Banjir Terburok Melanda Pakistan

Peta BBC
KARACHI: "Banjir terburuk dalam sejarah Pakistan kini melibatkan lebih empat juga penduduk dan mengakibatkan 1,600 orang terkorban, kata Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.
Ketika banjir di barat daya mula surut, setakungan air yang besar mengalir ke daerah-daerah selatan yang baru, seperti Punjab dan wilayah Sindh.
"Apa yang kita hadapi hari ini ialah bencana alam yang maha dasyhat. Kita bimbang keadaan jadi bertambah buruk," Manuel Bessler yang mengetuai Pejabat PBB untuk Hal Ehwal Penyelarasan Kemanusiaan Pakistan memberitahu sidang media di Geneva..

Jumlah kawasan yang terlibat di Punjab mencapai tujuh kawasan manakala 350,000 penduduk telah dipindahkan ke wilayah jiran Sindh, kebanyakannya dalam keadaan berjaga-jaga, kata PBB.
Beliau menambah, "kita baru berada pada pertengahan musim tengkujuh, lebih banyak hujan akan turun.  Kita bimbang keadaan menjadi bertambah buruk.
Dengan hasil tanaman, rumah, jalan dan jambatan musnah dilanda banjir, penghijrahan beramai-ramai penduduk bermula semalam ketika hujan turun dengan lebih lebat.
Para penduduk mencari tempat perlindungan meranduk air yang dalam, hampir mencecah paras leher, dada dan membawa barang-barang di atas kepala mereka.
Di Punjab, dikenali sebagai "bakul makanan" Pakistan kerana kaya dengan sumber pertanian, lebih 1,300 penduduk terlibat dan sekurang-kurangnya 25,000 rumah musnah, kata pegawai-pegawai bencana dalam wilayah tersebut.

0 Komen pengunjong :