Atas kesedaran itu Kumpulan Aktivis Mahasiswa Independen berpendirian bahawa:
1. Pihak Naib Canselor dan pentadbiran universiti harus lebih terbuka dan demokratik dalam membuat keputusan.
Syarahan Perdana dan tayangan Student Power yang di langsungkan oleh seorang aktivis sosial, Fahmi Reza telah mendapat perhatian umum di kalangan anak muda dan mahasiswa di Malaysia. Beberapa siri syarahan telah dijalankan secara terbuka di luar kampus khusus di Lembah Klang. Pihak penganjur juga telah menambah inisiatif untuk menjalankan syarahan perdana ini di dalam kampus.
Namun, percubaan untuk menganjurkannya di dalam kampus itu telah digagalkan apabila program itu diarahkan batal serta merta. Minggu lepas di UiTM Kampus Puncak Perdana dan semalam ia diarahkan batal di kampus Universiti Malaya, Kuala Lumpur.
Kumpulan Aktivis Mahasiswa Independen (KAMI) melahirkan rasa kecewa dengan pentadbiran universiti yang membatalkan program syarahan ini tanpa sebab yang munasabah. KAMI juga mengecam sekeras-kerasnya campur tangan politik yang tidak mahu program sebegini terus berlangsung. Bagi KAMI, pihak universiti seharusnya lebih bersikap terbuka dalam membuat keputusan dan mengabaikan sebarang tekanan politik yang diberikan khususnya daripada Kementerian Pengajian Tinggi sendiri.
2. Mengecam keras sebarang campur tangan politik dalam keputusan yang diambil oleh universiti.
3. Mendesak agar universiti membenarkan penganjuran program syarahan perdana Student Power.
*Kenyataan media oleh Hilman Idham selaku Presiden Kumpulan Aktivis Mahasiswa Independen (KAMI).
0 Komen pengunjong :