Setakat ini, belum ada reaksi berhubung keengkaran itu yang jelas membuktikan mereka mula tidak sehaluan dengan Taib yang telah memegang kuasa di Sarawak selama lebih 30 tahun.
Selain dua majlis besar itu, program anjuran Taib yang kecil juga kurang mendapat sambutan daripada perwakilan SUPP. Inidikatakan amat ketara di kalangan ahli dan pemimpin belia serta veteran parti itu.
Rahman, yang mengetuai Sarawak selama 10 tahun ditumbangkan oleh kerajaan persekutuan pada awal 1981.
Ia berikutan selepas SUPP memberi amaran akan meninggalkan kerajaan negeri dan membentuk kerajaan baru dengan Parti Kebangsaan Sarawak (Snap) tanpa penyertaan PP.
Mereka juga menuntut agar polisi ekonomi pro-Islam yang diterajui Rahman dibubarkan.
Dengan campurttangan perdana menteri ketika itu, Tun Hussein Onn, Rahaman digugurkan tetapi berjaya menuntut dua perkara.
Pertama, melantik anak saudaranya, taib sebagai ketua menteri yang baru dan kedua menjadikannya sebagai tuan yang dipertua Sarawak.
- Malaysiakini
0 Komen pengunjong :