Beliau berkata tiada sesiapa yang harus meragui perjuangan Umno dalam hal tersebut.
"Saya tidak mahu buat apa-apa kenyataan lagi sebab Timbalan Presiden Umno (Tan Sri Muhyiddin Yassin) telahpun membuat kenyataan. Saya rasa cukuplah dengan kenyataan tersebut.
"Saya cuma nak nyatakan bahawa Umno memang mempunyai kekuatan tersendiri dan bukan kerana kita ini terlalu lemah, kita terpaksa mencari kawan baru dengan PAS," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas majlis perhimpunan bulanan, penyampaian Anugerah Khidmat Cemerlang 2009 dan Penganugerahan Pembaharuan Pensijilan 5S Perbendaharaan Malaysia di Putrajaya.
Semalam, Muhyiddin menyatakan komitmen serta kesediaan Umno untuk bertemu dan menjalin kerjasama dengan Pas dalam pelbagai bidang termasuk usaha untuk memperkukuhkan Islam serta kedudukan orang Melayu di negara ini.
Sebelum ini, Panel Pemikir Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA), Lokman Nor Adam dipetik sebagai berkata bahawa hasrat untuk menjadikan Malaysia sebuah negara yang mengamalkan dasar Islam akan menjadi kenyataan sekiranya PAS dan Umno bersatu.
Ekoran daripada itu, Presiden Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim), Razak Idris mencadangkan penubuhan satu jawatankuasa khas supaya kerjasama antara Umno dan PAS dapati dicapai.
Mengulas lanjut, Najib berkata sama ada kerjasama antara Umno dan PAS itu menjadi kenyataan atau sebaliknya bergantung kepada perkembangan selanjutnya.
- Bernama
Kembara Jr.......... baru saja muhyiddin kata Umno sanggup pergi jumpa PAS nak bincangkan pasal perpaduan tetapi hari ni pulak Najib kata Umno tak lemah hingga memerlukan PAS. Antara kedua orang ini mana yang boleh dipakai cakapnya? Bagi aku kedua-duanya tak boleh dipakai. Fikir-fikirlah ............
0 Komen pengunjong :