Polis Tembak Mati 208 Orang Awam Sejak 2005, Gesaan Tubuh IPCMC Segera

IPOH 8 Julai - Sejumlah 208 rakyat Malaysia yang disyaki penjenanyah di tembak mati oleh anggota polis antara tahun 2005 dan 2009 dan statistik menunjukkan trend polis memenbak orang awa sesuka hati meningkat dari tahun ke tahun.
Melahirkan kebimbangkannya, Ahli Parlimen Gopeng, Dr Lee Boon Chye berkata beliau amat risau mengenai peningkatan tindakan hukuman-tanpa-perbicaraan yang diamalkan oleh pihak polis sejak lima tahun lalu.
Dalam satu kenyataan semalam, Dr Lee berkata berdasarkan jawapan yang diberikan oleh Kementerian Dalam Negeri kepada soalan lisan beliau di parlimen, jumlah orang awam yang ditembak mati oleh anggota meningkat daripada 9 orang pada tahun dan melonjak kepada 88 orang pada tahun lalu.
Statistiknya adalah seperti berikut:
2005 - 9
2006 - 16
2007 - 13
2008 - 82
2009 - 88
"Statistik ini jelas menunjukkan peningkatan trend tindakan polis menembak sesuka hati semasa menjalankan tugas. Insiden terbaru melibatkan empat "perompak" yang ditembak mati dalam kejadian di kediaman Exco Pahang, Datuk Wan Adnan Wan Mamat.
 "Keempat-empat mangsa tidak sedikitpun mendapat peluang menjalani proses undang-undang yang sewajarnya.
"'Rakyat mengimbau insiden yang serupa di mana remaja berusia 14 tahun, Aminulrasyid Amzah dari Shah Alam ditembak mati oleh polis pada 26 April 2010 dan juga kejadian di mana remaja 18 tahun, Mohd Afdam Arin dari Taman Johor Jaya ditembak mati pada 20 October 2009 atas dakwaan kes ragut," jelas Dr Lee.
Dr Lee yang juga Naib Presiden KEADILAN mendesak inkuiri terbuka diadakan ke atas kesemua kes terbabit bagi memastikan kebenaran terbongkar dan keadilan ditegakkan seperti dalam kes Aminulrasyid.
Beliau berkata sudah tiba masanya cadangan Suruhanjaya DiRaja Penambahbaikan Polis pada 2005 berhubung penubuhan  Suruhanjaya Bebas dan Salah Laku Polis (IPCMC) dilaksanakan segera.

- Suara Keadilan

0 Komen pengunjong :