Kes rasuah: Pengurus Besar Sime Darby didakwa


sime-darby-logo
SHAH ALAM: Seorang pengurus besar Sime Darby Bhd didakwa di Mahkamah Sesyen di sini hari ini kerana menerima rasuah RM300,000 hasil siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
Pendakwaan difailkan oleh pendakwa raya Kevin Morais di pejabat pendaftar mahkamah tersebut.

Beliau dijangka menghadapi dua tuduhan rasuah, termasuk menerima RM100,000 daripada seorang kontraktor di Johor berikutan pemberian kontrak dalam industri perkapalan. Dalam tuduhan kedua, beliau didakwa menerima RM200,000 daripada kontraktor yang lain di Lembah Klang.
Dalam Sime Darby, beliau memegang portfolio Pembangunan Perniagaan dan Pelaburan serta Projek Antarabangsa.  Beliau didakwa mengikut Seksyen 11 (a) Akta Pencegahan Rasuah 1997 dan pertuduhan alternatif di bawah Seksyen 132 (2) (B) Akta Syarikat 1965.
Berdasarkan keputusan kewangan suku ketiga yang diumumkan pada 27 Mei, Bahagian Tenaga dan Utiliti syarikat konglomerat itu mengalami kerugian sebanyak RM1.019 bilion ekoran kegagalan projek-projek di Qatar dan kos lebihan projek empangan Bakun di Sarawak.
Berikutan kerugian besar itu, syarikat perladangan tersenarai terbesar di dunia itu melantik Datuk Mohd. Bakke Salleh sebagai Presiden dan Ketua Eksekutif Kumpulan menggantikan Datuk Seri Ahmad Zubir Murshid, yang diarah bercuti sehingga kontraknya berakhir 26 November depan.

0 Komen pengunjong :