai apa yang kita perjuangan dan ini akan dicerminkan dalam undi yang kita perolehi.

Menjawab mengenai dakwaan calon Parti Maju Sabah (Sapp), Datuk Seri Panglima Yong Teck Lee kononnya ramai pemimpin KEADILAN telah keluar parti, Ansari berkata bekas Ketua Menteri itu harus melihat keadaan dalaman partinya sebelum menyentuh parti lain.

"Kita tidak kehilangan seramai pemimpin berbanding Sapp, mereka sekarang parti 2 x 2, dulu 4 x 2, tinggal dua ahli parlimen dan dua Adun.

"Tolong uruskan hal rumah tangga sendiri dulu dan fokus kepada isu sebenar yang bersangkutan dengan masalah dan penderitaan rakyat Batu Sapi," nasihat Ansari.

0 Komen pengunjong :